Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Friday 17 March 2017

Kembara Kerjaya Johor Berkemahiran 2017

Assalamualaikum,

Berjumpa lagi kita di entri baru. ini entri ke-11 saya setelah 3 bulan kita mengharungi tahun 2017. Adoiyai...bila nak jadi rajin ni?? Nampaknya saya perlu muhasabah diri lagi untuk teruskan menaip. ;0

Kalau minggu lepas saya ada cerita kan pasal perasmian UTC Kelantan, minggu ni saya nak promosi satu lagi event JobsMalaysia iaitu Kembara Kerjaya Johor Berkemahiran 2017. Kalau korang nak tahu, negeri Johor adalah negeri pertama di Malaysia yang menganjurkan Kembara Kerjaya secara besar-besaran. Bermula pada tahun 2014, acara ini telah menjadi acara tahunan negeri serta menerima kerjasama daripada pelbagai agensi dan majikan di seluruh Johor. Konsep konvoi secara berkumpulan yang terdiri daripada motorsikal berkuasa besar, kenderaan MPV, SUV dan bas membuatkan program ini lebih menarik. Mana taknya, dari jauh lagi boleh kedengaran deruman lebih 20 buah motorsikal yang pastinya menarik perhatian ramai.


Kembara Kerjaya Johor Untuk Johor 2014

Kembara Kerjaya 3.0 2016

Pada tahun 2017, konvoi kembara akan menjelajah seluruh negeri Johor untuk membawa peluang pekerjaan untuk warga Johor khususnya. Eh,jangan salah faham ye. Bukan orang Johor (IC 01) aje boleh cari kerja, peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia.  Tahun ini juga akan membawa konsep asal dengan berkonvoi secara berkumpulan. Terdapat beberapa kelainan yang pasti akan ditonjolkan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Kalau nak tahu, pastikan anda datang ke lokasi yang telah dipilih ya. Saya sertakan sekali poster dan tentatif program ini. Mana tahu ada yang berminat untuk mencari peluang kerjaya atau ingin menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan, bolehlah hadir semasa program berlangsung. Jumpa di sana, InsyaAllah..

Kembara Kerjaya Johor Berkemahiran 2017
Tentatif Kembara Kerjaya 2017


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday 10 March 2017

Perasmian UTC Kelantan

Assalamualaikum,

Kepada rakan-rakan pembaca yang berada di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, saya ada berita baik untuk kalian. Pejabat JobsMalaysia kini sudah berada di UTC Kelantan. UTC Kelantan ni telah mula dibuka kepada orang ramai pada penghujung tahun 2016. Waktu operasi bermula jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam, setiap hari kecuali cuti Umum. Kebiasaannya di UTC ni terdapat pelbagai agensi kerajaan yang popular seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran dan JobsMalaysia. Senanglah kalian nak renew pasport atau cari peluang pekerjaan lepas ni.

Pintu Masuk UTC Kelantan
Perasmian UTC Kelantan akan diadakan pada 12 Mac 2017 yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Bersempena dengan majlis perasmian tersebut, satu Karnival Pekerjaan anjuran JobsMalaysia akan dilangsungkan.

Tarikh :
12 Mac 2017 (Ahad) (10.00 pagi hingga 7.00 petang)
13 Mac 2017 (Isnin) (9.00 pagi hingga 5.00 petang)
Tempat :
Perkarangan Tempat Letak Kereta
Berhadapan dengan UTC Kelantan
Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan
Jalan Hamzah, (Belakang KB Mall)
15050 Kota Bharu

Antara aktiviti yang akan diadakan:-
  • Temuduga terbuka oleh majikan swasta
  • Klinik Kerjaya
  • Bakat & Demo
  • Pertandingan membaca berita
  • Pertandingan Lukisan Seni Kreatif
Banner Promosi

Buat rakan-rakan yang masih mencari pekerjaan, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jom Datang beramai-ramai. Info lanjut boleh layari Facebook JobsMalaysia.

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149