Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Thursday 30 November 2017

Nasi Briyani dan Rendang Ayam Simple

Assalamualaikum,

Hi, selamat pagi semua. Dari sehari ke sehari tangan ni punyalah gian nak update blog saranghae ni. Tapi disebabkan tak jumpa PC, malas pula nak mengetik sikit2 guna henfon.hehehe.. Okaylah, kali ni saya (nak ganti jadi CN la lepas ni, sebab kat FB memang dah rebrand jadik Che Na & Chegu Nina) sambung menaip sikit pasal resepi simple orang tak reti masak. Ni sumpah memang simple dimple.

Tajuknya adalah Rendang Ayam + Nasi Biryani

Nasi Briyani + Rendang Ayam


Amboi....mesti ada kutuk CN kan. Ade ke kata masak rendang dan biryani ni mudah, senang & jadik sedap tanpa waswas? Hahahaha... Percayalah, resepi CN bagi ni memang senang & sedap. Jom start!

D'Chef CN guna

Resepi Rendang Ayam Simple

Bahan2:
1. 450g daging/ayam - potong kecik ala rendang
2. 300g santan (CN guna susu sebab takde santan kat rumah)
3. 35g kerisik
4. 200g Pes Rendang D'Chef (ni paling penting)
5. Gula, garam, asam jawa & daun limau purut (standby incase korang nak tambah2)

Cara2:
1. Masukkan D'Chef Pes Rendang + Ayam/Daging + santan ke dalam periuk. Masak sampai mendidih & kacau sekali sekala.
2. Reneh ayam/daging hingga masak (lebih kurang 25 minit). Tambah air jika perlu
3. Try rasa sikit2 kalau ada nak tambah gula, garam, asam & daun limau purut. Ikut tekak koranglah
4. Masukkan kerisik, kacau & biarkan dalam 1 minit. Siap!
Rendang in da making

Resepi Nasi Biryani

Bahan2:
1. Nasi siap masak (sukatan :2 cawan beras + 160ml air)
2. 1 biji tomato - dipotong dadu
3. 40g minyak sapi atau butter
4. 100g D'Chef Paste Briyani (ni paling penting)
5. Setangkai daun kari
6. Kismis sesuka hati (CN tak letak pun)
7. 1/2 sudu teh garam

Cara2:
1. Pastikan nasi putih tu dah siap masak
2. Tumiskan dalam kuali: tomato + minyak sapi/butter + daun kari + kismis lebih kurang 1 minit
3. Tambahkan D'Chef Pes Briyani + garam dan tumiskan lagi dalam 1 minit
4. Masukkan nasi putih yang dah dimasak kedalam kuali. Gaul sebati (dah tak nampak putih2). Siap!


Amacam? Simple dimple kan? Pakai D'Chef semuanya setle! Sebenarnya D'Chef Paste ni ada 4 jenis macam yang CN tunjuk kat gambar tu.
4 variati D'Chef Paste

Testimoni pengguna D'Chef Paste
InsyaAllah memudahkan kerja memasak kita. Tak percaya, boleh cuba. CN suka betul D'Chef Paste ni, jimat ya jimat (makan kat luar dah berapa RM kan?) malah en.suami pun dapatlah merasa air tangan isteri dia yang comel ni. Sampaikan mak mertua CN pun borong 1 set. Hehe...

Mana nak cari?
Cari CN, jumpalah D'Chef Paste ni. Kikiki...

Okay lah semua. Jumpa next entri ya.









Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Monday 6 November 2017

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Assalamualaikum,

Ni set Pakcik Kenny offer
Hi semua. Lama kan tak dengar kabar saya? Hehehe... Perasan sungguh ada orang nak stalker blog dia. Ok la, ngaku blog kite tak glamer.. huhuhu..

Tak kisah la kan, yang penting hari ni saya nak share resepi hujung minggu yang saya dah try. Gara-gara ada promosi hebat pakcik Kenny buat, kami laki bini pun seboklah juga nak meramaikan restoran pakcik Kenny.

Tapi angan-angan aje lebih, sudahnya kami berhujung minggu di rumah saja. Jadi sebagai seorang isteri yang baik.. (kikikiki), saya decide nak buat sendiri memandangkan bahan masakan macam banyak kat rumah ni. Sebenarnya resepi ni bukanlah hasil ciptaan saya. Saya ambil 100% dari SirapLimau ni. Alhamdulillah selesai meniru & langsai dikunyah sehingga ke titisan akhir. Ewah..


Bahan-bahan:
1) Seekor ayam 1kg+

Bahan Kisar:
2) 2 biji bawang besar
3) 4 ulas bawang putih
4) 1 inci halia
5) 1 kiub ayam knorr / maggi
6) 2 sudu serbuk lada hitam
7) 1 senduk kecil sos black pepper
8) garam 1 sudu teh
9) gula 1 sudu makan
10) air 100ml

Bahan Perap:
11) 2 sudu madu (optional)
12) 3 sudu minyak zaitun
13) 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

Gambar semasa penyediaan memanglah saya tak ambil. Kalau nak tengok gambar2, bolehlah jenguk laman asal yang saya kongsikan tadi ya. Sebijik sama macam saya buat. Bab timbang & sukat, saya ikut asal boleh aje. Tapi memang jadilah.. Jadi, korang nak try resepi ni jangan takut nak campak2 aje. hehehe..

Cara-caranya:

1. Potong & Bersihkan Ayam
Mula-mula, bersihkan ayam. Anda boleh potong 4 atau tak payah potong. Jika ia tak dipotong, jangan lupa masukkan sedikit bahan perapan ke dalam ayam nanti.

2.Kisar Bahan
Kisarkan semua bahan yang bernombor 2-10 seperti dalam senarai di atas menggunakan ‘blender’.

3.Perapkan Ayam
Campurkan bahan perap iaitu madu, minyak zaitun, dan mixed herbs / oregano bersama bahan kisar dan gaulkan di dalam bekas. Tuang semua bahan ini ke dalam ayam dan lumur rata. Tutup bekasnya dan perap dalam 2 jam dalam peti ais di bahagian chill.

4. Masak
Terdapat 2 cara untuk memasak ayam panggang ini. Pilihlah yang mana mudah dan sesuai dengan selera masing-masing.

A) Periuk High Pressure / Pemanggang Ajaib
Kalau menggunakan periuk jenis ini atau yang seangkatan dengannya, anda boleh memasak ayam tadi selama 30 minit. Selepas itu, ‘stir fry’ dengan sedikit minyak di atas kuali untuk mendapatkan hasil kerangupan dan rasa panggang yang sedap.

Ketuhar / ‘Oven’
Jika anda ingin menggunakan ‘oven’, panaskan pada suhu 180’c-200’c. Gunakan api atas bawah. Bakar selama 1 jam – 1 1/2 jam sehingga masak. Selepas 1/2 jam pertama, siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit supaya ayam tidak kering.
*Suhu ‘oven’ bergantung pada saiz oven. Kalau saiz ‘oven’ lebih besar, gunakan suhu yang lebih tinggi.

5. Siap!
Apabila siap, bolehlah cuba lihat isi dalamnya sama ada cukup masak. Aromanya memang harum, lebih-lebih lagi dengan campuran pelbagai rempah. Sekarang dah boleh dihidangkan. Mudah, bukan?

(kredit lagi sekali kat SirapLimau dan tuan punya resepi)

Nak tunjuk hasil air tangan saya tak? Jeng..jeng..jeng...

Ayam Panggang CheguNina. Eh, saya la tu.. Siap dah potong lagi..

Dipadankan dengan Nasi Goreng Carrot + butter dengan koktail epal+oren gaul dengan sos Thousand Island
Amacam? Ada berani nak cuba resepi ni?hehe.. Kalau dah cuba, meh tepek kat komen.
Ok, bai...

Fast Action, Fast Result!
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149