Assalamualaikum,
Hai korang, selamat petang. Hihihi, mesti korang cakap CN ni kejap muncul kejap timbul kan? Nak buat macam mana, dah semula jadi CN macam ni. Hehehe..
Kalau korang nak tahu, sekarang CN dalam proses nak pindah rumah. Ingat dak sebelum ni CN bagitau CN dapat berpindah pejabat untuk duduk bersama En. Suami? Dah hampir 2 tahun jugaklah, kami duduk menyewa. Bukan saja2 tau duduk menyewa ni, sejak setahun lepas kami dah buat keputusan untuk membeli rumah disini, orang kata nak settledown kat sini lah. Yelah, kami dok fikir daripada terus menyewa, baik cari sebuah rumah sendiri. Bolehlah juga dijadikan aset.
Proses mencari dan berbincang ambil masa hampir 2 bulan, nak dapatkan bank untuk buat pembiayaan pun ambil masa. Oh, lupa nak bagitau. Kami nak beli ni rumah subsale, bahasa mudahnya rumah second hand (atas tangan). Proses pembelian rumah subsale ni tersangatlah makan masa. Kalau tak percaya, boleh google, macam2 pengalaman orang pasal rumah subsale ni. Macam CN sendiri, rumah pertama selesai dalam tempoh 6-8 bulan (peguam pembeli & penjual orang yang sama). Untuk rumah yang kedua ni pula, ambil masa 14 bulan (peguam lain2). Jadi harap bersabarlah kalau korang beli rumah subsale ye. Hehe..
Pinjam gambar google sat... Teringin nak bilik cun camni.hehe.. |
Dan akhirnya, sekarang CN dalam proses selenggara rumah. Bila dah siap kena deko sikit sebelum duduk. ;) Next CN cerita pasal deko2 pulak eh. Ingatkan tau..
Fast Action, Fast Result!
~Jihad Ekonomi Berjemaah~
Hanina Sulaiman
Call/SMS/WhatApps : 0193010149
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTq for info.. Sila lah dtg ke blog sy https://akuman85.blogspot.com
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kalau Nak pindah rumah dengan mudah dan cepat, boleh pindah dengan team Nizaf Mover & Logistics. Maklumat lanjut boleh search ' Nizaf Mover & Logistics ' di Facebook atau layari www.nizafmover.com. tq :)
ReplyDelete