Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Thursday 6 November 2014

Teman perjalananku..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, saya telah pun melepasi dugaan semasa temuduga. Dah lama tidak ditemuduga, rasa kekok pula.hehe.. insyaAllah dalam 2 minggu lagi saya akan tahu jawapan temuduga tadi. ;)

Okey, kali ini saya nak cerita tentang teman perjalanan saya. Kalau nak tahu, saya seorang yang selalu "travelling" termasuklah kerja luar, melancong dan juga melawat keluarga. Dalam sebulan, pasti 5 hingga 6 perjalanan yang akan dibuat. Oleh itu, mestilah saya sudah mempunyai senarai barang untuk dibawa. Kalau pakaian dan peralatan, kebanyakkan dari kita sudah arif bagaimana untuk mengemasnya. Yang saya nak tekankan kali ini adalah tentang persediaan perubatan atau suplemen.

Saya sebagai seorang pengamal suplemen, pastilah banyak suplemen yang akan saya bawa ke sana sini. bergantung juga kepada individu, mungkin ada 1 jenis suplemen, mungkin juga ada 10 jenis suplemen. Bagi saya sendiri, saya akan jadikan 6 jenis suplemen sebagai rutin saya.Jadi untuk pastikan suplemen yang dibawa tidak mengambil ruang yang besar, saya akan bungkus suplemen begini.


1 ruang untuk Vitamin C
1 ruang untuk B Complex
1 ruang untuk Vitamin E
1 ruang untuk GLA
1 ruang untuk Peppermint Ginger
1 ruang untuk Ostematrix + Vitalea

Tadaaa...siap!Comel sahaja kan? Sebuah bekas yang kecil dan kompleks. Biasanya 1 bekas ni boleh memuatkan suplemen untuk kegunaan 5 hari.jadi kalau nak lebih, boleh lah anda beli kotak pil sebegini banyak2 sikit.kalau pelanggan saya biasanya akan dapat sebagai cenderhati (selagi stok masih ada.hehe..)
Setakat ini sahaja untuk kali ini. Jumpa nanti di lain entri ye. ;)

Salam mesra,
Hanina sulaiman
Sid:888945
0194725475/0193010149

Tuesday 4 November 2014

Selamat Ulang Tahun, atok!!

Assalamualaikum..

Hari ini, tanggal 4 November 2014 adalah ulangtahun kelahiran atok yang ke-67. Selamat ulangtahun kelahiran, atok!! Maaf tahun ni tak dapat raikan hari paling bermakna ini sebab saya perlu berangkat ke Kuala Lumpur untuk hadiri temuduga. Walaubagaimanapun, saya.sentiasa doakan atok sentiasa sihat, panjang umur dan murah rezeki.

Saya sayang atok dan nenek, saya mahu mereka sentiasa sihat. Walaupun saya seorang yang agak sibuk, tapi saya ingin menjaga mereka sebaik mungkin. Saya pastikan bekalan suplemen untuk mereka mencukupi setiap bulan. Antara suplemen yang saya pastikan sentiasa ada untuk mereka adalah vivix, ESP dan performance drinks. Kalau nak tahu, ketiga-tiga suplemen ini adalah sesuai untuk warga emas yang menghidap diabetes dan darah tinggi. Banyak testimoni kesan pengambilan 3 produk ini. InsyaAllah nanti saya akan kongsikan di lain entri.

Eh, da cerita banyak tentang atok dan nenek,anda nak kenal dengan mereka? Mari tengok gambar dibawah. Jeng..jeng..jeng...



Itulah atok dan nenek a.k.a daddy dan mummy saya. Insan yang melahirkan saya ke muka bumi ini. Comey tak? Mestilah comey, tengok lah anak mereka ni.. ;) Saya panggil mereka atok dan nenek kerana suka mengajuk percakapan anak2 saudara saya. Kalau anda nak tahu, kadang kala ramai juga rakan2 saya yang keliru dan panggil kedua-duanya dengan panggilan atok dan nenek.siap cakap nenek saya muda sangat.lebih2 lagi nenek memang consume vivix, lagi lah kelihatan muda.hehe..

Kepada anda yang ingin menjaga kesihatan orang tua anda, dipersilakan untuk mendapatkan set suplemen tersebut. Peruntukkan sedikit belanja untuk memastikan mereka sentiasa sihat dan bertenaga.Inilah masa untuk kita berbakti kepada orang tua selagi hayat mereka. Jangan sudah tiada nanti, baru menyesal. 《---Peringatan untuk diri sendiri juga.. ;)


Oklah, sampai ini sahaja entri saya untuk kali ini. Sambil tunggu pesawat sampai, saya ulangkaji sedikit untuk temuduga esok. Anda semua doakan saya berjaya ya. Amin....

Salam sayang,
Hanina sulaiman
SID:888945
0194715475/0193010149

Monday 3 November 2014

Melangkah ke temu duga

Assalamualaikum..

Hari ini merupakan hari yang sangat sibuk buat diri saya. Kalau hari2 biasa, saya merupakan penjawat awam, isteri dan juga penjual produk semulajadi, Shaklee.

Tapi hari ini, saya tambah sikit tugas saya iaitu sebagai pencari kerja.hehe.pelik ye seorang penjawat awam turut mencari kerja? Iya, saya merupakan seorang pencari kerja kerana masih belum menemui kepuasan dalam bekerjaya. Status yang telah lama menyepi ini (dah lama tak cari kerja) telah muncul kembali apabila saya menerima panggilan temuduga daripada agensi kerajaan. Kali ini saya agak gementar sebab agensi ini sangat berlainan dengan bidang tugas saya dan ia telah membuatkan saya lebih teruja!!

3 hari sahaja persiapan sebelum saya menjalani temuduga.agak singkat memandangkan terlalu banyak dokumentasi diperlukan selaku penjawat awam ni kan..terkejar2 juga saya dibuatnya.dan malam ini adalah malam sebelum saya berangkat ke KL untuk hadiri temuduga tersebut.  Okey, checklist time!!

1. Kemas baju - baju temuduga dan baju persalinan
2. Dokumentasi - insyaAllah esok siap
3. Sijil2 - transkrip?? Mana saya dah letak ye? Alahai..masa ni pula tak jumpa. Kalau tak, ada.je muncul depan mata.hehe..

Eh, membebel2 camni kadang kala seronok juga. Lepas itu, beri tips pula kepada pembaca.
Okey, tips hari ini ialah tips penjagaan diri untuk menghadiri temuduga.

1. Pastikan anda telah mwnyediakan semua keperluan semasa temuduga
2. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup
3. Makanan kenalah jaga.pastikan ia berkhasiat dan tidak mendatangkan kesan sampingan
4. Jangan ulangkaji saat2 akhir.ulangkaji bermaksud tak perlu hafal sangat pasal fakta2 syarikat dan sebagainya
5. Ambillah suplemen yang berkaitan seperti :-
    a. B-Complex - menghilangkan/kurangkan stress
    b. ESP & Mealshakes- sarapan lengkap dan memberi rasa kenyang berpanjangan.takdelah masa       
        temuduga terasa lapar sangat
    c. Vitamin c - menjadikan wajah lebih segar dan bermaya
    d. Vitalea - multivitamin untuk melengkapkan semua nutrisi diperlukan dalam badan.
    e. Omega Guard - semoga dapat kecerdasan dan lebih fokus.

InsyaAllah, bila kesihatan dijaga, temuduga juga dapat dijalani dengan baik. Baiklah, saya nak sambung aktiviti mencari transkrip saya. Jumpa lagi ye..

Salam mesra,
Hanina Sulaiman
Id: 888945
Call/sms/whatapps: 0194725475/0193010149

Pesanan: kalau nak cari produk2 shaklee macam dicadangkan, jangan malu, jangan segan.hubungi saya untuk konsultasi dan juga pembelian pada harga paling best!! ;)