Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Tuesday 23 August 2016

Bersenam di IKEA Cheras!!

Jom bersenam di IKEA Cheras! Pelik ke tak pelik?? Hehehe..

Sebenarnya saya telahpun berjaya menjejakkan kaki ke IKEA Cheras minggu lepas. Sebelum ni tengok dari luar aje sebab tak rajin nak meronda. Tengok kawasannya yang luas pun dah malas nak turun berjalan. hehehe..

Pandangan dari jauh

Sedar tak sedar, akhirnya saya tertewas juga. Kebetulan saya dan suami ada tugasan mengambil dan menghantar along saya dari KLIA ke Ampang di subuh hari, jadi kami pun mengambil kesempatan untuk berkunjung ke IKEA Cheras yang katanya lebih luas dari cawangan di Damansara. Seawal jam 9.30 pagi kami sudah sampai di lot parking IKEA. Semangat tak? Seronok sangat sebab masa tu kenderaan pun tak banyak lagi. Parking kosong habaq hang....

Sebaik masuk je ke dalam ruang pameran yang terletak di tingkat atas, mata masing-masing dah rambang. Benar berita dari mulut ke mulut, barangan di sini lebih menggoda dan mnggoyahkan iman! Ish, kalau ada duit terpijak ni, mau juga saya rembat set bilik tidur, ruang tamu dan dapur. kikikiki...

Memang luas IKEA Cheras ni. Sedar tak sedar, saya menghabiskan masa selama 4 jam di ruang pameran dan 30 minit di kaunter pembayaran. Agak-agak banyak tak kalori kami yang terbakar? Hehehe.. Memandangkan saya dan suami berkunjung ke sana dengan matlamat nak tengok-tengok aje, kami tak beli banyak barang pun.Beli barang-barang kecil sahaja. Dah jimat masa tak perlu ambil barang di rak besar.

Dalam banyak-banyak bahagian terdapat di IKEA ni, satu bahagian yang saya paling suka adalah jualan makanan (IKEA Bistro). Sedap dan murah!

Hanya RM 5.00 untuk Hot Dog + Karipap + Aiskrim + Kopi (refill)



Ish...memang tak rugilah datang IKEA ni. Dapat berangan dengan barang-barang rumah yang cantik, dapat buang lemak dan kalori, dapat beli barang comel-comel dan dapat makan sedap! Kalau nak tahu info lanjut tentang IKEA, terjah entri  kawan ni. Selamat jumpa lagi!!


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday 5 August 2016

ONEXOX Season Pass bikin panas!!

Assalamualaikum..

Hari ni syarikat telekomunikasi yang tengah hangat dipasaran sedang membuat promosi HEBAT! Apa yang hebat sangat tu? Memperkenalkan ONEXOX SEASON PASS (SP), pakej data paling jimat abad ini. Hehehe..

OneXOX Season Pass

Saya sendiri adalah pengguna simkad hijau yang best ni. Walaupun saya telahpun mempunyai 2 talian postpaid (1 suami bayar, 1 kongsi talian dengan rakan pejabat) tapi saya tetap menggunakan ONEXOX sebagai talian internet saya (untuk broadband) Kenapa? Kerana servis 4G yang laju, dan pakej data yang murah. Sebelum ni promosi RM28/1.5GB sebulan. Berbaloi untuk saya layari internet dirumah. Kadang2, data pun tak habis. Hehe..

Happy Hour.. rugi tak beli!@

Dengan adanya SP ni, saya makinlah tersenyum lebar.. Mana taknye, saya beli HAPPY HOUR RM29 (2GB), saya boleh menggunakannya untuk tempoh yang lama. Oh ya, lupa nak bagitau, simkad Onexox ni juga mempunyai tempoh aktif yang panjang iaitu 28 bulan dan bertambah apabila anda isi semula (topup/reload). Maksudnya topup la berapa banyak pun, kredit masih boleh digunakan selagi tempoh aktif tak luput. Dan begitu juga dengan data SP ni, ia boleh digunakan selagi simkad aktif.

Faham tak faham?hehe.. jom baca penerangan yang saya ambil dari facebook..

APA BEST ONEXOX SEASON PASS?
Sekali beli..
8GB data + 50min all network = RM109.90 Only.
Jadinya...
.
.
.
.
Pengguna 5GB =RM68.68
Pengguna 4GB =RM55
Pengguna 3GB =RM41.25
Pengguna 2GB =RM27.47
Pengguna 1GB =RM13.75
Pengguna 500mb =RM6.87

Pakej tang ditawarkan.. jimat baq hang!!

Dan.. Season Pass 8GB didatangkan dgn PERCUMA 50minit masa Call
Jimat tak jimat?
SEBENARNYA KELEBIHAN ONEXOX GUNA IKUT KEPERLUAN:
✔Beli Data Pukal 8GB dan pakai bila perlu sahaja
✔boleh ambik 500mb/sebulan, boleh pakai sampai selama 16 bulan!  (Setakat WA/FB/IG.. cukup no 500mb/bulan)

Atau ikut suka la user nak manage kot mana pun. Bulan ni nk pakai 1GB, bulan depan 3GB, bulan seterusnya taknak pakai langsung pun boleh. Tiada Syarat2 yang wajib yg memaksa pengguna, dan baki 4GB lagi tu ikut suka nk pakai bila.Valid ikut tarikh aktif simkad! Rm109 8G valid sehingga 2tahun lebih!

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Macam mana? Jimat tak jimat?? Teruja tak dengan pakej ONEXOX SP? Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang pakej ni atau apa sahaja tentang simkad  OneXOX, hubungi terus 0193010149. InsyaAllah saya akan membantu anda untuk berjimat dengan ONEXOX.

Ps: Simkad Sembang Bola edisi JDT pun saya ada. Kalau minat boleh pm ye.

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Tuesday 2 August 2016

Persediaan Bakal Haji dan Umrah : Pencegahan Penyakit

Assalamualaikum,

Baiklah kali ini saya akan kongsi sedikit tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh bakal jemaah Haji dan Umrah. Rata-rata persediaan dan persiapan yang dilakukan oleh bakal jemaah adalah berkait dengan persiapan kerohanian dan kelengkapan seperti pakaian dan buku rujukan agar memudahkan urusan di Tanah Suci nanti. Aspek kesihatan agak jarang diambil perhatian. Bukan saya cakap-cakap kosong ye.

Berikut adalah artikel berkaitan tentang penyakit yang sering dihadapi oleh para jemaah haji dan umrah.


Penyakit Sering Dihidapi oleh para jemaah Haji/Umrah

" Oleh kerana perubahan suasana, suhu dan aktiviti di Tanah Suci seperti hawa yang panas dan berdebu, kesesakan tempat tinggal dan tempat ibadat dan keletihan badan, maka jemaah sering menghidap penyakit ringan seperti:
  1. Batuk dan demam selsema. Pada kebiasaannya hampir 90 peratus dari jemaah haji menghidap batuk. Mereka perlulah mendapat rehat yang cukup. Banyakkan minum air, tiha ke empat liter sehari terutama selepas menggunakan tenaga berlebihan dan penting bagi mereka mendapatkan rawatan awal dari klinik sebelum keadaan bertambah teruk.
  1. Pecah-pecah kulit, tumit dan bibir (khususnya di Madinah). Cara mengatasinya adalah dengan menyapu krim pelembap sejurus berada di Tanah Suci untuk mengelakkan kulit dan bibir pecah. Keadaan cuaca yang kering menyebabkan kulit, bibir dan tumit pecah. Kurangkan penggunaan sabun mandi untuk mengelakkan kekeringan kulit dan jangan berjalan tanpa alas kaki. Lain-lain penyakit ringan adalah sakit kerongkong, hidung berdarah, sembelit dan cirit-birit.
  1. Bakal haji juga perlu mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap jangkitan MERS-CoV dan Ebola dengan memakai ‘tumudung’ (penutup mulut dan hidung) dan mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi. Elakkan daripada memakan makanan mentah, buah-buahan atau sayuran yang tidak dibasuh dan meminum air yang tidak dirawat. Bakal haji juga perlu mengelakkan diri daripada pergi melawat ke ladang haiwan dan mengelakkan daripada bersentuhan dengan sebarang jenis haiwan terutama unta."
 .
Sumber dari Dr. Mohammad Faid Abd. Rashid dan Dr. Azah Abdul Samad. melalui entri  shafiqolbu

Jadinya, saya terpanggil untuk buat entri yang memberi solusi sebagai persediaan buat para jemaah. Antara set yang saya fikirkan perlu ada untuk mengekalkan kecergasan sepanjang beribadah di Tanah Suci adalah set Kesihatan Asas Shaklee, set Mandian ME dan set Penjagaan Kulit FreshPicks.


Set Kesihatan Asas Umrah/Haji

1. Set Kesihatan Asas Umrah dan Haji Shaklee 


Set ini terdiri daripada :-
Set Kesihatan Asas (Vitalea + B Complex + Vitamin C SR)
+ Performance Drink (mengurangkan dehidrasi)
+ Ostematrix (keselesaan sendi dan kurangkan sembelit)

Peralihan cuaca di Malaysia dan Negara Arab sering menganggu tahap kesihatan para jemaah. Oleh yang demikian, persediaan dari aspek kesiahatan haruslah diambil berat.

Harga set ini boleh disesuaikan dengan bajet anda. Anggaran RM 150 - RM 350/set

Set Mandian Segar ME

 2. Set Mandian Marine Essence


Set ini mengandungi :-
1 botol syampu + 1 botol mandian ME atau beauty bar + 1 ubat gigi

Selain tahan lama (bekalan untuk sebulan dan boleh dikongsi 2-3 orang), set Mandian ME sesuai dijadikan pilihan utama para jemaah kerana ia dapat mengembalikan kesegaran badan selain memberi wangian berpanjangan.

Set ini boleh didapati dengan harga RM 100/set.

Set Penjagaan Kulit FreshPicks

3. Set Penjagaan Kulit FreshPicks


Set ini mengandungi:-
1 Cherry Beuty Soap
1 Lip Balm
1 Foot Cream
+ Free Gift

Produk Freshicks ni adalah produk baru keluaran 100% bumiputera. Set penjagaan Handmade dan Homemade. InsyaAllah 100% Halal.

Hanya RM 50/set

Untuk pengetahuan anda, saya telah menggunakan dengan kesemua produk ini dan ternyata ia memberi kesan positif.  Sebab itulah saya  juga yakin produk ini memberi kesan yang baik untuk kesihatan dalaman dan luaran anda kerana saya merupaan pengguna dan pengedar produk-produk ini. Saya guna dan saya menjual kepada sesiapa yang nak cuba.

Ini adalah set cadangan sahaja. Anda juga boleh cari mana-mana produk yang anda yakin. Yang penting anda dapat beribadah dengan selesa dan mendapat Haji/Umrah yang mabrur. InsyaAllah.



Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Monday 1 August 2016

Menghampiri 01 Zulkaedah 1437H

Assalamualaikum..

Diam tak diam kita sudahpun melangkah masuk ke bulan Ogos dan juga akan menghampiri 01 Zulkaedah 1437H tidak lama lagi. Nak bagitau ni.. pada 01 Zulkaedah nanti, genaplah 6 tahun usia pernikahan Hanina & Hasifi..Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana masih diberi peluang menikmati kemanisan membina keluarga bahagia. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal sehingga ke Jannah. Amin...

Saya kongsikan sedikit gambar semasa hari persandingan kami. Jangan meluat pulak ye.hehehe..

Selesai Akad Nikah.. baru boleh senyum.hehe
Outdoor shooting
Sesi bergambar dengan keluarga (sebelah saya). Masa ni anak sedara 4 orang tu sibuk bermain. Sampai tak sempat bergambar

Keluarga sebelah suami

Eh, sebenarnya saya nak kongsikan sedikit info tentang persiapan Haji dan Umrah. Dah melalut ke cerita lain pulak. Tunggu entri lain lah ye.. ;)


Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
 Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149