Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Wednesday 8 April 2015

Menjaga HATI


Assalamualaikum,..

Apa khabar anda semua? Semoga anda sentiasa sihat dan ceria menjalani kehidupan harian. Saya ingin berkongsi tentang kisah menjaga hati untuk tatapan anda. Kenapa "Menjaga Hati"? Mari teruskan bacaan anda.


Menjaga hati. Perkataan yang selalu sangat kita dengar dalam menjalani kehidupan harian. Biasanya ia berbunyi...

1. Saya kena jaga hati si polan..
2. Dia tu sensitif sikit, kita kenalah jaga hatinya
3. Awak kena jaga hati saya elok2, kalau tak....

Alahai, anda terlalu sibuk dengan "menjaga hati" orang lain tetapi siapa pula yang akan jaga HATI anda? Apa yang anda benar-benar faham tentang menjaga hati?

Apa itu HATI?

Hati sering dikaitkan dengan CINTA dan seringkali orang tersilap tentang hati dan jantung. Cuba tengok dalam gambar dibawah. Kenali hati dan kenali jantung anda.

Kedudukan hati dan jantung

Kalau anda nak tahu, hati merupakan satu organ terbesar dalam badan manusia dan ia juga adalah unik. Tang mana yang unik? Keunikan hati adalah ia berkeupayaan membina semula. Senang cerita, hati mampu memperbaiki organnya sendiri melainkan apabila ia gagal  berfungsi 100%.

Bahagian2 pada hati

Penting sangat ke hati dalam tubuh kita?

Setiap kejadian Allah pasti ada kegunaannya dan ia menjadi suatu nikmat yang patut disyukuri. Oleh itu, kita patut kenal hati dan fungsinya agar kita dapat mensyukuri nikmat Allah dengan lebih baik. Berikut adalah fungsi hati.

1. Rembesan Hempedu

Cecair rembesan ini disimpan dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah penting untuk pencernaan lemak dengan cara memecahkan lemak kepada lapisan yang lebih kecil. Ia juga membantu dalam proses penyerapan vitamin larut lemak (A,D,E,F,K) dab membantu mengasimilasikan kalsium.

2. Bertindak sebagai detoksifikasi

Metabolisma protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.

3. Mengawal paras gula dalam darah

Menukarkan tiroksina (hormon tiriod) ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiriodisme. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen dan insulin

4. Penting dalam metabolisma lemak



Ini merupakan fungsi hati secara am. Cuba bayangkan bila hati kita sud
ah tidak berfungsi dengan baik? Semua lelemak, protin dan lain2 akan mula tersangkut dimana-mana. Maka mulalah muncul penyakit2 yang tak sepatutnya tu. Pastinya anda tidak mahu menanggung penyakit sebegini kan?

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk memastikan hati kita sentiasa dalam keadaan baik. Saya akan terangkan pada entri akan datang ya. Sementara itu, mari kita mula berazam untuk menjaga hati masing-masing. ;)

Salam mesra,

Hanina Sulaiman
0194725475/0193010149

Friday 3 April 2015

Cabutan Bertuah di Faizworld

Assalamualaikum,

Anda masih ingat tak saya pernah beritahu tentang cabutan bertuah apabila menghadiri sebarang bengkel di Faizworld Training Centre? Kalau kurang ingat, mari klik SINI..

Okay, dah ingat kan? Dan kali ini saya nak beritahu bahawa pemenang cabutan bertuah tersebut telah pun diumumkan! Siapakah pemenangnya? Jom kita tengok rakaman proses cabutan bertuah tersebut.. Jeng...jeng..jeng...



Pemenang sedang dipilih
Dan Pemenangnya adalah....

Inilah pemenang Cabutan Bertuah Faizworld bagi bulan Mac 2015
 Nampak tak nama tu? Okay, bukan saya yang dapat hadiah tersebut... sob..sob... Tahniah kepada En. Fadhlal yang berjaya memenangi baucer petrol bernilai RM150. Jimat belanja bulan ni ye.. hehe..

Baiklah, kali ini saya nak fokus pula kepada Cabutan Bertuah bagi bulan April 2015. Hadiahnya lagi lumayan tau. Jom skodeng..

Hadiah Cabutan Beruah Faizworld bulan April 2015

Alhamdulillah, TV LED Haier 32"! Terima kasih Faizworld kerana sudi memberi peluang memenangi hadiah eksklusif ini. Kepada anda diluar sana, jom ke Faizworld Training Center, pusat latihan yang serba lengkap dan bertaraf 5 bintang.

Jadi kalau anda nak sewa bilik latihan atau bilik mesyurat disini, boleh hubungi :-

Faizworld Training Centre
D-12-3, Paragon Point 2
Seksyen 9, Jalan Medan PB5
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Emel : training_course@faizworld.com
Tel: 03-8928 9799
Berikan sokongan penuh anda dengan klik ;
Like Page FB: https://www.facebook.com/faizworldtrainingcentre
Follow IG: http://instagram.com/faizworld_tc

Harga pasti berpatutan, InsyaAllah. Jom kita ke Faizworld Training Centre. Ingat TRAINING, Ingat Faizworld!!

Salam Mesra, Hanina Sulaiman (ID: 888945) 0194725475/0193010149