Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Wednesday 23 September 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum,

Mood raya kembali lagi!! Alhamdulillah, Aidil Adha akan menjelang esok. Tak sabar nak beraya. Terbayang-bayang pula ketupat, rendang, kuah kacang dan sebagainya.Kecur dan berkeroncong perut jadi nya.hehe..


Puasa Sunat Arafah



Eh, hari ini saya berpuasa sunat Arafah. Salah satu puasa sunat yang ramai umat Islam nantikan. Apa itu puasa sunat Arafah? Puasa sunat Arafah ini merupakan puasa sempena ibadah wukuf yang dilakukan oleh jemaah haji menjelang tanggal 10 Zulhijjah keesokkannya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang puasa sunat Arafah dan niatnya, boleh klik >> DISINI

Patutlah perut keroncong, puasa rupanya.hehe...

Jom intai-intai menu untuk esok.. survey dan request kat mummy, best kan?hehe..

Menu impian Aidil Adha

Dah setting baikkk



Makanan raya orang lain...ni pinjam je..kikiki...

Seronoknya bila fikirkan esok bakal menjamu juadah macam gambar atas tu. Nampak macam melampau tak?hehe..

Dikesempatan ini, saya nak ucapkan selamat hari raya Aidil Adha buat semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Aidil Adha tahun ini dapat memberi kesedaran dan pengertian yang mendalam buat kita semua. InsyaAllah..



Salam Mesra,
 Hanina Sulaiman (ID: 888945)
0194725475/0193010149

Thursday 17 September 2015

Resepi : Nutella Cheesecake paling simple

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Semoga semunya sihat sejahtera dan bergembira disamping mereka yang tersayang.

Hari ini, pagi-pagi lagi saya tertengok satu resepi yang agak senang (nampak senang) di facebook. Sekali pandang terus terpikat dan akhirnya saya cari resepi tersebut di website berkenaan. Bila dah jumpe, teruslah saya nak tepek di sini untuk rujukan bila nak buat nanti. hehe..

Jemput tengok ye. Mana tahu ada yang berminat.



Mudah kan? Okaylah untuk orang yang tak reti sangat memasak macam saya ni. hehe..Selamat mencuba!!

Salam Mesra,
Hanina Sulaiman (ID: 888945)
0194725475/0193010149