Salam Jumaat penuh barakah. Ohoi....! Janji tinggal janji betul la CN ni. Beriya kata nak rajin update blog, tapi bersarang lagi la nampaknya. Hehe..
Gambar hiasan aje.. takde kaitan ;) |
Okay, kali ni CN nak share tentang cara buat Kek Coklat Moist : Murah, Sedap & Tanpa Gagal. Itulah tajuknya. Hahaha.. Kenapa CN kata tanpa gagal? Sebab resepi ni memang main campak2 aje, resultnya pastilah korang boleh dapat makan kek coklat moist yang sodap. Betl ni.. tarak tipu.
Jom la kite melayan...
Mula2, kita sediakan barang2 dan bahan2 yang diperlukan.
Bahan2 diperlukan:
- Tepung Noraini's Chocholate Moist Cake 150g (beli aje kat Eco - RM 2.10)
- Telur sebiji - 50 sen kot sebiji
- Rujuk bungkusan tepung segera : sukatan air & minyak makan - bahan sedia ada
- 3/4 gula - 50 sen gak kot
Total : RM 3.10 ++
Barang2 yang diperlukan:
- Tupperware Speedy Chef
- Oven/pengukus - ofkos la kan. ;)
Eh, lupa nak ambil gambar full. Ni gara2 excited nak cuba tepung viral ni. Hahaha... |
Sekarang, cara2 nak buat. Sebenarnya, ikut aje seperti kat label tepung tu. CN pun bukan ingat sangat. Hehe..
Cara2:
1. Masukkan telur + minyak + gula. Putar sampai kembang. Ni kalau guna whisk, agak2 tangan dah lenguh, sila pinjam tangan orang sebelah. hehe.. CN guna Tupperware Speedy Chef sebab laju sikit buat kerja dan tangan tak lenguh. Kejap aje dah kembang.
Satukan & pukul bagi kembang |
Ni lah muka dia bila dah kembang elok |
Masukkan tepung + air selang seli |
3. Siap! Kukus dalam 40 minit atau bakar selama 25 minit, suhu 160 darjah. Sambil2 tunggu tu, jengah2 la sikit ye. kot la jadi pelik2. Suhu tu ikut oven masing2 jugak ye.
Eh..eh.. semudah 1..2..3.. aje kan? Nama pun resepi segera, guna tepung segera. Memang la mudah.
Tadaaa... ni la muka Kek Coklat Segera : Murah, Sedap & Tanpa Gagal by CN. Jangan komen muka dia ye. Hehehe.. |
Cuci2 jangan tak cuci |
Mula2, masukkan air 3/4 atau kurang + sedikit sabun cuci. Tutup & putar 5 kali pusingan. Siap! Angkat handle tu, lepas tu siram2 aje sikit. Pada kebiasaannya kotoran akan tanggal. Kalau tak tanggal, ambil span, dan basuh la macam biasa kat tempat yang masih ada kotoran. Tapi tak renyah sangat dah. Tinggal sikit aje tu.
Sikit fakta tentang Tupperware Speedy Chef ni:-
Produk inovatif ini mampu memukul telur, cream, sos mahupun adunan ringan dengan sempurna TANPA MENGGUNAKAN ELEKTRIK. Disebabkan bentuk yang ergonomik dan berfungsi secara lancar, kanak2 juga boleh mengendalikannya.Apa yang best Speedy Chef ni?
- Menjimatkan tenaga elektrik- Bentuk kompak dan senang untuk disimpan
- Bahagian badan yang transparent serta mempunyai pengukur
- Setiap bahagian mudah untuk dibersihkan
- Kapasiti 1.35 liter
- 1 pusingan/putaran Speedy Chef = 27x putaran biasa
Amacam, best tak? Dulu2 CN pun takde lah nak minat sangat dengan gajet Tupperware ni, tapi bila dah guna kat rumah kakak, ter...jatuh hati pula. Hehehe...
Korang kalau ada nak request Party Tupperware boleh pm CN ye. Sekarang CN tengah cuba nak buat jadual untuk buat demo/party. Kalau minat, boleh selitkan nama. Macam biasa, klik kat link INI.
Jumpa lagi semua.. ;)
Fast Action, Fast Result!
~Jihad Ekonomi Berjemaah~
Hanina Sulaiman
Call/SMS/WhatApps : 0193010149
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteNumpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.biz...^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856