Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Tuesday 19 December 2017

Trip CN : Ke Bandung Kita 4H3M

Assalamualaikum,

Hai semua. CN baru saja balik dari makan angin ke Kota Kembang, Bandung. Tu yang macam semangat aje nak menaip entri ni. Almaklumlah, CN ni angin malas update sangat cepat menyapa. Siapa yang biasa follow blog CN, memang dah masak dah. Cadang buat 4 part, last2 tinggal 1 part aje di publish. hahahaha.. Jadi nak elak benda lama tu jadi lagi, CN nak curahkan semua sekali jalan. ;)

Okay, trip CN ke Bandung ni adalah trip yang kedua. Kali pertama pada tahun 2014, masa tu CN ke sana seramai 4 orang (CN, hubby & 2 kakak opis). Kali ni trip CN seramai 8 orang (CN, hubby, pak & mak mertua dan 4 orang keluarga kak ipaq). Trip kami ni nak kata 4H3M takde lah sangat. Rasanya lebih elok dipanggil sebagai 2H3M. Aik??? Sebabnya, kami mendarat di Bandung dah jam 2000hrs waktu bandung dan balik ke KL 0830hrs. 2 hari fullday untuk jalan2.

Hari Pertama (14.12.2017)


Airport Bandung
CN sekarang dah duduk berhampiran Putrajaya. Jadi untuk ke KLIA2 CN & hubby naik KLIA Transit (RM 9.60/seorang/sehala). Family member yang lain naik kereta & parking di KLIA2. Kenapa CN naik kat Putrajaya Sentral? Sebab parking di Putrajaya Sentral murah aje. RM2 untuk siang dan RM4 untuk malam. Kiranya RM6 untuk sehari. Lagipun, CN berdua aje ngan hubby, naik KLIA Transit jimat wang2.

Flight kami yang dijadualkan jam 1800hrs waktu Malaysia, dilewatkan kepada 1830hrs. Alhamdulillah, tepat jam 1830hrs waktu Malaysia kami terbang menuju ke Bandung. Dalam flight macam biasa, CN akan beradu. zzzzzz.....


Kampiun Bistro
Jam 1930hrs waktu di Bandung, kami mendarat di Husien Sastranegara International Airport, Bandung. Eh, jangan keliru ya. Tempoh penerbangan KL-Bandung memakan masa 2jam. Kalau tengok angka jamnya, nampak macam sekejap aje kan? Hehehe.. Gitu gini, gitu gini urusan imigresen dan bagasi, jam 2000hrs barulah kami melangkah keluar dari bangunan airport. Supir yang telah CN deal sebelum trip pun dah sedia menanti. Kalau dulu2 orang bawak sepanduk tulis nama kita kan? Sekarang guna handfon aje display nama guest. Dari jauh CN nampak tulisan "Kak Hanina" yang dipegang oleh pak supir. (tak dan nak tangkap gambar sebab busy sangat lalulintas nak keluar airport)

Kalau korang takut terputus hubungan dengan family di kampung tu, boleh lah nak beli simpack Indonesia. Hubby beli Simpack ni dengan harga IDR 30k (6 GB). Tapi pak supir kata mahal, sebab kalau beli kat luar boleh dapat murah. Agaknya ni harga airport la.. Lupa pulak, pak supir kami namanya Miftah, umur 30 tahun masih belum berpunya. Siapa2 mau kenal, boleh aja PM beliau direct. hahaha..

Mutiara Hotel Bandung
Memandangkan kami ramai trip kali ni,  CN deal kenderaan jenis Van Toyota Hi Ace 12 Seater. Besar dan selesa buat kami berlapan. Memandangkan hari dah malam, Miftah bawak kami ke restoran untuk isi perut yang sudah keroncong. Destinasinya adalah Kampiun Bistro. Peh... memang best. Siap ada live band lagik. Makanan pun cun2 serve dia & sedap. Recommended! Cuma agak mahal, sesuai dengan fasiliti & decoration restoran. Kalau nak try, silakan.

Next, kami terus menuju ke tempat penginapan kami untuk 3 malam iaitu Hotel Mutiara Bandung. Lokasi tak jauh sangat dari airport. Fasiliti okay & siap sarapan. Harga berpatutan. Kami ambil 2 bilik berempat. Ngam2 1 bilik 4 orang boleh tidur, tak payah tidur kat lantai. Hehehe..

 Next kita sambung lagi...

Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Saturday 9 December 2017

Cadangan Perjalanan Ke Bandung 4H3M

Assalamualaikum,

Hai, masih ingat tak entri CN pasal promo Bandung 4H3M RM 699? InsyaAllah masih berlangsung ya promo ni. Tapi jangan nak tunggu lama2 sangat, karang tiket flight naik harga, menangis uolls kat bucu katil masing2. Hehehe...

Welcome to Bandung ! (Gambar: Ihsan Google)

Kali ni CN nak kongsi itinery Pakej Bandung 4H3M pula. Mesti ada yang tertanya2 kan, mana aje yang akan dibawa kalau makan angin di Kota Bandung. Jom le kite...



CADANGAN JADUAL LAWATAN BANDUNG 4H3M

HARI PERTAMA 

Tiba di Bandung- Shopping & Lunch at Pasar Baru trade center
- Shopping at Toko Tiga (Branded Jeans)
- Shopping at D'Fashion Textile & Tailor (kain potong)
- Shopping at Rumah Mode Factory Outlet Jalan Setiabudhi
- Shopping at Jalan Cihampelas
- Shopping at Factory Outlet At Jalan Riau (Heritage,Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The Secret )
✔ Dinner at Bakso Malang Karapitan(Halal)
✔ Check in Hotel dan free and easy

Nota : Uolls nak pergi semua maybe sempat maybe tak, boleh ubah2 ikut persetujuan group & traffik pada hari kejadian

HARI KEDUA

Sarapan pagi & bergerak ke Kawah Putih
- Tengok pemandangan ladang teh
- Lunch di Rumah Makan Saung Andir, Ciwedey
- Shopping at Jalan Cibaduyut-shoes, handbags ,jacket leather original and others
- Dinner at Bakso Malang Karapitan(Halal)
- Balik Hotel dan free and easy

Kawah Putih (ihsan Google)
HARI KETIGA

Sarapan pagi & ke Tangkuban Perahu(Optional- tiket masuk mahal sekarang)
- Farm house
- Lunch di Rumah Makan Engking /Floating Market
- Floating market
- Rumah kain sulam Taman Kopo
- boleh pergi tempat tempat lain jika banyak masa

HARI KEEMPAT

Sarapan pagi & check out hotel
- Oleh-oleh  Bandung (Kek Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
- Paris Van Java Shopping Mall
- boleh pergi tempat tempat lain jika banyak masa
- Airport transfer

Nota : Tapi Ingat ye, jadual di atas adalah Jadual Cadangan. Program boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan seperti cuaca, persetujuan group dan keadaan trafik di sana. Lumrahla kan, jika dah join Mix Group,  anda harus akur dengan program yang telah di atur. JIKA anda suka akan fleksibiliti, anda dinasihatkan upgrade pada PRIVATE TOUR.

Tengok itinery pun dah seronok kan? Apa lagi bila dah sampai sana. Pasti meloncat2 kegembiraan. Hehehe.. Uolls yang berminat nak join trip Jelajah ke Kota Bandung, silakan contact CN. InsyaAllah servis company CN join ni sangat best. Tourist guide pun baik & peramah. Ni Pakej siap flight CN bagi, kalau nak ground pakej pun ada. Nanti free2 CN update pakej ground & tips jalan2 bandung ya.

Nak tanya detail dan nak book pakej, boleh klik link whatapps >> CHEGUNINA



Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday 8 December 2017

Pakej Bandung 2018 RM 699 sahaja!

Assalamualaikum

Hi, selamat petang semua. Sesak dadaku, sakit kepalaku...
Hahahaha... Ni nak cerita sikit. Malam tadi CN dapat mesej dari whatApps Group travel bajet. Terkejut CN bila bos buat announcement Pakej Bandung 4H3M termasuk tiket kapal terbang hanya RM 699 seorang.
Promosi Bandung 4H3M RM 699 sahaja

Mana tidaknya, minggu depan CN nak ke Kota Bandung juga bersama 7 orang ahli keluarga. Disebabkan CN dan suami dah pernah ke sana dulu, kali ni CN teman family mak mertua la pula kan. Tapi yang tak syoknya, CN beli tiket kapal terbang untuk 2 orang aje dah RM 1100. Antara faktor mahal sebab CN beli last minute dan tarikh perjalanan adalah cuti sekolah. Padan muka.Kan? Tu yang bila dapat pakej RM 699 all in semalam, CN memang rasa menyesal sangat. Tambah lagi 300 dah selesai masalah belanja makan angin kan? Hurm... naseb badan.

Apa pun, CN nak beritahu tentang promo Bandung 4H3M. Pakej ini termasuk tiket penerbangan dua hala, 25kg bagasi 2 hala,  tempat penginapan 3 malam, serta pengangkutan sepanjang berada di Bandung. Murah sangat tau ni. Tarikh telah ditetapkan, kalau minat, boleh pilih dan bayar deposit RM 450 seorang. Baki boleh bayar secara ansuran.

Ni adalah detail pakej ni.

PAKEJ BANDUNG with FLIGHT TIKET 4H3M 2018

TARIKH
05-08 FEB 2018 (PERGI;12:00P.M BALIK10.10A.M)
12-15 FEB 2018 (PERGI;8.00A.M BALIK2.10P.M)
19-22 FEB 2018 (PERGI8.00 A.M BALIK 10:10A.M)
26 FEB - 01 MAC 2018 (PERGI;8.00AM BALIK;2.10 P.M)
05-08 MAC 2018 (PERGI;8.00A.M BALIK;2.10 P.M)
12-15 MAC 2018 (PERGI;8.00A.M BALIK;2.10 P.M)

HARGA PAKEJ

DEWASA : RM699/PAX (7 THN DAN KEATAS)
KANAK KANAK :RM530/PAX (03-07 TAHUN)
KANAK KANAK :RM400/PAX (02-03 TAHUN)
BABY : RM200/PAX (BAWAH 2 TAHUN)

BOOKING : DEPOSIT RM450/ORG

HARGA PAKEJ TERMASUK :
.
1. TIKET PENERBANGAN MALINDO ( PERGI DAN BALIK)
2. BAGASI 25KG ( PERGI DAN BALIK)
3. PENGINAPAN 3 MALAM

Hotel New Moonlight
Hyper Inn
Hotel Mine Home Jln Cihampelas
Atau Setaraf . Bergantung Pada Kekosongan Hotel . Hotel- hotel ini 1 bintang By Agoda

4. TRANSPORTATION
Berhawa Dingin + Driver Cum Guide + Minyak + Parking + Tipping Fees ( Ikhlas Customer)

5. SARAPAN PAGI
Sarapan Halal Di Hotel didiami

6. AIRPORT TRANSFER
Anda akan disambut dgn Signage CARAVANSERAI HOLIDAYS

7. TOUR TO TOURIST SPOT
Lawatan termasuk Shopping, Kawah Putih dan2 lain tempat bergantung pada trafic dan masa.

HARGA TIDAK MASUK:

1. Duit poket/shopping
2. Makan tengahari dan malam
3. Tiket masuk ke tempat2 lawatan -jika nak masuk
4. Insuran diri, self srvice -jika nak
5. Aiport tax- jika shopping banyak2 mungkin kena tau

Macam mana, murah tak? Hehehe.. Kalau berminat boleh contact CN ya. InsyaAllah yang terbaik untuk uolls. Detail CN akan letak next entri ;)

Nak booking, nak tanya2, sila klik link whatApps >> CHEGUNINA

PS: Promo ni sehingga 10 Disember 2017 shj. Lepas tu CN offer ground pakej je tau.

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Saturday 2 December 2017

Beza Graduan dengan Siswazah

ADA suatu istilah yang sudah menjadi perkataan Melayu tetapi membawa maksud berbeza daripada makna asalnya. Perkataan itu ialah graduan. Umumnya apabila disebut graduan, orang memahaminya sebagai lulusan universiti. Tetapi makna asal graduan tidak demikian.
Perkataan asal graduan daripada bahasa Inggeris ialah graduand. Asalnya pula daripada bahasa Latin, graduandus. Di Malaysia, ia dikelirukan dengan perkataan graduate. Terjemahan kepada graduate yang tepat ialah siswazah. Orang tidak menggunakan istilah graduat untuk merujuk kepada graduate. Sebaliknya orang menggunakan perkataan graduan sebagai terjemahan kepada graduate, yang pada asalnya adalah tidak tepat.
Ini kerana graduand dan graduate membawa maksud berbeza. Graduand adalah seseorang lepasan universiti yang telah lulus peperiksaan mereka tetapi belum mengambil ijazah dalam upacara konvokesyen.
Apabila seseorang lepasan universiti mendapat ijazahnya melalui upacara di konvokesyen, maka mereka graduate, atau dalam bahasa Melayunya, siswazah. Mereka tidak lagi boleh disebut sebagai graduan.
Tempoh seseorang menjadi graduan adalah pendek, iaitu beberapa bulan saja, antara ketika setelah lulus peperiksaan akhir hingga ketika mengambil ijazah semasa konvokesyen. Selepas itu, mereka dikenali sebagai siswazah semata-mata dan tidak lagi graduan.
Bagaimanpun upacara pengambilan ijazah di konvokesyen dalam tradisi universiti adalah penting. Seseorang yang tidak melalui upacara itu untuk mengambil ijazahnya atas sebab-sebab tertentu tidak boleh dipanggil siswazah, mereka hanya boleh dipanggil sebagai graduan.
Ini kerana dalam tradisi universiti, tidak semua graduan secara automatik menjadi siswazah. Graduan hanya lulus peperiksaan akhir mereka. Tetapi hanya pihak senat universiti yang mempunyai kuasa meluluskan seseorang patut diberikan ijazah atau tidak, pendeknya, hanya universiti menentukan seseorang menjadi siswazah. Lulus peperiksaan tidak secara automatik menjadikan seseorang siswazah.
Justeru ungkapan ‘‘masalah graduan menganggur” berbeza dengan kata-kata ‘‘masalah siswazah menganggur”. Sememangnya lebih banyak graduan menganggur berbanding siswazah. Ini kerana graduan baru saja lepas lulus peperiksaan dan belum memperoleh ijazah. Tetapi kebanyakan siswazah mendapat pekerjaan kerana mereka sudah memperoleh ijazah.
Dari segi lenggok bahasa Melayu, perkataan siswazah lebih enak didengar berbanding graduan atau graduat.
Siswazah merupakan gabungan dua perkataan siswa dan ijazah. Siswa berasal daripada bahasa Sanskrit dan ijazah adalah daripada Arab.
Maka siswazah bermaksud ‘‘siswa yang telah menerima ijazah’'. Sememangnya dari segi irama kata-kata, perkataan Sanskrit dan Arab begitu enak untuk diserap ke dalam bahasa Melayu, lebih mudah berbanding bahasa Inggeris, Belanda atau Portugis.


Artikel Penuh: Utusan Online



Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149