Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Tuesday 29 March 2016

Bibir Menawan Cozuma

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, baru saja update blog ini, rezeki datang mencurah-curah. Ramai yang bertanya tentang lipstik Cozuma. Ada warna apa, berapa ringgit, cantik ke tak? Okey, kali ini saya tulis cerita khusus untuk lipstik 5 bintang ini. Semangat ni!!

Lipstik Cozuma ada 2 jenis ye. Satu Cozuma Mattifying Lipstick dan satu lagi adalah Cozuma Glitzy Shine Lip Gloss.

 Warna-warni Lipstick Cozuma

Cozuma Mattifying Lipstick

Untuk Cozuma Mattifying Lipstick ni, ia boleh didapati dalam 10 warna menarik seperti yang terdapat dalam gambar dibawah. Saya ambil gambar rujukan daripada blog Puan Akhma untuk memudahkan anda melihat warna2 lipstik setelah dioles.

Warna warni Cozuma Mattifying Lipstick

Untuk Cozuma Glitzy Lip Gloss Series pula, terdapat 5 warna "berani" untuk anda pilih. Sesuai dengan namanya, warna agak cair namun ia memberi efek lebih elegen.

Cozuma Glitzy Lip Gloss

Mana satu yang lebih cantik?

Jika anda tanya saya, yang mana satu lebih cantik, saya lebih berminat dengan Cozuma Glitzy Lip Gloss memandangkan saya seorang yang suka kelihatan natural. Antara warna kegemaran saya adalah Admirar Pink dan Sugar Peach. 

Untuk Cozuma Mattifying Lipstick pula, saya cadangkan Pandora Red dan Fantasy Kiss kerana ia lebih menonjol tanpa sedar.hihihi.. Ramai pelanggan saya juga tertarik dengan warna2 cair seperti Romance Pink dan Loly Pink. Apa pula pilihan anda?

Harganya?

Harga bagi kedua-duanya adalah sama iaitu RM 44.00 (Sem. Malaysia) dan RM 46.00 (Sabah/Sarawak). Sangat berbaloi kerana ini adalah produk 5 bintang!

Apa tunggu lagi? Dapatkan lipstik dan lip gloss anda segera. Pastinya harga istimewa hanya untuk pembaca blog saya. ;)

Fast Action, Fast Result!

 Hanina Sulaiman
 Call/SMS/WhatApps : 0193010149

 ~Jihad Ekonomi Berjemaah~

Monday 28 March 2016

Oh Kerja... Dimana dikau?

Assalamualaikum,

Alahai... sedih pula tajuk entri hari ini. Oh kerja, dimanakah dikau? Kerja ada dimerata-rata tempat. Percaya atau tidak, memang kat Malaysia ni banyak kerja kosong. Kalau tak, takkanlah "orang luar" masuk ke negara kita ni kan?

Ish, takmau lah nak membebel pasal isu kerja ni. Sebenarnya tujuan saya nak tulis entri hari ini adalah nak beritahu kat anda semua tentang satu page yang sesuai untuk mereka yang masih tercari-cari pekerjaan yang sesuai. Apakah nama page nya? Namanya adalah JobsMalaysia Centre Iskandar Malaysia. Anda semua dijemput like page tersebut ya. ;)

Cover Page JobsMalaysia Centre Iskandar Malaysia

Bangunan lama JohsMalaysia Johor
Kalau nak tahu, JobsMalaysia Centre Iskandar Malaysia ini adalah salah satu pejabat cawangan Pusat JobsMalaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Johor. Kalau anda scroll down posting yang dibuat oleh page tersebut, terlalu banyak peluang kekosongan jawatan dan temuduga terbuka yang dihebahkan kepada masyarakat umum. Setakat hari ini, page ini telahpun berjaya mengumpulkan sebanyak 112 ribu like. 

Kat sebelah ni adalah gambar pejabat lama mereka yang terletak di Danga Bay. Dah jadi nostalgia dah pun. Kini JobsMalaysia Centre Iskandar Malaysia lebih dikenali sebagai Pusat JobsMalaysia Johor dan beroperasi sepenuhnya di bangunan UTC Johor Galeria @ Kotaraya, Johor Bahru. 

Fungsi utama JobsMalaysia adalah membawa peluang pemadanan pekerjaan kepada pencari kerja dan majikan. Sebab itulah jika anda mahu mencari pekerjaan, anda dialu-alukan untuk mendaftar di pejabat ini. InsyaAllah peluang pekerjaan yang mencari anda akan lebih terbuka luas. 

Baiklah, ini sahaja entri buat kali ini. InsyaAllah panjang umur nanti say kongsikan peluang-peluang pekerjaan yang ada di negeri Johor khusus buat anda semua. Selamat mencari pekerjaan dan selamat maju jaya!!

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 

 Hanina Sulaiman 
 Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Sunday 27 March 2016

No Make-Up Mekap by Cozuma

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda tentang satu produk yang saya gelar sebagai No Make-Up Mekap. Konsepnya sama dengan set mekap signature by VJ, namun ia tak serupa ya. Set No Make-Up Mekap ini sebenarnya adalah Set Kecantikan Cozuma yang amat mudah dipakai dan mampu menaikkan seri wajah dalam masa yang singkat. Dan jangan tak percaya, orang yang tak reti nak mekap pun boleh kelihatan cantik seperti didandan oleh jurumekap profesional bila menggunakan Set Kecantikan Cozuma ni.

Jom berkenalan dengan set mekap yang sempoi ini. Set Kecantikan Cozuma ini adalah gabungan Cozuma CC Cream bersama rangkaian lipstik Cozuma yang cantik.

Set Kecantikan Cozuma

Cozuma CC Cream

Krim yang pantas menutup cela pada wajah serta memantapkan kulit wajah agar lebih anjal dan berseri. Mengandungi Ekstrak bunga Marigold, Rosemary dan Manggis yang mampu melega, menyembuh dan melindungi kulit sensitif.

Cozuma CC Cream



Cozuma Mattifying Lipstick (Lipstik Berkabut)

Formula gincu berkabut ini menghaluskan bibir bak sutera dengan kemasan satin dengan liputan warna penuh. Diformulasikan dengan teknologi hebat untuk memastikan warna bibir tahan lama.


Cozuma Mattifying Lipstick


Teknologi Unik Serbuk Warna
- Ekstrak buah betik dan sfera kolagen untuk bibir gebu
- Biji Minyak Safflower dan Minyak Cottonseed untuk meluncur dengan hebat dan memberi kemasan satin
- Vitamin C dan E untuk perlindungan bibir dari persekitaran
- Squalane untuk rasa licin dan ringan

Cozuma Glitzy Shine Lip Gloss

Gincu yang membelai bibir dengan kemasan bercahaya dan berkilu seakan percikan mutiara. Rumusan berkhasiat yang diperkaya dengan Ekstrak Aloe Vera, Safflower dan Vitamin E untuk melembapkan bibir dan bersifat anti-oksidan
Cozuma Glitzy Lip Gloss 

Nampak simple tapi bila dah guna pasti kelihatan lebih elegen dan berkeyakinan. Wow!! Silakan hubungi saya jika anda berminat untuk dapatkan set No Make-Up Mekap by Cozuma ini. Harga istimewa pastinya untuk pembaca blog saya. ;)

Salam Mesra,

Hanina Sulaiman
0194725475/0193010149