Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Friday 13 February 2015

Keputusan Temuduga PTD 2015

Alhamdulillah..

Baru sebentar tadi saya mendapat berita bahawa calon temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sudah boleh membuat semakan keputusan yang sangat mendebarkan ini. Sepatutnya 15.02.2015 keputusannya keluar, namun ia lebih awal dari yang disangka.hehe..

Nak tahu keputusan temuduga saya? Jom semak  ;)

Ekspresi wajah saya agak2 yang mana ya?


Mula-mula klik pada laman web www.spa.gov.my. PIlih Semakan Keputusan Temuduga dan pilih jawatan yang berkaitan. Masukkan nombor kad pengenalan calon dan jeng...jeng...jeng... tunggu sehingga keputusan dipaparkan.

Keputusan yang telah dijangka
Walaupun saya tidak berjaya kali ini, namun saya tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk hadiri temuduga bagi jawatan supreme ini. Alhamdulillah..

Sampai sini saja ya. ;)




Saturday 7 February 2015

Ujian Allah

Assalamualaikum,

Selalu kita dengar tentang ujian dari Allah. Kadang2 kita buat biasa sahaja ujian2 ini. Demam merupakan ujian Allah yang sangat biasa dialami. Betul tak?

Hari ini saya diuji dengan ujian kecil sahaja. Sebuah kehendak dan sebuah keperluan. Tapi saya berjaya menghadapi ujian ini dengan baik sedangkan ia hanyalah ujian yang sedikit. Lihatlah betapa kerdilnya kita disisi Allah.

Astagfirullah..maafkan aku Ya Allah.

Friday 6 February 2015

Lawatan ke Tapak Projek Cendawan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan mengikut rakan lama ke projek cedawan yang dikelolakan oleh syarikat ODC Sdn Bhd. Sudah lama saya mendengar tentang projek ini dan menanti peluang untuk melawati tapak projek cendawang ni. (Rakan saya panggilnya cendawang = cendawan jana wang)

Tepat jam 1.30 petang, kami bergerak dari Bandar Baru Uda menuju ke Ulu Tiram. Perjalanan makan masa dalam 45 minit. Setiba di sana, saya agak teruja dengan suasana rumah2 cendawan. Ada 4 buah rumah yang berfungsi sebagai tempat pemprosesan bermula dari kerja2 pembenihan sehinggalah menuai.

Semasa masuk ke rumah yang pertama, kami diberi penerangan tentang proses2 awal seperti memasukkan debu ke dalam beg plastik, mengukus dan meletakkan benih. Nak cuba buat juga, tapi belum cukup ilmu didada.hehe..

Rumah kedua pula menempatkan beg2 cendawan yang telah siap dan menunggu untuk dituai. Mengikut penerangan yang diberikan, setiap beg cendawan akan boleh dituai sebanyak 4 kali. Lepas itu, kene buat yang baru. Masa tuaian pula pada waktu pagi sebelum jam 7 kerana suhi pada masa tu tidak terlalu panas. Jadi, semasa lawatan kami lakukan tidak banyaklah cendawan yang dapat dipetik. Nak petik, kene tunggu esok ye..

Oh ya.. tapak projek ni juga menyediakan tempat untuk penyewaan rak iaitu penyewaan tempat dan beberapa buah beg cendawan beserta isinya yang  100% dibuat oleh pengusaha ini. Agihan keuntungan pula akan mengikut perjanjian. Kepada sesiapa yang berminat nak tambah pendapatan, boleh lah cuba. Tak rugi tau.

Sebelum balik pula, kami diberikan ole2 berupa sebungkus cendawan segar. Alhamdulillah.. jom bercendawang!! ;)

Salam ceria,
Hanina Sulaiman
0194725475/0193010149