Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Thursday 4 May 2017

Hati Blogger Kecik Berbunga!

Assalamualaikum,

3 kali.... 3 kali sudah!!!
Antara percaya atau tidak, blog suam2 kuku saya ni ada juga yang sudi membacanya! Terima kasih sangat2 buat rakan2 blogger dan pembaca yang sudi mampir disini. Alkisahnya, saya suda tiga kali dihubungi untuk dapatkan keterangan lanjut tentang entri sebelum2 ini.

Kisah Pertama : Faizland<< klik
Saya dihubungi berkaitan entri tentang kehadiran yang menuntut ilmu di Faizland. Masa ni saya baru2 belajar asas membangunkan blog. Jadi saya tuliskan tentang fasiliti yang terdapat di Faizland, aktiviti cabutan bertuah yang diadakan sempena pembukaan serta kadar sewaan yang dikenakan. Tak sangka entri tersebut punya pembacanya, malah beliau ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang bilik seminar tersebut. Alhamdulillah, rezeki Faizland, saya terus minta beliau hubungi nombor telefon Faizland yang saya sertakan pada entri tersebut.

Kisah Kedua : Lipstik Cozuma <<klik
Kisah tentang set No Make-Up Mekap Cozuma ini telah menarik perhatian Kak Zai dari Shah Alam untuk mendapat info lanjut tentang produk hot SHOM ni. Mula-mula saya tak sangka beliau dapat hubungi saya melalui aplikasi whatapps selepas mendapat info tentang lipstik berkolagen yang cun dari blog kecik ni. kikiki...
Tq Kak Zai. Lain kali contact2 lagi ya ;)

Kisah Ketiga : Telinga Tersumbat << klik
Minggu lepas pula saya dapat whatapps dari cik Die**, nak tanya tentang pengalaman saya tentang telinga tersumbat. Mula2 terkejut juga dapat mesej dari beliau. Ya lah kan, kita kan blog kecik2, maunya tak terkejut dapat mesej siap ada screenshot blog kite. Alahai... rasa terharu sangat.

Tq Die**, walaupun masalah tak sama, tapi ukhuwah tetap terjalin. ;)
Buat semua rakan2 yang sudi singgah di blog saya ni, sudi membaca entri2 yang ada, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga. InsyaAllah atas maklumbalas dari kalian saya akan cuba membakar semangat saya untuk terus menaip dan juga memeriahkan blog ini. Jika kalian ingin mendapatkan info lanjut atau apa jua produk yang saya tulis disini, dipersilakan hubungi saya. Pastinya saya berikan detail dan juga tawaran yang teristimewa buat kalian, insyaAllah.

Jumpa lagi ya..

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Tuesday 2 May 2017

Hari Bio Velocity (BV) 2017

Assalamualaikum,

Cerita terperam dah hampir 2 minggu tak menyempat nak menaip cerita. Sibuk sangatlah kononnya tu... Dah sudah, tak payah nak buang masa, kita cerita dari awal.

08 April 2017, saya berpeluang menyambut Hari Bio Velocity 2017 bertempat di Dewan ....., Ampang bersama-sama lebih 1000 orang ahli SHOM. Sambutan sangat meriah dengan pengisian info berbentuk ilmiah disamping cabutan bertuah dan sesi fotografi berlatar belakangkan produk2 Bio Velocity.

Apa itu Bio Velocity?
Saya dah pernah terangkan sedikit tentang tenaga BV ni. Anda boleh klik DISINI untuk info lanjut.

Apa Produk Bio Velocity?

Terdapat 4 produk HOM yang telah disuntik dengan elemen aura BV iaitu:-

1. Bio Velocity Sleep Mate (BVSM)

Teknologi BVSM adalah tenaga matahari pada waktu Dhuha yang disimpan dan diseimbangkan dengan garam laut dan disuntik ke dalam pelapik tilam BVSM. Befungsi untuk memberi keseimbangan dan kesihatan secara mudah dengan kuasa penyembuhan BVSM. Penggunaan secara konsisten dalam jangka masa panjang dapat memberi manfaat kepada badan agar kekal sihat dan kehidupan yang lebih berkualiti.

2. Bio Seleza 

Bio Seleza Faminine Pad adalah hasil gabungn teknologi BV, Infrared (FIR), Ion Negatif dan Nano Silver. Memberikan kesihatan kepada tubuh melalui pemakaian yang konsisten.


3. BV Alfalfa Concentrated

Alfalfa adalah suplemen yang baik untuk kesihatan sesuai dengan gelarannya sebagai raja tumbuhan. Alfalfa secara semula jadi kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi serta lain-lain mineral penting dan vitamin termasuklah vitamin A, D, E, K di samping mengandungi semua kumpulan vitamin B, biotin, asid folik, potasium dan lain-lain. Selain itu, alfalfa kering sangat kaya dengan protein. Bio Velocity Alfalfa adalah supplement yg sangat2 bagus di ambil sebagai makanan  tambahan harian. Ini kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap tenaga, memperbaiki aura tubuh badan, anti-radiasi dan anti-stress. Molekul Bio Velocity Alfalfa juga lebih kecil berbanding alfalfa jenama yang lain. Molekul yang kecil menjadikan peratus serapan mineral oleh badan lebih tinggi. Bio Velocity Alfalfa boleh di ambil oleh semua peringkat, kanak-kanak yang tidak suka makan sayur WAJIB ambil Bio Velocity Alfalfa sebagai supplement kerana 1 sudu alfalfa bersamaan dengan 1kg sayuran. Bagus kan?

4. JTX Air Tracker

JTX Airtracker merupakan satu sticker yang ditampal pada air filter kenderaan ANDA & kesannya boleh dirasakan SERTAMERTA. Ia berfungsi untuk menukarkan molekul-molekul udara menjadi struktur molekul-molekul yang halus sebelum masuk ke dalam kebuk pembakaran enjin. Struktur molekul-molekul yang halus ini membolehkan bahan api dapat dibakar sepenuhnya dengan kadar optimum. Pembakaran yang berlaku secara optimum di dalam kebuk pembakaran enjin dapat meningkatkan prestasi enjin dengan gerakan omboh yang lebih lancar serta menjimatkan bahan api. 


Okay, sampai sini dulu cerita tentang Hari Bio Velocity. Nanti insyaAllah saya cerita sikit tentang testimoni2 best BV ni. Kalau anda nak tahu detail tapi tak dan nak tunggu entri akan datang, komen di ruangan dibawah. Nanti saya akan cuba reply segera. ;)

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149