Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Tuesday, 1 October 2024

Baby bornday!

Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Hi, Oktober kembali lagi. Alhamdulillah, hampir setahun kita di tahun 2024 ini.

Tahun ini, tanggal 1 Oktober 2024 ada makna tersendiri buat CN. Hari ini adalah hari sepatutnya CN melahirkan 1st baby CN. Masih ingat entri CN sebelum ini?

Sejak semalam CN tak dapat tahan air mata bila mengimbau peristiwa yang terjadi 5 bulan lalu. CN redha terhadap ketentuanNya tapi tipulah kalau CN kata tiada langsung kekecewaan dalam hati ini. Orang kata, hanya yang pernah alami tahu perasaan CN ini. Korang doakan CN tabah ya.


Oh ya, sahabat CN ada maklumkan bahawa baby CN juga boleh diberi nama. Jadi sempena hari "kelahiran" hari ini CN akan umumkan nama baby kami. Alhamdulillah, CN pilih nama Ku Muhammad Hasanain bin Ku Muhammad Hasifi. Hasanain bermaksud Dua Kebaikan. Moga ia menjadi asbab kebaikan buat kami dunia dan akhirat. InsyaAllah..

Sampai jumpa lagi. Jaga diri semua 😊