Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Tuesday, 4 December 2018

Insurans : Perlindungan untuk Warga Emas (i-Great Ameen)

Assalamualaikum,

Hai, selamat kembali pembaca yang masih sudi meluangkan masa kat blog suam kuku ni. Masih ingat tak enteri sebelum ni CN beritahu tentang mummy CN yang telah pergi? Al-fatihah buat mummy, Allayarhamah Rosni Haji Naitullah. Tenanglah mummy disana disisi mereka yang beriman. Aamiin..

Berbalik kepada tajuk entri kali ini, CN sebenarnya nak cerita tentang insurans yang boleh diambil oleh warga emas. Tanpa mengira umur & penyakit sedia ada. Eh, ada ke?

Ada... ini dia Pelan Insurans Great Eastern. 



Apa dia i-Great Ameen ni?

Memberi adalah satu amalan yang menyentuh kehidupan orang lain. Ia adalah satu sifat kasih sayang yang amat kuat dan satu amalan yang meninggalkan kesan berkekalan yang akan diingati oleh mereka yang tersentuh dengan kehadiran anda: keluarga anda. Sediakan pemberian yang berterusan ini untuk melindungi warisan anda yang terpenting. 

Manfaat-manfaat utama
  1. Pendaftaran mudah tanpa pengunderaitan perubatan
    • Kami memudahkan anda untuk mendapatkan perlindungan di hari tua anda. 
  2. Caruman bulanan mampu bayar serendah RM100
    • Tetapkan tahap perlindungan yang bersesuaian dengan keperluan anda. Caruman minima untuk i-Great Ameen adalah RM100=2 unit. Unit maksimum yang boleh anda miliki adalah 10.
  3. Tempoh perlindungan sehingga usia 85 pada hari lahir berikutnya
    • Anda akan dilindungi sehingga usia 85 pada hari lahir berikutnya supaya anda boleh menikmati hari tua anda dengan tenang.

Bagaimana ia Berfungsi

Ini bukan cerita kosong ya. CN mempunyai pengalaman sendiri, yang mana CN carum insurans ini untuk mummy & daddy CN. Mula2 memang CN malas nak ambil, tapi bila hampir 3 tahun lepas daddy beriya minta CN buatkan untuk mereka, CN pun buat sahaja. Memanglah pelan ini mukan macam medical card tu, tapi sekurang-kurangnya ia membantu apabila mereka pergi. Untuk pengetahuan korang, family CN bukanlah orang berada. Hutang boleh tahan, harta jauh sekali nak ada orang kata. Jadi pelan macam ini akan membantu kita sebagai anak untuk menguruskan hutang2 orang tua selepas mereka tiada. Percayalah, selepas orang yang tersayang pergi macam2 benda kita nak buat untuk mereka. Nak selesaikan hutang dengan manusia (wang ringgit/bank/pinjam barang) dan hutang dengan Allah (Haji/puasa/fidyah), nak panjangkan sedakah untuk mereka dan wakaf agar pahala berpanjangan, sedangkan kita sendiri terkontang kanting nak keluar duit yang tak delah sangat nak ada. Inilah yang CN alami.

Nak dijadikan cerita, selepas beberapa hari mummy pergi CN hubungi ejen insurans (En. Nazri) untuk beritahu mummy dah tiada. Niat memang nak beritahu jadi bulan depan CN dah tak buat bayaran. Nanti tak tahu pula kan. CN memang tak fikir tentang jumlah pampasan/hibah yang diterima sebab mungkin tidak layak (CN tak ingat berapa tahun mencarum. Seingat CN baru 2 tahun). En. Nazri terus buat temujanji dan datang ke pejabat CN untuk urusan claim. Alhamdulillah, sebaik CN naik kerja, En. Nazri datang ke pejabat dan CN sign beberapa borang.

Semalam (14/11/18) CN dapat SMS dari Great Eastern beritahu tuntutan telah dikreditkan ke dalam akaun CN. CN terus semak akaun, rupanya 9/11/18 duit telah diterima. 


Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Dengan hanya caruman RM50 sebulan, CN dapat bantu mummy buat badal haji & ada lebihan wang untuk kegunaan bayaran lain2. Memang tak sangka sangat sumbangan kecil CN selama ini telah dapat bantu kami sekeluarga menunaikan hajat mummy yang belum tertunai. Semoga Allah merahmati usaha kami dan memberi ganjaran kepada mummy di sana. InsyaAllah..

Uolls yang berminat untuk mengambil pelan macam ni untuk ibu bapa atau diri sendiri, boleh hubungi ejen insurans CN iaitu En. Nazri. InsyaAllah beliau seorang yang bertanggungjawab dan cekap buat kerja. Kalau nak contact number beliau, boleh PM terus kat CN ya. 

Sampai jumpa lagi...


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

9 comments:

  1. Blh i angkat insurance utk nenek i.umur 77

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya kurang pasti. Kalau ikutkan syarat, maksimum umur 75 tahun. tapi try tanya konsultan.

      Delete
    2. Salam...untuk ibu yg umurnya 62 tahun bole x...dan byaran nya sbulan?

      Delete
    3. Hi, saya dapat info dari agen saya plan ini tiada buat masa ini. Tapi boleh wasap saya untuk dapatkan fon number agen tersebut. tq

      019-3010149

      Delete
  2. boleh quote price untuk medical card parent saya y berumur 67?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya dapat info dari agen saya plan ini tiada buat masa ini. Tapi boleh wasap saya untuk dapatkan fon number agen tersebut. tq

      019-3010149

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmmm tak nak ah judi lg.. Da insaf. Nk bli heensurans sementara masih hidup & slps mati. Harga brg kat alam barzah mahal.

      Delete
    2. Rajin mereka tinggalkan komen. Takpe, saya deletekan aje. ;)

      Delete