Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Tuesday 19 December 2017

Trip CN : Ke Bandung Kita 4H3M

Assalamualaikum,

Hai semua. CN baru saja balik dari makan angin ke Kota Kembang, Bandung. Tu yang macam semangat aje nak menaip entri ni. Almaklumlah, CN ni angin malas update sangat cepat menyapa. Siapa yang biasa follow blog CN, memang dah masak dah. Cadang buat 4 part, last2 tinggal 1 part aje di publish. hahahaha.. Jadi nak elak benda lama tu jadi lagi, CN nak curahkan semua sekali jalan. ;)

Okay, trip CN ke Bandung ni adalah trip yang kedua. Kali pertama pada tahun 2014, masa tu CN ke sana seramai 4 orang (CN, hubby & 2 kakak opis). Kali ni trip CN seramai 8 orang (CN, hubby, pak & mak mertua dan 4 orang keluarga kak ipaq). Trip kami ni nak kata 4H3M takde lah sangat. Rasanya lebih elok dipanggil sebagai 2H3M. Aik??? Sebabnya, kami mendarat di Bandung dah jam 2000hrs waktu bandung dan balik ke KL 0830hrs. 2 hari fullday untuk jalan2.

Hari Pertama (14.12.2017)


Airport Bandung
CN sekarang dah duduk berhampiran Putrajaya. Jadi untuk ke KLIA2 CN & hubby naik KLIA Transit (RM 9.60/seorang/sehala). Family member yang lain naik kereta & parking di KLIA2. Kenapa CN naik kat Putrajaya Sentral? Sebab parking di Putrajaya Sentral murah aje. RM2 untuk siang dan RM4 untuk malam. Kiranya RM6 untuk sehari. Lagipun, CN berdua aje ngan hubby, naik KLIA Transit jimat wang2.

Flight kami yang dijadualkan jam 1800hrs waktu Malaysia, dilewatkan kepada 1830hrs. Alhamdulillah, tepat jam 1830hrs waktu Malaysia kami terbang menuju ke Bandung. Dalam flight macam biasa, CN akan beradu. zzzzzz.....


Kampiun Bistro
Jam 1930hrs waktu di Bandung, kami mendarat di Husien Sastranegara International Airport, Bandung. Eh, jangan keliru ya. Tempoh penerbangan KL-Bandung memakan masa 2jam. Kalau tengok angka jamnya, nampak macam sekejap aje kan? Hehehe.. Gitu gini, gitu gini urusan imigresen dan bagasi, jam 2000hrs barulah kami melangkah keluar dari bangunan airport. Supir yang telah CN deal sebelum trip pun dah sedia menanti. Kalau dulu2 orang bawak sepanduk tulis nama kita kan? Sekarang guna handfon aje display nama guest. Dari jauh CN nampak tulisan "Kak Hanina" yang dipegang oleh pak supir. (tak dan nak tangkap gambar sebab busy sangat lalulintas nak keluar airport)

Kalau korang takut terputus hubungan dengan family di kampung tu, boleh lah nak beli simpack Indonesia. Hubby beli Simpack ni dengan harga IDR 30k (6 GB). Tapi pak supir kata mahal, sebab kalau beli kat luar boleh dapat murah. Agaknya ni harga airport la.. Lupa pulak, pak supir kami namanya Miftah, umur 30 tahun masih belum berpunya. Siapa2 mau kenal, boleh aja PM beliau direct. hahaha..

Mutiara Hotel Bandung
Memandangkan kami ramai trip kali ni,  CN deal kenderaan jenis Van Toyota Hi Ace 12 Seater. Besar dan selesa buat kami berlapan. Memandangkan hari dah malam, Miftah bawak kami ke restoran untuk isi perut yang sudah keroncong. Destinasinya adalah Kampiun Bistro. Peh... memang best. Siap ada live band lagik. Makanan pun cun2 serve dia & sedap. Recommended! Cuma agak mahal, sesuai dengan fasiliti & decoration restoran. Kalau nak try, silakan.

Next, kami terus menuju ke tempat penginapan kami untuk 3 malam iaitu Hotel Mutiara Bandung. Lokasi tak jauh sangat dari airport. Fasiliti okay & siap sarapan. Harga berpatutan. Kami ambil 2 bilik berempat. Ngam2 1 bilik 4 orang boleh tidur, tak payah tidur kat lantai. Hehehe..

 Next kita sambung lagi...

Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Saturday 9 December 2017

Cadangan Perjalanan Ke Bandung 4H3M

Assalamualaikum,

Hai, masih ingat tak entri CN pasal promo Bandung 4H3M RM 699? InsyaAllah masih berlangsung ya promo ni. Tapi jangan nak tunggu lama2 sangat, karang tiket flight naik harga, menangis uolls kat bucu katil masing2. Hehehe...

Welcome to Bandung ! (Gambar: Ihsan Google)

Kali ni CN nak kongsi itinery Pakej Bandung 4H3M pula. Mesti ada yang tertanya2 kan, mana aje yang akan dibawa kalau makan angin di Kota Bandung. Jom le kite...



CADANGAN JADUAL LAWATAN BANDUNG 4H3M

HARI PERTAMA 

Tiba di Bandung- Shopping & Lunch at Pasar Baru trade center
- Shopping at Toko Tiga (Branded Jeans)
- Shopping at D'Fashion Textile & Tailor (kain potong)
- Shopping at Rumah Mode Factory Outlet Jalan Setiabudhi
- Shopping at Jalan Cihampelas
- Shopping at Factory Outlet At Jalan Riau (Heritage,Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The Secret )
✔ Dinner at Bakso Malang Karapitan(Halal)
✔ Check in Hotel dan free and easy

Nota : Uolls nak pergi semua maybe sempat maybe tak, boleh ubah2 ikut persetujuan group & traffik pada hari kejadian

HARI KEDUA

Sarapan pagi & bergerak ke Kawah Putih
- Tengok pemandangan ladang teh
- Lunch di Rumah Makan Saung Andir, Ciwedey
- Shopping at Jalan Cibaduyut-shoes, handbags ,jacket leather original and others
- Dinner at Bakso Malang Karapitan(Halal)
- Balik Hotel dan free and easy

Kawah Putih (ihsan Google)
HARI KETIGA

Sarapan pagi & ke Tangkuban Perahu(Optional- tiket masuk mahal sekarang)
- Farm house
- Lunch di Rumah Makan Engking /Floating Market
- Floating market
- Rumah kain sulam Taman Kopo
- boleh pergi tempat tempat lain jika banyak masa

HARI KEEMPAT

Sarapan pagi & check out hotel
- Oleh-oleh  Bandung (Kek Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
- Paris Van Java Shopping Mall
- boleh pergi tempat tempat lain jika banyak masa
- Airport transfer

Nota : Tapi Ingat ye, jadual di atas adalah Jadual Cadangan. Program boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan seperti cuaca, persetujuan group dan keadaan trafik di sana. Lumrahla kan, jika dah join Mix Group,  anda harus akur dengan program yang telah di atur. JIKA anda suka akan fleksibiliti, anda dinasihatkan upgrade pada PRIVATE TOUR.

Tengok itinery pun dah seronok kan? Apa lagi bila dah sampai sana. Pasti meloncat2 kegembiraan. Hehehe.. Uolls yang berminat nak join trip Jelajah ke Kota Bandung, silakan contact CN. InsyaAllah servis company CN join ni sangat best. Tourist guide pun baik & peramah. Ni Pakej siap flight CN bagi, kalau nak ground pakej pun ada. Nanti free2 CN update pakej ground & tips jalan2 bandung ya.

Nak tanya detail dan nak book pakej, boleh klik link whatapps >> CHEGUNINA



Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday 8 December 2017

Pakej Bandung 2018 RM 699 sahaja!

Assalamualaikum

Hi, selamat petang semua. Sesak dadaku, sakit kepalaku...
Hahahaha... Ni nak cerita sikit. Malam tadi CN dapat mesej dari whatApps Group travel bajet. Terkejut CN bila bos buat announcement Pakej Bandung 4H3M termasuk tiket kapal terbang hanya RM 699 seorang.
Promosi Bandung 4H3M RM 699 sahaja

Mana tidaknya, minggu depan CN nak ke Kota Bandung juga bersama 7 orang ahli keluarga. Disebabkan CN dan suami dah pernah ke sana dulu, kali ni CN teman family mak mertua la pula kan. Tapi yang tak syoknya, CN beli tiket kapal terbang untuk 2 orang aje dah RM 1100. Antara faktor mahal sebab CN beli last minute dan tarikh perjalanan adalah cuti sekolah. Padan muka.Kan? Tu yang bila dapat pakej RM 699 all in semalam, CN memang rasa menyesal sangat. Tambah lagi 300 dah selesai masalah belanja makan angin kan? Hurm... naseb badan.

Apa pun, CN nak beritahu tentang promo Bandung 4H3M. Pakej ini termasuk tiket penerbangan dua hala, 25kg bagasi 2 hala,  tempat penginapan 3 malam, serta pengangkutan sepanjang berada di Bandung. Murah sangat tau ni. Tarikh telah ditetapkan, kalau minat, boleh pilih dan bayar deposit RM 450 seorang. Baki boleh bayar secara ansuran.

Ni adalah detail pakej ni.

PAKEJ BANDUNG with FLIGHT TIKET 4H3M 2018

TARIKH
05-08 FEB 2018 (PERGI;12:00P.M BALIK10.10A.M)
12-15 FEB 2018 (PERGI;8.00A.M BALIK2.10P.M)
19-22 FEB 2018 (PERGI8.00 A.M BALIK 10:10A.M)
26 FEB - 01 MAC 2018 (PERGI;8.00AM BALIK;2.10 P.M)
05-08 MAC 2018 (PERGI;8.00A.M BALIK;2.10 P.M)
12-15 MAC 2018 (PERGI;8.00A.M BALIK;2.10 P.M)

HARGA PAKEJ

DEWASA : RM699/PAX (7 THN DAN KEATAS)
KANAK KANAK :RM530/PAX (03-07 TAHUN)
KANAK KANAK :RM400/PAX (02-03 TAHUN)
BABY : RM200/PAX (BAWAH 2 TAHUN)

BOOKING : DEPOSIT RM450/ORG

HARGA PAKEJ TERMASUK :
.
1. TIKET PENERBANGAN MALINDO ( PERGI DAN BALIK)
2. BAGASI 25KG ( PERGI DAN BALIK)
3. PENGINAPAN 3 MALAM

Hotel New Moonlight
Hyper Inn
Hotel Mine Home Jln Cihampelas
Atau Setaraf . Bergantung Pada Kekosongan Hotel . Hotel- hotel ini 1 bintang By Agoda

4. TRANSPORTATION
Berhawa Dingin + Driver Cum Guide + Minyak + Parking + Tipping Fees ( Ikhlas Customer)

5. SARAPAN PAGI
Sarapan Halal Di Hotel didiami

6. AIRPORT TRANSFER
Anda akan disambut dgn Signage CARAVANSERAI HOLIDAYS

7. TOUR TO TOURIST SPOT
Lawatan termasuk Shopping, Kawah Putih dan2 lain tempat bergantung pada trafic dan masa.

HARGA TIDAK MASUK:

1. Duit poket/shopping
2. Makan tengahari dan malam
3. Tiket masuk ke tempat2 lawatan -jika nak masuk
4. Insuran diri, self srvice -jika nak
5. Aiport tax- jika shopping banyak2 mungkin kena tau

Macam mana, murah tak? Hehehe.. Kalau berminat boleh contact CN ya. InsyaAllah yang terbaik untuk uolls. Detail CN akan letak next entri ;)

Nak booking, nak tanya2, sila klik link whatApps >> CHEGUNINA

PS: Promo ni sehingga 10 Disember 2017 shj. Lepas tu CN offer ground pakej je tau.

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Saturday 2 December 2017

Beza Graduan dengan Siswazah

ADA suatu istilah yang sudah menjadi perkataan Melayu tetapi membawa maksud berbeza daripada makna asalnya. Perkataan itu ialah graduan. Umumnya apabila disebut graduan, orang memahaminya sebagai lulusan universiti. Tetapi makna asal graduan tidak demikian.
Perkataan asal graduan daripada bahasa Inggeris ialah graduand. Asalnya pula daripada bahasa Latin, graduandus. Di Malaysia, ia dikelirukan dengan perkataan graduate. Terjemahan kepada graduate yang tepat ialah siswazah. Orang tidak menggunakan istilah graduat untuk merujuk kepada graduate. Sebaliknya orang menggunakan perkataan graduan sebagai terjemahan kepada graduate, yang pada asalnya adalah tidak tepat.
Ini kerana graduand dan graduate membawa maksud berbeza. Graduand adalah seseorang lepasan universiti yang telah lulus peperiksaan mereka tetapi belum mengambil ijazah dalam upacara konvokesyen.
Apabila seseorang lepasan universiti mendapat ijazahnya melalui upacara di konvokesyen, maka mereka graduate, atau dalam bahasa Melayunya, siswazah. Mereka tidak lagi boleh disebut sebagai graduan.
Tempoh seseorang menjadi graduan adalah pendek, iaitu beberapa bulan saja, antara ketika setelah lulus peperiksaan akhir hingga ketika mengambil ijazah semasa konvokesyen. Selepas itu, mereka dikenali sebagai siswazah semata-mata dan tidak lagi graduan.
Bagaimanpun upacara pengambilan ijazah di konvokesyen dalam tradisi universiti adalah penting. Seseorang yang tidak melalui upacara itu untuk mengambil ijazahnya atas sebab-sebab tertentu tidak boleh dipanggil siswazah, mereka hanya boleh dipanggil sebagai graduan.
Ini kerana dalam tradisi universiti, tidak semua graduan secara automatik menjadi siswazah. Graduan hanya lulus peperiksaan akhir mereka. Tetapi hanya pihak senat universiti yang mempunyai kuasa meluluskan seseorang patut diberikan ijazah atau tidak, pendeknya, hanya universiti menentukan seseorang menjadi siswazah. Lulus peperiksaan tidak secara automatik menjadikan seseorang siswazah.
Justeru ungkapan ‘‘masalah graduan menganggur” berbeza dengan kata-kata ‘‘masalah siswazah menganggur”. Sememangnya lebih banyak graduan menganggur berbanding siswazah. Ini kerana graduan baru saja lepas lulus peperiksaan dan belum memperoleh ijazah. Tetapi kebanyakan siswazah mendapat pekerjaan kerana mereka sudah memperoleh ijazah.
Dari segi lenggok bahasa Melayu, perkataan siswazah lebih enak didengar berbanding graduan atau graduat.
Siswazah merupakan gabungan dua perkataan siswa dan ijazah. Siswa berasal daripada bahasa Sanskrit dan ijazah adalah daripada Arab.
Maka siswazah bermaksud ‘‘siswa yang telah menerima ijazah’'. Sememangnya dari segi irama kata-kata, perkataan Sanskrit dan Arab begitu enak untuk diserap ke dalam bahasa Melayu, lebih mudah berbanding bahasa Inggeris, Belanda atau Portugis.


Artikel Penuh: Utusan Online



Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Thursday 30 November 2017

Nasi Briyani dan Rendang Ayam Simple

Assalamualaikum,

Hi, selamat pagi semua. Dari sehari ke sehari tangan ni punyalah gian nak update blog saranghae ni. Tapi disebabkan tak jumpa PC, malas pula nak mengetik sikit2 guna henfon.hehehe.. Okaylah, kali ni saya (nak ganti jadi CN la lepas ni, sebab kat FB memang dah rebrand jadik Che Na & Chegu Nina) sambung menaip sikit pasal resepi simple orang tak reti masak. Ni sumpah memang simple dimple.

Tajuknya adalah Rendang Ayam + Nasi Biryani

Nasi Briyani + Rendang Ayam


Amboi....mesti ada kutuk CN kan. Ade ke kata masak rendang dan biryani ni mudah, senang & jadik sedap tanpa waswas? Hahahaha... Percayalah, resepi CN bagi ni memang senang & sedap. Jom start!

D'Chef CN guna

Resepi Rendang Ayam Simple

Bahan2:
1. 450g daging/ayam - potong kecik ala rendang
2. 300g santan (CN guna susu sebab takde santan kat rumah)
3. 35g kerisik
4. 200g Pes Rendang D'Chef (ni paling penting)
5. Gula, garam, asam jawa & daun limau purut (standby incase korang nak tambah2)

Cara2:
1. Masukkan D'Chef Pes Rendang + Ayam/Daging + santan ke dalam periuk. Masak sampai mendidih & kacau sekali sekala.
2. Reneh ayam/daging hingga masak (lebih kurang 25 minit). Tambah air jika perlu
3. Try rasa sikit2 kalau ada nak tambah gula, garam, asam & daun limau purut. Ikut tekak koranglah
4. Masukkan kerisik, kacau & biarkan dalam 1 minit. Siap!
Rendang in da making

Resepi Nasi Biryani

Bahan2:
1. Nasi siap masak (sukatan :2 cawan beras + 160ml air)
2. 1 biji tomato - dipotong dadu
3. 40g minyak sapi atau butter
4. 100g D'Chef Paste Briyani (ni paling penting)
5. Setangkai daun kari
6. Kismis sesuka hati (CN tak letak pun)
7. 1/2 sudu teh garam

Cara2:
1. Pastikan nasi putih tu dah siap masak
2. Tumiskan dalam kuali: tomato + minyak sapi/butter + daun kari + kismis lebih kurang 1 minit
3. Tambahkan D'Chef Pes Briyani + garam dan tumiskan lagi dalam 1 minit
4. Masukkan nasi putih yang dah dimasak kedalam kuali. Gaul sebati (dah tak nampak putih2). Siap!


Amacam? Simple dimple kan? Pakai D'Chef semuanya setle! Sebenarnya D'Chef Paste ni ada 4 jenis macam yang CN tunjuk kat gambar tu.
4 variati D'Chef Paste

Testimoni pengguna D'Chef Paste
InsyaAllah memudahkan kerja memasak kita. Tak percaya, boleh cuba. CN suka betul D'Chef Paste ni, jimat ya jimat (makan kat luar dah berapa RM kan?) malah en.suami pun dapatlah merasa air tangan isteri dia yang comel ni. Sampaikan mak mertua CN pun borong 1 set. Hehe...

Mana nak cari?
Cari CN, jumpalah D'Chef Paste ni. Kikiki...

Okay lah semua. Jumpa next entri ya.









Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Monday 6 November 2017

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Assalamualaikum,

Ni set Pakcik Kenny offer
Hi semua. Lama kan tak dengar kabar saya? Hehehe... Perasan sungguh ada orang nak stalker blog dia. Ok la, ngaku blog kite tak glamer.. huhuhu..

Tak kisah la kan, yang penting hari ni saya nak share resepi hujung minggu yang saya dah try. Gara-gara ada promosi hebat pakcik Kenny buat, kami laki bini pun seboklah juga nak meramaikan restoran pakcik Kenny.

Tapi angan-angan aje lebih, sudahnya kami berhujung minggu di rumah saja. Jadi sebagai seorang isteri yang baik.. (kikikiki), saya decide nak buat sendiri memandangkan bahan masakan macam banyak kat rumah ni. Sebenarnya resepi ni bukanlah hasil ciptaan saya. Saya ambil 100% dari SirapLimau ni. Alhamdulillah selesai meniru & langsai dikunyah sehingga ke titisan akhir. Ewah..


Bahan-bahan:
1) Seekor ayam 1kg+

Bahan Kisar:
2) 2 biji bawang besar
3) 4 ulas bawang putih
4) 1 inci halia
5) 1 kiub ayam knorr / maggi
6) 2 sudu serbuk lada hitam
7) 1 senduk kecil sos black pepper
8) garam 1 sudu teh
9) gula 1 sudu makan
10) air 100ml

Bahan Perap:
11) 2 sudu madu (optional)
12) 3 sudu minyak zaitun
13) 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

Gambar semasa penyediaan memanglah saya tak ambil. Kalau nak tengok gambar2, bolehlah jenguk laman asal yang saya kongsikan tadi ya. Sebijik sama macam saya buat. Bab timbang & sukat, saya ikut asal boleh aje. Tapi memang jadilah.. Jadi, korang nak try resepi ni jangan takut nak campak2 aje. hehehe..

Cara-caranya:

1. Potong & Bersihkan Ayam
Mula-mula, bersihkan ayam. Anda boleh potong 4 atau tak payah potong. Jika ia tak dipotong, jangan lupa masukkan sedikit bahan perapan ke dalam ayam nanti.

2.Kisar Bahan
Kisarkan semua bahan yang bernombor 2-10 seperti dalam senarai di atas menggunakan ‘blender’.

3.Perapkan Ayam
Campurkan bahan perap iaitu madu, minyak zaitun, dan mixed herbs / oregano bersama bahan kisar dan gaulkan di dalam bekas. Tuang semua bahan ini ke dalam ayam dan lumur rata. Tutup bekasnya dan perap dalam 2 jam dalam peti ais di bahagian chill.

4. Masak
Terdapat 2 cara untuk memasak ayam panggang ini. Pilihlah yang mana mudah dan sesuai dengan selera masing-masing.

A) Periuk High Pressure / Pemanggang Ajaib
Kalau menggunakan periuk jenis ini atau yang seangkatan dengannya, anda boleh memasak ayam tadi selama 30 minit. Selepas itu, ‘stir fry’ dengan sedikit minyak di atas kuali untuk mendapatkan hasil kerangupan dan rasa panggang yang sedap.

Ketuhar / ‘Oven’
Jika anda ingin menggunakan ‘oven’, panaskan pada suhu 180’c-200’c. Gunakan api atas bawah. Bakar selama 1 jam – 1 1/2 jam sehingga masak. Selepas 1/2 jam pertama, siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit supaya ayam tidak kering.
*Suhu ‘oven’ bergantung pada saiz oven. Kalau saiz ‘oven’ lebih besar, gunakan suhu yang lebih tinggi.

5. Siap!
Apabila siap, bolehlah cuba lihat isi dalamnya sama ada cukup masak. Aromanya memang harum, lebih-lebih lagi dengan campuran pelbagai rempah. Sekarang dah boleh dihidangkan. Mudah, bukan?

(kredit lagi sekali kat SirapLimau dan tuan punya resepi)

Nak tunjuk hasil air tangan saya tak? Jeng..jeng..jeng...

Ayam Panggang CheguNina. Eh, saya la tu.. Siap dah potong lagi..

Dipadankan dengan Nasi Goreng Carrot + butter dengan koktail epal+oren gaul dengan sos Thousand Island
Amacam? Ada berani nak cuba resepi ni?hehe.. Kalau dah cuba, meh tepek kat komen.
Ok, bai...

Fast Action, Fast Result!
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Thursday 13 July 2017

Sambutan Hari Raya SHOM

Assalamualaikum,

Wah...meriah sungguh sambutan Hari Raya SHOM semalam. Mau tak meriah, para CDM yang menjadi mentor bisnes kami telahpun diberikan imbuhan besar. Ni kira2 macam angpow besar la dari syarikat untuk mereka yang bersusah payah membina empayar perniagaan. Dengar2 paling sedikit angpow dah lebih RM 2,000. Ada yang dapat 5 ANGKA GEMOK!! Bestnya.... blink2 mata kami tengok angka2 yang diberitahu. hehe..

Selain dari angpow besar, anak2 ahli yang cemerlang dalam peperiksaan juga diraikan. Alhamdulillah, SHOM tak pernah lupa untuk berkongsi rezeki dengan kami. Terbaik!!

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Monday 10 July 2017

Bersantai dengan Hijab by RR

Assalamualaikum
Hai, selamat hujung minggu. Masih ingat tak entri saya tentang Hijab by RizmanRuzaini? Ala ada 3 jenis shawl cun melecun tu.. Kalau tak ingat, mari review SINI

Bukan apa, kali ni saya nak tunjuk gambar saya pakai shawl Hijab by RR. Pakai masa cuti raya hari tu, cuma saya pakai bukan masa beraya. Saya pakai masa bersantai aje. Sebab baju raya kaler tak seswai...hehe..
Raya kat bendang ye..

Macam naik beca la kononnya..hehe..
Amacam, cun tak saya gayakan? Sebenarnya, shawl ni adalah instant shawl. Hanya perlu sarung dan pin seketul dua, dah siap. Ikutkan tak payah pin, tapi saya nak adjust labuh shawl tu, kenalah pin sikit.
Bila dah merasa pakai shawl ni, saya sangat berpuas hati. Kenapa?

1. Shawl Hijab by RR ni rekabentuk memang dah cantik.
2. Kain tebal, tak jarang. Rambut cacak pun xkeluar.kikiki
3. Labuh. Ha.. ni memang part yang best. Anda besar ke kecik ke, nak pakai shawl ni memang boleh sangat. Kalau badan anda saiz kecik, tarik je sikit2, adjust bagi singkat. Kalau saiz macam saya ni, nak singkat nak labuh, pin2 aja. Pokok pangkal, nak gaya rock, bak gaya biasa2,  nak gaya ustazah semua boleh.

Amacam? Ada minat nak sambar sehelai? Komen atau whatapps aje saya. InsyaAllah harga kasih sayang untuk pembaca semua. Sampai jumpa lagi..

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Saturday 8 July 2017

Projek Telekung

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari kita dah masuk Syawal yang ke-14 (kalau tak silap saya) bagi tahun 1438H. Macam mana sambutan lebaran kalian? Saya sekeluarga biasa2 saja. Bercuti seminggu untuk balik kedua2 kampung saya dan suami iaitu Johor dan Penang. Amboi.. utara selatan gitu ya!hehe..

Siang tadi saya dan suami beraya lagi. Almaklumlah di Malaysia ni kita kan raya sebulan. Sepanjang bulan Syawal jangan hairan lah kalau setiap hujung minggu pasti ada sahaja jemputan runah terbuka. Tak terbuka pun kami bukakan a.k.a. serbu jugaklah. Kikiki... sebaik sahaja pulang dari rumah terbuka, kami singgah ke Tesco untuk membeli sedikit barangan dapur yang masih tak cukup2.

Kami sampai di Tesco dah masuk waktu asar, kami bersolat dulu di surau yang disediakan. Alhamdulillah, selesa dan kelengkapan mencukupi. Di surau ni juga saya terjumpa sesuatu yang dah lama sangat saya tak nampak. Jeng..jeng..jeng.. apa dia ya?

Saya biasanya bawa telekung sendiri kalau berjalan2, sebab nak lebih selesa dan senang tak payah berebut dengan orang lain. Tapi kali ni terlupa. Jadi saya guna sajalah kemudahan yang disediakan. Eh..eh.. ada label lah..Inilah dia telekung yang dijahit dengan label Projek Telekung.

Label Projek Telekung

Apa itu Projek Telekung?

Nanti kejap saya google ye..

Saya teringat masa kakak saya terlibat dengan projek ni. Kalau tak silap saya, projek ni adalah khidmat komuniti bebas, yang secara sukarela membersihkan telekung di surau2 awam. Mereka akan mengantikan telekung simpanan mereka dan bawa balik telekung yang sudah dipakai oleh orang awam untuk dibersihkan. Seusai dicuci bersih dan dikeringkan, telekung tersebut akan dijahit dengan label seperti digambar bagi menandakan projek telekung telah dilaksanakan.

Murni kan usaha mereka? Semoga mereka yang terlibat dalam projek ini sentiasa mendapat pahala berpanjangan dan juga mendapat ganjaran dunia dan akhirat. Aamiin..

Okay lah, sampai sini saja omelan saya. Nanti bila ada kelapangan saya coret2 lagi. Assalamualaikum

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Sunday 18 June 2017

Video Tutorial Hijab by RizmanRuzaini

Assalamualaikum
Salam berhujung minggu. Pasti ramai yang tengah berpusus-pusu membuat persiapan menjelang Syawal kan. Tak sabarrrrnya nak raya!!

Alhamdulillah, ramai juga respon personal kat saya sebaik sahaja saya up entri pasal Hijab by RR dua hari lepas. Jadi hari ini saya kongsikan tutorial macam mana nak gayakan hijab cun ni..

Jom layan...




Macam mana, syiokkk tak?
Nak dapatkan berHijab by RizmanRuzaini boleh aje contact saya. InsyaAllah stok available cuma nak pakai untuk raya tak janji kalau lewat sangat mengordernya.

Okay lah, kita jumpa lagi. Kami beraya dengan Hijab byRizmanRuzaini tahun ni. Vogue gitu!!



Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday 16 June 2017

Hijab by RizmanRuzaini : Tudung Raya Melecun!!

Assalamualaikum,

Hah, raya dah nak dekat ni, tapi persiapan nak cun melecun di pagi raya tak siap lagi? Jom tengok ni. Cantik2 tau hijab yang ditawarkan.

Stellina by RR


Essential+ by RR


Essential by RR

Cun kan?
Yang bestnya, setiap hijab yang dibeli ni akan menerima brooch RR yang eksklusif. Ala...brooch aje?? Eh, kalau nak tahu, brooch ni biasanya dapat kalau kite tempah baju rekaan RR yang meletops tu aje tau. Kalau dah designer popular, harga sepasang baju ofkos lah cecah ribuan ringgit kan. Ini kite dapat FREE dengan hanya beli sehelai Hijab by RR ni aje. Best ke BESTTT?

Jika anda nak dapatkan koleksi cun melecun ni, jangan lupa pm/wasap saya ye. InsyaAllah stok masih ada. Tapi tak tau la sempat pos ke tak kalau lewat sangat. Hehe..

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Thursday 15 June 2017

RAHSIA BERSIHKAN KOLAM JIWA

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan ke-20. Hari semakin hari semakin cepat masa berlalu kan? Usia makin bertambah, harta dan hutang kadar lurus makin bertambah. Tapi income kita masih berada di takuk lama? Realiti dunia zaman sekarang. Tak gitu?

Saya terjumpa satu buku yang mungkin dapat membantu anda. Teruskan baca tentang sinopsis buku yang saya kongsikan ini.

Bismillah...
BACA DENGAN GEMBIRA ^_^ **

>>>>RAHSIA PEMBERSIHAN KOLAM JIWA YANG PALING BERKESAN MENARIK REZEKI<<<<


EDISI 5 TERBAIK (BEST SELLER)



Cover buku ni

----------------

“Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di DUNIA dan di AKHIRAT”

SANGAT SESUAI UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI PENYAKIT DI BAWAH:

1) DENGKI
2) SAKIT HATI DENGAN ORANG
3) CEMBURU
4) MURUNG
5) SEDIH
6) MASALAH KOMUNIKASI
7) LALAI
8) LUPA
9) TAK CUKUP DUIT
10) MERASA DIRI HEBAT
11) RIAK
12) BERCELARU
13) TIDAK TENANG TIDUR
14) SUKA FIKIR MASALAH
15) TIDAK TAHU MEMBETULKAN NIAT
16) SUKA FIKIR BUKAN-BUKAN
Dan banyak lagi..

 Jika dibaca penuh penghayatan pasti best!

LIHAT APA KATA PEMBACA EBOOK 70 FORMULA REZEKI INI

=====================================

"Baru2 akak dilanda satu masalah dlm diri akak.... masa tu mmg lost.. sehingga akak rasa mcm gelap aje dunia ni pada kemuncak masalah tu.. sehingga satu mlm... akak baca blk ebook nora hingga tertidur.. bangun pagi.. akak rasa lain sgt.. mcm ada satu semangat baru.. masalah tu jd kecik pulak.. start dari mlm tu.. mmg akak akan selalu baca.. bila akak fikir balik... baru akak perasan.. ebook nora kandungan dia "happy2..".. membakar semangat.. sbb tulah.. kalau akak bc seblm tidur.. bila bangun pagi mood jd happy n bersemangat...."    -CIKPUAN NOR ZAHIDAH ARIFFIN

Macam seronok kan?
Kalau anda juga ingin dapatkan buku ini atau nak tahu detail, boleh klik DI SINI. InsyaAllah maklumat lanjut dapat anda perolehi 

Semoga bermanfaat!

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday 2 June 2017

Menuju 10 Hari Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum,

Hari ini dah masuk hari ke-7 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah kita masih diberi peluang mengimarahkan bulan Ramadhan tahun ini. Ni saya nak kongsi ayat2 viral yang sangat bermakna.

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing..

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu.." kata Rasyid. Rasyid memang bijak !

👍👍👍👍

Rasyid selalu baca Quran dan terjemahnya sekali. Kalau sibuk sgt pon, dia akan baca plg kurang 1 ayat, dan terjemahnya kasi faham. Kenapa? Sbb belajar 1 ayat Ayat Quran lebih baik dari Solat Sunat 100 Rakaat. MasyaAllah pintarnya Rasyid ni !!

(Rujukan HR Ibnu Majah No.215)

👍👍👍👍

Rasyid nak solat banyak2 sepanjang malam. Tapi dia tak mampu, sbb dia hobi tidur. Tapi Rasyid Solat Subuh berjemaah di Masjid setiap hari. Kenapa? Sebab dia tahu Solat Subuh berjemaah di Masjid, pahalanya seperti Solat Seluruh Malam. Rasyid memang bijaksana!

(Rujukan HR Muslim)

👍👍👍👍

Rasyid nak baca Quran. Tapi dia penat kerja, dan baca Quran pon merangkak2. Tapi Rasyid banyak2 baca surah Al-Ikhlas (Qulhuwallahu Ahad), setiap hari 15x paling kurang (3x lepas habis setiap Solat Fardhu). Kenapa? Sbb dia tahu baca Surah Al Ikhlas 3x pahalanya sama seperti Khatam Quran 1x. Rasyid memang smart!

👍👍👍👍

Rasyid bersujud ketika lihat ais krim. Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akan sujud tanda syukur pd Ilahi. 
"Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu", kata Rasyid. Rasyid pandai!

👍👍👍👍

Rasyid tgh drive ke Bank, jem sungguh! Mulutnya kumat-kamit. Sampai Bank, org ramai sgt, sambil menunggu, mulutnya kumat-kamit lg. Rasyid tgk org2 lain semua diam sambil termenung. Seorang laki bertanya, tgh maki ke? Rasyid kata, "Tidakkk, saya sedang beristighfar, zikir dan selawat, lebih baik drpd sy duduk termenung jew..Pahalanya AMAT BERAT, tp TAK PENAT pun..." Org tu terbeliak, kerana sangkaan buruk sangkanya meleset. Rasyid tersenyum kerana telah bjaya menyampaikan ilmu berguna kpdnya

👍👍👍👍

Rasyid membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid. Setiap kali org guna Masjid utk beribadah, kita dpt pahala.
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kebaikannya. Rasyid ni memang cerdiklah orangnya!!

👍👍👍👍

Seorg org yg soleh bertanya kepada Rasyid, mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Rasyid selamba jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan, keselamatn dunia akhirat).Org Soleh tu naik insaf! Rasyid lebih pandai daripada org tu!

👍👍👍👍

Aku tnya Rasyid knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Rasyid jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi ganjaran. Aku terkedu.... Rasyid bijakkan?😬

👍👍👍👍

Rasyid berbuka di Masjid. Kenapa? Kedekut ke Rasyid? Tidak, dia nak bantu sponsor utk dpt Pahala Rasyid PERCUMA, dan terus Solat Jemaah di Masjid dpt 27x darjat. Duit pon jimat. Rasyid is sooo brilliant!!

👍👍👍👍

Lepas berbuka di Masjid tu, Rasyid terus basuh tgn dan dalam koceknya dia keluarkan RM1. Dia masukkan dalam Peti Masjid. "Alaaa, RM1 jewww!" Kata sorg budak... Rasyid kata, "takpe la dek, abg bukan kaya sgt, tp kalau bole istiqamah dan berterusan, setiap hari buat macam ni. Buatnya malam ni Malam Lailatulqadar, nilai RM1 tu sama macam RM21 juta!! Budak tu terkejut dan tanya kenapa? Rasyid bawa keluar pen Kilometrico (iklan percuma) dan kertas, dan tulis:

RM1 x 700 ganjaran sedekah x 1,000 bulan x 30 hari 
=RM21,000,000 

Budak tu terus cium tgn Rasyid, sbb kagum Rasyid bukan aja pandai Agama, malah pandai Add Math!!

👍👍👍👍

Rasyid tahu betapa besarnya pahala sedekah, kerana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." - (surah Al Munafiqun:10), bermakna org yg dah mati kalau dihidupkan balik utk buat 1 amalan saja, dia akan pilih sedekah kerana sedekah pahala amalannya bole membiak.

👍👍👍👍

Rasyid nak nap sekejap, sbb letih. Dia nap di Ma sjid. Dan dia niat iktikaf sebaik sahaja masuk Masjid. Kenapa? Sbb dapat pahala iktikaf walaupun tidur. Rasyid is clever as always!

👍👍👍👍

Rasyid hormat ibubapanya. Kalau ada apa2 yg dia tak sehati dgn ibunya, dia akan berbincang secara baik. Dia takkan meninggikan suara, atau cakap "Aaahh" kat Maknya, kerana itu derhaka namanya. Rasyid tahu derhaka kpd ibubapa takkan bau syurga dan tidak akan dpt keberkatan Ramadhan!

👍👍👍👍

Rasyid kata, "Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan kalau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu telah dpt pahala tutup aib org. Barangsiapa yg tutup aib mana2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia." Alhamdulillah, Rasyid sungguh berilmu

👍👍👍👍

3 doa yg Rasyid sure ingt utk dibaca semasa sujud2:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik. 
2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati. 
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu. 
(Tnpa sbrang pengkhususan).
Rasyid selalu berdoa, ikutlah Rasyid!

👍👍👍👍

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

Pringatn: Buatlah baik walau sekecil kecilnya...sbb kdg2 kita *tak tahu besar mana pahalanya


Semoga bermanfaat!

Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Thursday 4 May 2017

Hati Blogger Kecik Berbunga!

Assalamualaikum,

3 kali.... 3 kali sudah!!!
Antara percaya atau tidak, blog suam2 kuku saya ni ada juga yang sudi membacanya! Terima kasih sangat2 buat rakan2 blogger dan pembaca yang sudi mampir disini. Alkisahnya, saya suda tiga kali dihubungi untuk dapatkan keterangan lanjut tentang entri sebelum2 ini.

Kisah Pertama : Faizland<< klik
Saya dihubungi berkaitan entri tentang kehadiran yang menuntut ilmu di Faizland. Masa ni saya baru2 belajar asas membangunkan blog. Jadi saya tuliskan tentang fasiliti yang terdapat di Faizland, aktiviti cabutan bertuah yang diadakan sempena pembukaan serta kadar sewaan yang dikenakan. Tak sangka entri tersebut punya pembacanya, malah beliau ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang bilik seminar tersebut. Alhamdulillah, rezeki Faizland, saya terus minta beliau hubungi nombor telefon Faizland yang saya sertakan pada entri tersebut.

Kisah Kedua : Lipstik Cozuma <<klik
Kisah tentang set No Make-Up Mekap Cozuma ini telah menarik perhatian Kak Zai dari Shah Alam untuk mendapat info lanjut tentang produk hot SHOM ni. Mula-mula saya tak sangka beliau dapat hubungi saya melalui aplikasi whatapps selepas mendapat info tentang lipstik berkolagen yang cun dari blog kecik ni. kikiki...
Tq Kak Zai. Lain kali contact2 lagi ya ;)

Kisah Ketiga : Telinga Tersumbat << klik
Minggu lepas pula saya dapat whatapps dari cik Die**, nak tanya tentang pengalaman saya tentang telinga tersumbat. Mula2 terkejut juga dapat mesej dari beliau. Ya lah kan, kita kan blog kecik2, maunya tak terkejut dapat mesej siap ada screenshot blog kite. Alahai... rasa terharu sangat.

Tq Die**, walaupun masalah tak sama, tapi ukhuwah tetap terjalin. ;)
Buat semua rakan2 yang sudi singgah di blog saya ni, sudi membaca entri2 yang ada, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga. InsyaAllah atas maklumbalas dari kalian saya akan cuba membakar semangat saya untuk terus menaip dan juga memeriahkan blog ini. Jika kalian ingin mendapatkan info lanjut atau apa jua produk yang saya tulis disini, dipersilakan hubungi saya. Pastinya saya berikan detail dan juga tawaran yang teristimewa buat kalian, insyaAllah.

Jumpa lagi ya..

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Tuesday 2 May 2017

Hari Bio Velocity (BV) 2017

Assalamualaikum,

Cerita terperam dah hampir 2 minggu tak menyempat nak menaip cerita. Sibuk sangatlah kononnya tu... Dah sudah, tak payah nak buang masa, kita cerita dari awal.

08 April 2017, saya berpeluang menyambut Hari Bio Velocity 2017 bertempat di Dewan ....., Ampang bersama-sama lebih 1000 orang ahli SHOM. Sambutan sangat meriah dengan pengisian info berbentuk ilmiah disamping cabutan bertuah dan sesi fotografi berlatar belakangkan produk2 Bio Velocity.

Apa itu Bio Velocity?
Saya dah pernah terangkan sedikit tentang tenaga BV ni. Anda boleh klik DISINI untuk info lanjut.

Apa Produk Bio Velocity?

Terdapat 4 produk HOM yang telah disuntik dengan elemen aura BV iaitu:-

1. Bio Velocity Sleep Mate (BVSM)

Teknologi BVSM adalah tenaga matahari pada waktu Dhuha yang disimpan dan diseimbangkan dengan garam laut dan disuntik ke dalam pelapik tilam BVSM. Befungsi untuk memberi keseimbangan dan kesihatan secara mudah dengan kuasa penyembuhan BVSM. Penggunaan secara konsisten dalam jangka masa panjang dapat memberi manfaat kepada badan agar kekal sihat dan kehidupan yang lebih berkualiti.

2. Bio Seleza 

Bio Seleza Faminine Pad adalah hasil gabungn teknologi BV, Infrared (FIR), Ion Negatif dan Nano Silver. Memberikan kesihatan kepada tubuh melalui pemakaian yang konsisten.


3. BV Alfalfa Concentrated

Alfalfa adalah suplemen yang baik untuk kesihatan sesuai dengan gelarannya sebagai raja tumbuhan. Alfalfa secara semula jadi kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi serta lain-lain mineral penting dan vitamin termasuklah vitamin A, D, E, K di samping mengandungi semua kumpulan vitamin B, biotin, asid folik, potasium dan lain-lain. Selain itu, alfalfa kering sangat kaya dengan protein. Bio Velocity Alfalfa adalah supplement yg sangat2 bagus di ambil sebagai makanan  tambahan harian. Ini kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap tenaga, memperbaiki aura tubuh badan, anti-radiasi dan anti-stress. Molekul Bio Velocity Alfalfa juga lebih kecil berbanding alfalfa jenama yang lain. Molekul yang kecil menjadikan peratus serapan mineral oleh badan lebih tinggi. Bio Velocity Alfalfa boleh di ambil oleh semua peringkat, kanak-kanak yang tidak suka makan sayur WAJIB ambil Bio Velocity Alfalfa sebagai supplement kerana 1 sudu alfalfa bersamaan dengan 1kg sayuran. Bagus kan?

4. JTX Air Tracker

JTX Airtracker merupakan satu sticker yang ditampal pada air filter kenderaan ANDA & kesannya boleh dirasakan SERTAMERTA. Ia berfungsi untuk menukarkan molekul-molekul udara menjadi struktur molekul-molekul yang halus sebelum masuk ke dalam kebuk pembakaran enjin. Struktur molekul-molekul yang halus ini membolehkan bahan api dapat dibakar sepenuhnya dengan kadar optimum. Pembakaran yang berlaku secara optimum di dalam kebuk pembakaran enjin dapat meningkatkan prestasi enjin dengan gerakan omboh yang lebih lancar serta menjimatkan bahan api. 


Okay, sampai sini dulu cerita tentang Hari Bio Velocity. Nanti insyaAllah saya cerita sikit tentang testimoni2 best BV ni. Kalau anda nak tahu detail tapi tak dan nak tunggu entri akan datang, komen di ruangan dibawah. Nanti saya akan cuba reply segera. ;)

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday 21 April 2017

Teluk Intan Pulok Kite...

Assalamualaikum,

Minggu lepas saya berkesempatan mengikut pasangan chenta hati ke Teluk Intan, Perak. Ini bukan percutian jalan2 cari makan tau. Sebenarnya En. Suami ada tugasan kat sana, saya menumpang kasih orang je. Sedih kan? Sob...sob..
Welcome to Teluk Intan

Ini kali pertama saya jejakkan kaki di Teluk Intan ni. Selama ni dok tengok gambar En. Suami hantar je bila dia bertugas ke sana. Jelous juga tengok bila tengok dia bergambar kat bangunan condong tu. Cerita pulak makanan2 best kat sana... lagi la jelous. kikiki...

Meh layan gambar saya kat sana. Tak banyak, cukuplah untuk tatapan diri sendiri dan sesiapa yang sudi nak tengok. ;p



Combine semua gambar. hehehe...

Homemade roti kaya
Tempat makan yang best? 
Kalau ikutkan saya tak sempat makan angin pun. Sekadar menemani orang bertugas katenye.. tapi saya sempat juga merasa roti kaya homemade, mi rebus best masa sarapan pagi dan air kelapa+laici+limau (memang best yang ni). air kelapa tu saya minum masa kat tapak program GTN. Yang lain2 tak sempat merasa. 



Kedai sarapan pagi. ramai betul orang masa ni. Mi rebus sedap...



InsyaAllah ada rezeki saya kembali untuk jalan2 pulak. ;)

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday 17 March 2017

Kembara Kerjaya Johor Berkemahiran 2017

Assalamualaikum,

Berjumpa lagi kita di entri baru. ini entri ke-11 saya setelah 3 bulan kita mengharungi tahun 2017. Adoiyai...bila nak jadi rajin ni?? Nampaknya saya perlu muhasabah diri lagi untuk teruskan menaip. ;0

Kalau minggu lepas saya ada cerita kan pasal perasmian UTC Kelantan, minggu ni saya nak promosi satu lagi event JobsMalaysia iaitu Kembara Kerjaya Johor Berkemahiran 2017. Kalau korang nak tahu, negeri Johor adalah negeri pertama di Malaysia yang menganjurkan Kembara Kerjaya secara besar-besaran. Bermula pada tahun 2014, acara ini telah menjadi acara tahunan negeri serta menerima kerjasama daripada pelbagai agensi dan majikan di seluruh Johor. Konsep konvoi secara berkumpulan yang terdiri daripada motorsikal berkuasa besar, kenderaan MPV, SUV dan bas membuatkan program ini lebih menarik. Mana taknya, dari jauh lagi boleh kedengaran deruman lebih 20 buah motorsikal yang pastinya menarik perhatian ramai.


Kembara Kerjaya Johor Untuk Johor 2014

Kembara Kerjaya 3.0 2016

Pada tahun 2017, konvoi kembara akan menjelajah seluruh negeri Johor untuk membawa peluang pekerjaan untuk warga Johor khususnya. Eh,jangan salah faham ye. Bukan orang Johor (IC 01) aje boleh cari kerja, peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia.  Tahun ini juga akan membawa konsep asal dengan berkonvoi secara berkumpulan. Terdapat beberapa kelainan yang pasti akan ditonjolkan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Kalau nak tahu, pastikan anda datang ke lokasi yang telah dipilih ya. Saya sertakan sekali poster dan tentatif program ini. Mana tahu ada yang berminat untuk mencari peluang kerjaya atau ingin menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan, bolehlah hadir semasa program berlangsung. Jumpa di sana, InsyaAllah..

Kembara Kerjaya Johor Berkemahiran 2017
Tentatif Kembara Kerjaya 2017


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday 10 March 2017

Perasmian UTC Kelantan

Assalamualaikum,

Kepada rakan-rakan pembaca yang berada di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, saya ada berita baik untuk kalian. Pejabat JobsMalaysia kini sudah berada di UTC Kelantan. UTC Kelantan ni telah mula dibuka kepada orang ramai pada penghujung tahun 2016. Waktu operasi bermula jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam, setiap hari kecuali cuti Umum. Kebiasaannya di UTC ni terdapat pelbagai agensi kerajaan yang popular seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran dan JobsMalaysia. Senanglah kalian nak renew pasport atau cari peluang pekerjaan lepas ni.

Pintu Masuk UTC Kelantan
Perasmian UTC Kelantan akan diadakan pada 12 Mac 2017 yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Bersempena dengan majlis perasmian tersebut, satu Karnival Pekerjaan anjuran JobsMalaysia akan dilangsungkan.

Tarikh :
12 Mac 2017 (Ahad) (10.00 pagi hingga 7.00 petang)
13 Mac 2017 (Isnin) (9.00 pagi hingga 5.00 petang)
Tempat :
Perkarangan Tempat Letak Kereta
Berhadapan dengan UTC Kelantan
Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan
Jalan Hamzah, (Belakang KB Mall)
15050 Kota Bharu

Antara aktiviti yang akan diadakan:-
  • Temuduga terbuka oleh majikan swasta
  • Klinik Kerjaya
  • Bakat & Demo
  • Pertandingan membaca berita
  • Pertandingan Lukisan Seni Kreatif
Banner Promosi

Buat rakan-rakan yang masih mencari pekerjaan, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jom Datang beramai-ramai. Info lanjut boleh layari Facebook JobsMalaysia.

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Thursday 9 February 2017

Fresh Picks : IRRESSISTIBLE LIP TREATMENT (ILT)

Assalamualaikum,

Pernah dengar tak tentang produk Freshpicks? Dulu saya pernah ceritakan sedikit pasal produk ni. Ingat tak? Kalau tak ingat, boleh aje refer kat SINI. Sebelum ni saya ceritakan tentang set untuk bakal jemaah Haji dan Umrah. Kali ni tentang penjagaan bibir pula ye..

Irressistable Lip Treatment. Cun tak kaler ni??
Saya perkenalkan.... Irressistible Lip Treatment (ILT). Ia berfungsi untuk merawat, melembap dan memberi warna yang cun pada bibir anda. Latest version warna peach red. Memang WOW!!
 

Info IRRESSISTIBLE LIP TREATMENT (ILT)

Ia durumus khas untuk
💋Merawat bibir
💋Melembapkan bibir
💋Memberi sedikit warna tanpa merosakkan bibir. 
💋Bebas kimia berbahaya

Bibir bermasalah ni la perlu dirawat

Kandungan IRRESSISTIBLE LIP TREATMENT (ILT)


 Gabungan bahan premium terbaik untuk menghasilkan lip treatment ini menjadikan ILT sebagai sahabat terbaik untuk bibir anda.

💋Jojoba oil - Ia mengandungi hampir semua vitamin dan mineral yang perlu bagi kesihatan kulit. Kaya dengan vitamin E, B-complex, copper, zinc, selenium, iodine dan chromium.Ia terkenal untuk Melembapkan kulit juga anti penuaan

💋Coconut oil - Minyak kelapa adalah ejen pelembap yang sangat baik untuk kulit . Malah ia juga memiliki ciri2 antiseptic dan antiradang. Ia juga Melindungi kulit daripada terdedah kepada sinaran matahari (sunburn)

💋Organik Argan Oil - terkenal dengan khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan kulit. Sangat bermanfaat untuk merawat bibir bermasalah juga penggalak kolagen semulajadi bibir

💋Shea butter - Kaya dengan khasiat Anti-radang semula jadi,Membaiki kedutan, garis-garis halus dan parut,Antioksidan,Pelembab yang melembap dengan dalam,Menguatkan kulit, Melindungi kulit,Melindungi Uv,Pertumbuhan semula kulit.

💋Lilin lebah asli (beeswax) - kaya dengan antioksidan, vitamin E dan vitamin A

💋Memandangkan ianya high concentration dan kaya khasiat, maka seketul ILT yang nampak kecil ini mampu digunakan lebih dari 3bulan. Jimat dan value for money.

Warna mengikut production. Jangan pilih2 kaler ye. kikiki..

💋💋   Harga : RM 25/pcs  💋💋 

Dengan pembelian 1 pcs IRRESSISTIBLE LIP TREATMENT, anda akan mendapat 3 amazing benefits

💋Merawat (treat)
💋Melembap (Moist.hydrates)
💋Memberi warna ( give color )

Oh ye. ia juga boleh dijadikan instant eyeshadow, instant blusher. Amacam? Syok kan? Jika anda berhasrat nak cuba ILT ni, sila lah hubungi saya. 

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149