Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Thursday 4 May 2017

Hati Blogger Kecik Berbunga!

Assalamualaikum,

3 kali.... 3 kali sudah!!!
Antara percaya atau tidak, blog suam2 kuku saya ni ada juga yang sudi membacanya! Terima kasih sangat2 buat rakan2 blogger dan pembaca yang sudi mampir disini. Alkisahnya, saya suda tiga kali dihubungi untuk dapatkan keterangan lanjut tentang entri sebelum2 ini.

Kisah Pertama : Faizland<< klik
Saya dihubungi berkaitan entri tentang kehadiran yang menuntut ilmu di Faizland. Masa ni saya baru2 belajar asas membangunkan blog. Jadi saya tuliskan tentang fasiliti yang terdapat di Faizland, aktiviti cabutan bertuah yang diadakan sempena pembukaan serta kadar sewaan yang dikenakan. Tak sangka entri tersebut punya pembacanya, malah beliau ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang bilik seminar tersebut. Alhamdulillah, rezeki Faizland, saya terus minta beliau hubungi nombor telefon Faizland yang saya sertakan pada entri tersebut.

Kisah Kedua : Lipstik Cozuma <<klik
Kisah tentang set No Make-Up Mekap Cozuma ini telah menarik perhatian Kak Zai dari Shah Alam untuk mendapat info lanjut tentang produk hot SHOM ni. Mula-mula saya tak sangka beliau dapat hubungi saya melalui aplikasi whatapps selepas mendapat info tentang lipstik berkolagen yang cun dari blog kecik ni. kikiki...
Tq Kak Zai. Lain kali contact2 lagi ya ;)

Kisah Ketiga : Telinga Tersumbat << klik
Minggu lepas pula saya dapat whatapps dari cik Die**, nak tanya tentang pengalaman saya tentang telinga tersumbat. Mula2 terkejut juga dapat mesej dari beliau. Ya lah kan, kita kan blog kecik2, maunya tak terkejut dapat mesej siap ada screenshot blog kite. Alahai... rasa terharu sangat.

Tq Die**, walaupun masalah tak sama, tapi ukhuwah tetap terjalin. ;)
Buat semua rakan2 yang sudi singgah di blog saya ni, sudi membaca entri2 yang ada, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga. InsyaAllah atas maklumbalas dari kalian saya akan cuba membakar semangat saya untuk terus menaip dan juga memeriahkan blog ini. Jika kalian ingin mendapatkan info lanjut atau apa jua produk yang saya tulis disini, dipersilakan hubungi saya. Pastinya saya berikan detail dan juga tawaran yang teristimewa buat kalian, insyaAllah.

Jumpa lagi ya..

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

No comments:

Post a Comment