Assalamualaikum,
Salam Jumaat yang penuh barakah buat semua rakan2 pembaca blog CN. Lama tak menulis, hari ni rasa rindu pula. Macam2 hal berlaku kebelakangan ini buat CN rasa tak tentu. Semoga Allah kuatkan semangat CN & keluarga.
Tanggal 18 Oktober 2018 jam 6.25 petang menyaksikan seorang insan tersayang kami sekeluarga telah kembali ke rahmatullah. Setelah hampir 10 hari duduk di wad dan seminggu ditidurkan, bonda CN telah pergi meninggalkan kami. Al-fatihah buat Allahyarhamah Rosni binti Haji Naitullah (27.02.1953-18.10.2018). Alhamdulillah, CN diberi kesempatan untuk menemani mummy semasa warded. Bermula pada 9 Oktober CN bertapa kat wad HSA JB. Balik dari KL, CN terus ke hospital. Malam tu mula shif pertama CN. Masa tu mummy masih sedar, kami boleh borak, bergaduh, bawa ke toilet untuk mandi dan buang hajat, dan melayan kehendak akhirnya. Segalanya bermula selepas tanggal 12hb Oktober 2018.
11-12 Oktober 2018
Malam tu shif CN bermula agak awal. Mummy tak makan siang hari sebab tak lapar. Hanya makan bubur 2 suap tak silap. CN sampai aje kat wad terus pelik tengok mummy pakai "pakaian outing". Sebelum2 tu mummy pakai baju hospital. Bila ditanya pada kakak yang shif sebelumnya, dia kata mummy nak pakai. Mungkin senang nak outing esok, kata CN dalam hati (sepatutnya mummy kena outing pada 12okt untuk check kematangan fistula dialisis sebelum rawatan dialisis dimulakan). Jam 8.30 malam, mummy minta belikan 100+, CN mengelak sebab mummy tak dibenarkan minum air gas & tinggi gula. Akhirnya bergaduh sikit2, mummy kata kalau tak boleh 100+, belikan air oren. Mahu tak mahu, CN menapak ke kafe dan dapatlah belikan jus oren Peel Fresh. CN beri tak sampai suku cawan kat mummy, alhamdulillah, terima kasih belikan air katanya. Semoga diberkati & diberi rezeki yang banyak. Aamiin... Bakinya, CN la telan. hehe.. Lepas tu terus mummy tidur (walau ada berjaga sekejap2)
Peel fresh hidangan akhir mummy |
Malam tu memang agak lain dari sebelumnya. Mummy baring, duduk, tidur semua tak senang. Sesak nafas katanya. Badan sakit nak minta ubat tahan sakit (mungkin sebab jatuh toilet malam sebelum tu). Tapi CN cuba tenangkan mummy, baca yasin untuk tenangkan hati. Jam 1 pagi, mummy rasa tak sedap badan. Lapar katanya, nak minum susu. CN panggil nurse untuk check. Nurse tak bagi minum sebab air dalam badan terlalu banyak dan mummy tak kencing. Dek kesian, CN bagi juga air kosong, mummy teguk 2 kali sebelum serahkan kembali kepada CN. Dia senyum. Rupanya itu hidangan akhir dari CN untuk mummy. Lepas tu mummy dipindahkan ke wad depan untuk pemantauan lebih rapi.
Jam 3 pagi mummy ditidurkan untuk mengurangkan kesakitan dan dipasang alat bantuan pernafasan (pam manual hampir 24 jam sebelum mesin pam sampai) dan katil di ICU penuh.
14 Oktober 2018
Mummy sedar apabila dos ubat tidur dikurangkan dan mula sedar dalam tempoh kurang 48 jam. Masa tu lega sangat, doktor pun ada beritahu yang mummy ni jenis kuat semangat dan ada harapan untuk sembuh. Masa dah sedar tu, banyak respon mummy. Tangan kiri terangkat2, kaki digoyangkan, lidah dijulurkan, merengek bila doktor nak cucuk jarum untuk ambil darah. Semua respon walaupun kecil, membuatkan hati CN gembira. Dalam hati, alhamdulillah mummy dah gerak. Mesti tak lama lagi akan sedar sepenuhnya.
15 Oktober 2018
CN balik ke sarang (KL). Sebelum balik singgah jumpa mummy. Walaupun dia masih tidak sedar, tapi dia tahu & dengar apa yang orang cakap. CN cium mummy, salam dan cium tangan. Cakap nak balik kejap. Lagi 4 hari kami balik tengok mummy semula. Mummy genggam tangan CN, macam tak nak lepas. Bila Cn cium tangan lagi, cakap sekali lagi, mummy tolak tangan CN. Sedih sangat masa tu, tapi hati CN sangat kuat kata mummy mesti dah sedar & sembuh dalam 2 hari. CN balik ke sarang...
18 Oktober 2018
Masa ni CN kat PD, ada mesyuarat yang perlu dihadiri. Hati semakin lega sebab mummy dah dapat rawatan lebih rapi di ICU dan doktor cakap semakin stabil. Hanya tunggu untuk sedar. Tak sangka, jam 1230 tengahari, along wasap dalam group katanya mummy semakin tak stabil, dipasang semula alat bantuan pernafasan. Doktor pesan, mana yang jauh diminta balik. CN terkesima bila baca mesej tersebut lantas mesej En.Husband untuk ambil CN. En. Suami sampai hampir jam 3.30 petang dari Putrajaya dan kami bergerak balik. Dalam perjalanan, along telefon. Dia tanya, ko kisah tak kalau doktor nak tutup mesin pernafasan mummy? Masa tu hanya Allah yang tahu, betapa risau, menangisnya CN dengar. CN jawab, kalau ko rasa itu yang terbaik, itu yang buat mummy tak terseksa, aku redha. Rupa2nya daddy tak bagi tutup mesin pernafasan mummy, daddy suruh tunggu sampai CN sampai. Tapi...
Akhirnya tepat jam 6.25 petang, mummy pergi tanpa sempat CN berjumpa dengannya. CN sampai ke HSA jam 7.20 malam, sejam selepas itu. Takpelah, mungkin bukan rezeki CN untuk berjumpa mummy waktu hayatnya yang akhir, tapi CN berpeluang membantu saat memandikan & mengkafankan jenazah mummy.
Kini dah 3 minggu mummy meninggalkan kami semua. Benarlah kata orang, bila dah tiada baru nak rindu. Kalau ada depan mata, jarang diendahkan.
Oh! Ibu...
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Ibu...
Alfatihah buat Allahyarhamah Rosni Haji Naitullah. Semoga damailah mummy disana. Kami akan sentiasa ingat mummy dan kami akan doakan mummy sepanjang hanyat kami. Ya Allah, Kau ampuni dosa2 Ibuku, Kau rahmati dia di alam sana dan Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya. Tempatkanlah Ibuku dikalangan mereka yang beriman. Aamiin..
Fast Action, Fast Result!
~Jihad Ekonomi Berjemaah~
Hanina Sulaiman
Call/SMS/WhatApps : 0193010149
Best 8 Casino Restaurants Near Denver, CO
ReplyDelete› hotels › 통영 출장샵 best-8-casin 논산 출장마사지 › hotels 광명 출장마사지 › best-8-casin This hotel and casino near Denver, CO 안성 출장샵 offers delicious restaurants, bars, restaurants and everything you need 속초 출장샵 to relax, from crab legs to a hearty meal to