Assalamualaikum bersalam mesra,
Lafaz Bismillah pembuka bicara.
Hai semua, selamat bertemu lagi. Saya sedang membelek sebuah majalah kesihatan yang terdapat di pejabat. Keluaran pertengahan bulan tahun 2016. Orang kata dah agak berhabuk. Hehehe.. Habuk tak habuk, yang penting dalamnya penuh ilmu. Iye tak? Topik yang agak menarik perhatian saya dan insyaAllah menarik dan bermanfaat untuk tatapan rakan-rakan semua.
Rukun Islam dan rukun Iman |
Puasa: Masa untuk Tubuh 'Bercuti'
Seperti yang kita tahu, puasa adalah dengan cara menahan diri daripada makan dan minum. Bagi umat Islam, sejak kecil kita diajar untuk berpuasa sebagai latihan untuk menjalani rukun Islam ke-3 apabila sudah akil baligh kelak. Tapi adakah kita faham tentang hikmah berpuasa? Selain daripada memberi keinsafan dalam diri, berpuasa juga memberi ruang dan peluang kepada organ-organ dalaman kita untuk berehat. Tahu kan? Tapi kebanyakkan orang sekarang ni, bagi peluang siang hari aje, malam hari double triple organ kena kerja. Setuju tak? Tepuk dada, tanya diri sendiri.
Dalam majalah yang saya baca ni, ada disebutkan sebuah buku yang mengupas kuasa penyembuhan diri sendiri dengan berpuasa. Buku "Fasting & Eating for Health : A Medical Doctor's Program for Conqueering Disease" oleh Dr. Joel Fuhrman. Tulisan tersebut bermula dengan cerita sebenar yang dihadapi oleh beliau sendiri. Kalau sesiapa rajin menelaah, sila cari buku tersebut ya. (Saya pun tak baca lagi).
Penyakit sembuh dengan berpuasa?
Petikan iSihat |
Dikalangan pengamal perubatan, berpuasa ialah dengan cara menhana diri daripada makan dan minum (kecuali air) secara sukarela, asalkan simpanann nutrien dalam tubuh mencukupi untuk mengekalkan fungsi normal tubuh. Ia berkesan kerana tubuh memiliki keupayaan untuk sembuh apabila halangan untuk penyembuhan dialihkan. Ini kerana setiap kali makan, kita bukan sahaja mendapat nutrien tetapi turut menyerap bahan tambahan dan toksin. Jadi, apabila berpuasa, kita akan memberi kelegaan kepada tubuh dengan menyekat masuk tambahan toksin dan bahan buangan lain. Tubuh akan lebih mudah memproses bahan makanan dan buangan sedia ada tanpa bebanan ekstra.
Subhanallah.. Beruntung sebagai umat Islam kita diperintahkan berpuasa sebulan setiap tahun. Inilah hikmah yang Allah bagi.
iSihat Julai 2016 |
Macam mana nak mula berpuasa?
Ramai yang rasa takut bila disuruh berpuasa. Terbayang di kepala masing-masing kelazatan makanan yang harus ditinggalkan pada hari tersebut. Rasa rugi puasa terutama rakan pejabat jamu kek coklat pada hari kita berpuasa. Alahai...
Untuk mulakan misi berpuasa, saya sarankan anda mula mengurangkan jumlah makanan harian anda. bukan jumlah kekerapan ya, kuantiti hidangan yang perlu dikurangkan. Lebihkan minum air kosong dalam usaha membiasakan diri dengan pengurangan pengambilan makanan. Untuk mereka yang tiada masalah untuk berpuasa, anda boleh mulakan misi berpuasa. Pastikan bangun sahur bagi memastikan anda mendapat nutrisi walaupun sedang berpuasa. Dan pastikan berbuka dengan hidangan yang biasa-biasa. Bukan yang luar biasa sangat. Hehehe..
Okaylah, rasanya anda dah faham tentang apa yang saya nak sampaikan kali ini. Kalau tak faham, boleh cari majalah iSihat keluaran Julai 2016 atau cari buku hasil tulisan Dr.Fuhrman tadi. InsyaAllah akan membantu.
Saya nak mula berpuasa minggu hadapan, ada sesiapa nak turut serta?
Fast Action, Fast Result!
~Jihad Ekonomi Berjemaah~
Hanina Sulaiman
Call/SMS/WhatApps : 0193010149
tahu juga ttg ini..mmg ada kebaikan dia kan sbb tu kita umat islm digalakkan berpuasa kn..
ReplyDeletebetul.. tapi kita selalu ralit kan?hehehe...
Deletebetul.. tapi kita selalu ralit kan?hehehe...
Delete