Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Sunday 5 June 2016

JTX Air Tracker - Jimatkan Minyak Kereta Anda!!

Assalamualaikum dan lafaz Bismillah sebagai pembuka bicara. Salam ceria dan salam sayang buat pembaca blog bersawang saya ni.hehe.. Terima kasih kerana masih sudi bersama-sama saya. Hari ini saya nak perkenalkan satu produk yang mungkin menjadi pilihan pemilik kenderaan bermotor iaitu JTX Air Tracker. Jom layan...



Apa itu Air Tracker ?

JTX Airtracker merupakan satu sticker yang ditampal pada air filter kenderaan ANDA & kesannya boleh dirasakan SERTAMERTA.


JTX AirTracker

Bagaimana ia berfungsi?

JTX Airtracker menggunakan teknologi BARU mesra alam yang berteknologi tinggi serta TERBUKTI keberkesananya dalam ujian makmal.

Mekaniksma JTX AirTracker

Ia berfungsi untuk menukarkan molekul-molekul udara menjadi struktur molekul-molekul yang halus sebelum masuk ke dalam kebuk pembakaran enjin. Struktur molekul-molekul yang halus ini membolehkan bahan api dapat dibakar sepenuhnya dengan kadar optimum. Pembakaran yang berlaku secara optimum di dalam kebuk pembakaran enjin dapat meningkatkan prestasi enjin dengan gerakan omboh yang lebih lancar serta menjimatkan bahan api. 


Kebaikan Guna JTX AirTracker
  •  Meningkatkan prestasi enjin
  • .Mengurangkan enapan karbon di dalam enjin
  • Menjimatkan penggunaan petrol/bahan api melalui peningkatan nisbah pembakaran bahan api
  • Enjin menjadi lebih senyap
  • Anti kepanasan enjin
  • Memanjangkan jangka hayat enjin
  • Mengurangkan pelepasan karbon monoksida dari ekzos

Pemasangan JTX AirTracker

JTX AirTracker dipasangkan dengan hanya melekatkan sticker tersebut di atas penutup penapis udara kenderaan anda. Jumlah JTX Air Tracker yang harus di tampal bergantung kepada kapasiti enjin (cc) kereta anda.

Pemasangan secara triangular formation

  •         Kenderaan di bawah 1,599 cc = 1 set  (3 keping)
  •         Kenderaan 1,600 - 2,900 cc = 2 set (6 keping)
  •         Kenderaan 3,000 cc dan ke atas = 3 set (9 keping)


Berapa Lama Jangka Hayat JTX AirTracker Ini

2 tahun

Kesan Pelepasan Gas Karbon Dioksida Dan Gas Karbon Monoksida Selepas Pemasangan JTX AirTracker



Karbon Monoksida

Selepas 30 min - pelepasan gas berkurangan sebanyak 60 %Selepas 150 min - pelepasan gas berkurangan sebanyak 87 %



Karbon Dioksida

Selepas 30 min - pelepasan gas berkurangan sebanyak 21 %Selepas 150 min - pelepasan gas berkurangan sebanyak 56 %


 



Harga Pasaran JTX Air Tracker

1 set (3 keping) - RM 321
2 set (6 keping) - RM 642
3 set (9 keping) - RM 963
* jika beli dengan harga ahli, anda layak jimat hampir 15% + bonus bulanan

Testimoni JTX AIrTracker





Keratan akhbar tentang JTX AirTracker

Video tentang JTX AirTracker



Mana nak dapat JTX AirTracker ni?

Hubungi saya, Hanina di 019-3010149 atau mana-mana saluran media sosial yang tertera dibawah. Jika ingin menjadi pengedar/ahli juga dialu-alukan.

Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman 
 Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Saturday 4 June 2016

Air Asam Meleleh!!

Assalamualaikum..

Esok adalah hari terakhir sebelum 1 Ramadhan 1437. Ya, tidak lama sahaja lagi kita akan menjalani ibadah puasa di bulan paling barakah. Tak sabar pula rasanya untuk mengerjakan solat sunat tarawikh yang hanya boleh dilakukan disepanjang bulan Ramadhan. Bulan- bulan lain takde tau... Jadi, silalah rebut peluang dan ruang-ruang pahala sebaik mungkin ye.

Sebenarnya, entri kali ini saya nak kongsikan resepi mudah yang kadang kala membuatkan saya keliru. Kalau nak tahu, saya ni "juara" menumbuk sambal belacan di rumah. Daddy paling suka dengan sambal belacan saya, sambal lain tak dipandang dah.. Eh, kecuali sambal tumis buatan mummy, kiranya sambal belacan saya jatuh nombor 2 la kalau sambal tumis ni ada... Jadinya, bab-bab penyedap selera selain sambal belacan ni saya kurang ambil kisahlah. hehe..

Sejak-sejak berkahwin dengan orang utara ni, saya mula meminati air asam. Kecur air liur bila nampak air asam ni. Dengan cili picit, bawang dan tomato hiris... pasti sedap!!! Apa saya merapu ni ye?? Jomlah kite ke resepi air asam versi saya.


Air Asam (pinjam gambar google)

Air Asam Meleleh

Bahan-bahan
==========
A. Bahan kisar
   - 1 biji bawang merah
   - 2 biji cili merah
   - 1 inci belacan (dibakar dahulu)
   - 1.5 sudu besar asam jawa (dibancuh dengan air masak setengah cawan)
   - 5-7 biji cili padi 

B. Lain-lain
   - 1 biji bawang besar (hiris/potong dadu)
   - 1 biji tomato (potong dadu)
   - 2 biji limau kasturi
   - Garam & gula secukup rasa

Cara-cara
=======
1. Kisar bahan A. Pastikan air asam jawa tu sudah dibuang bijinya sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengisar. Tuangkan bahan yang telah dikisar kedalam mangkuk comel.

2. Masukkan semua bahan-bahan B kedalam bahan A. Kacau sehingga sebati.

3. Siap!!

Eh, senang sangat ni. Apa yang keliru macam saya beritahu awal-awal tadi? Sebenarnya, ikut resepi kakak ipar saya, cili padi tidak perlu dikisar. Hanya perlu picit kedalam campuran A dan B bagi elakkan kepedasan maksima dan cilinya boleh digigit-gigit. Di sebelah utara juga menggunakan kerisik dalam campuran. Bagi rasa lebih umpphhhh... Tapi saya buat versi sempoi dan kisar semua.  Mudah dan pastinya sedap. hehehe...

Selamat mencuba!   

Oh ya, sempena nak masuk bulan Ramadhan ni, saya memohon ampun maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap tutur kata, terpinjam gambar dan lain-lain ter... yang tidak disengajakan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Amin...

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
 Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149