Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Friday 10 May 2024

01 Zulkaedah 1445H - Happy Anniversary!

Assalamualaikum, selamat siang semua! 

8 tahun lepas CN ada cerita menjelang 01 Zulkaedah. Ada apa dengan tarikh 01 Zulakedah ni?  Sebenarnya tarikh keramat itu adalah tarikh pernikahan CN dan suami. Tarikh masihinya adalah 09 Oktober. Happy anniversary en. Suami! 



Alhamdulillah, kini dah 14 tahun kami bersama. Namun masih belum direzekikan zuriat. InsyaAllah ada rezeki dariNya. Rezeki Allah itu luas. Ia akan datang pelbagai cara yang telah diatur siap2 untuk kita. InsyaAllah.. 

Tapi.. 
CN nak bagitau ni, awal tahun hari tu CN sebenarnya telah disahkan hamil. Due 1 Oktober - sangat hampir dengan anniversary masihi kami. Lembaran baru buat kami berdua setelah TTC 13 tahun. Ya, banyak yang kami telah lalui untuk dapat merasai pengalaman mempunyai penghuni dalam rahim ini. Nanti CN kongsikan pengalaman TTC CN ye. Mana tahu bermanfaat untuk geng pejuang 2 garis. 

Namun begitu, kandungan CN hanya bertahan 17 minggu sahaja. 2 minggu lepas  CN telah keguguran. Air ketuban pecah sebelum tempohnya dan baby telah keluar dengan cukup sifat - jari kaki dan tangannya comel2. Muka, hidung, telinga semua cukup. Mulut senyum je (mungkin tahu dia akan terus ke syurgaNya). Sempat CN tengok  sekejap anak syurga ini sebaik sahaja diteran keluar. 

Sedih? Pilu? 
Hanya Allah tahu perasan CN dan suami. Mungin sebagai lelaki, en. Suami tak tunjuk kesedihan depan CN, tapi CN tahu dia pun bersedih juga. 

Murung? 
Ya, pasti ada masa2nya jadi. Tapi CN bertuah ada keluarga dan sahabat yang membantu. Ada seorang sahabat CN (yang juga seorang doktor), dia risau sangat CN jadi kemurungan. Selalu juga dia whatapps CN untuk beri kata2 semangat dan link2 yang membantu. Dia kata CN tak keseorangan, ramai yang lalui pengalaman macam ni, jangan salahkan diri. 



Ini pula CN reply whatapps beliau. 

"Tq beb. Aku redha apa yg jadi. Cuma kdg2 biasala, akan terpikir kenapa benda ni jadi. Salah aku ke? Mcm sebelum ni, aku cuba muhasabah diri. Cp pun sentiasa tlg aku sedar balik. 

Beruntung kita dilahirkan islam, masih igt Allah. Qada dan qadarNya." - Thank you sahabat kerana sentiasa ada dengan CN. 

Ya, beruntung kita sebagai seorang Islam. Kita rukun Islam dan rukun Iman yang dipasak dalam jiwa kita sejak kecil. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat ini. Terima kasih atas ujian ini, aku tahu ujian diberikan kepada orang yang mampu hadapinya sebelum Kau berikan nikmat dan rezeki yang lebih baik untuk kami. 

Sekarang CN masih dalam tempoh berpantang, kena sihatkan diri untuk teruskan kehidupan dan aktiviti seharian. Moga sahabat dapat doakan CN dan suami diberi kekuatan dan sentiasa bahagia dunia hingga ke syurga. Aamiin.. 

#pejuang2garis
#ttc

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
Hanina Sulaiman 
SMS/Call/WhatApps : 019-3010149 
Link Whatapps: www.wasap.my/60193010149/tupperware Promosi Stock Clearence : https://t.me/TupperwareKatalogLatest