Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Thursday 28 July 2016

Tempah Tiket Secara Online!

Assalamualaikum semua.

Salah satu cara menjimatkan duit kocek anda untuk melancong adalah dengan membeli tiket pengangkutan anda secara online. Tidak kira pengangkutan anda tu bas atau kereta atau kapal terbang ke, yang penting beli secara online.



Nak tahu tak kenapa beli tiket online menjimatkan ?

1. Caj biasa.
Syarikat penyedia pengangkutan akan mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan yang beli secara wakl-in (datang terus). Caj tersebut adalah termasuk caj tenaga buruh, kos tidak langsung seperti cetakan tiket dan sewaan kedai.


2. Anda boleh buat kajian pasaran secara online.
Anda tidak perlu ke terminal bas semata-mata nak tahu tiket bas jam berapa, syarikat mana yang nak pilih, laluan perjalanan dan sebagainya. Jimat masa, jimat tenaga dan juga jimat minyak kereta anda.

3. Diskaun hebat!
Ini yang paling saya suka jika membeli secara online. Kebanyakkan syarikat akan membuat promosi/diskaun bagi pebelian yang dibuat. Kadang kala pembeli akan menerima rebat tunai, kumpul mata ganjaran atau kod diskaun yang memberi peluang kita sebagai pengguna untuk lebih berjimat.
Antara website yang saya selalu gunakan adalah Easybook. Mudah dan jimat sangat. Cubalah..


Macam mana, seronok tak membeli melalui online ni? Hehehe..

Baiklah, sampai sini sahaja. Lain kali saya cerita pula bagaimana nak beli tiket secara online.

Fast Action, Fast Result!
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149