Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Tuesday 27 March 2018

Perth... apa yang ada?

Assalamualaikum,

Hai semua. Ingat tak hari tu CN ada up entri pasal trip ke Perth? Ala, yang ni >>  KLIK2... Ha, kali ni CN nak bagi bagi info pasal tempat lawatan yang menariki kat Perth nu. Pasti ramai yang nak tau kan? Apa lagi, meh le kite...

Apa yang ada kat bandar Perth ni? Ha, jangan tak tau, kat bandar Perth ni ada bangunan cantik2 tau. Kalau senja, lampu kelap kelip menghiasi jalan. Sangat cantik untuk ambil gambar. Antara tempat yang dicadangkan adalah:-

Bell Tower

Merupakan tempat wajib pergi jika anda ke Perth kerana ia merupakan antara land mark bandar Perth. Bell Tower ni merupakan alat instrumen muzikal gergasi yang terdiri daripada 26 loceng carillon. Loceng-loceng di menara ni bukan sebarang loceng tau! Ia boleh menghasilkan irama lagu-lagu terkenal dan kebangsaan Australia. Wow. Sambil-sambil mendengar alunan irama loceng-loceng carillon ni, anda juga boleh menikmati pemandangan indah bandar Perth di tingkat 6 menara.


Kings Park

Taman dalam bandar Perth ni merupakan antara taman yang terbesar dan terindah di dunia tau. Dibuka kepada umum dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang, isnin-jumaat dan ditutup pada hujung minggu. Boleh lah bawa family atau kawan-kawan berkelah di sini. Kings Park & Botanical Garden menempatkan lebih daripada 3000 jenis flora yang unik dan 3/4 dari 400 hektar (keluasan taman) telah dipelihara sebagai tempat pemuliharaan kepelbagaian biologi. Well done Australia government atas effort yang bersungguh-sungguh memulihara alam sekitar. 


Watertown Brand Outlet

Heaven untuk kaki shopping, jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di Watertown Brand outlet! Ada berpuluh outlet barangan berjenama yang boleh anda masuk di sini, harga nya for sure lebih murah berbanding di kedai-kedai dan shopping mall di luar. Anda boleh pilih apa je barang yang anda nak, dari outlet yang mejual buku, games, hand bag, pakaian, kasut, hadiah, barangan rumah, hingga barang kemas dan barangan kecantikan.


Caversham Farm Show

Ni adalah tempat wajib singgah kalau anda suka sangaat nak jumpa kangaroo, koala, wombat, penguin dan haiwan-haiwan lain yang super cute. Banyak aktiviti menarik di sini tau! Anda boleh join farm show, Molly farm, bermesra dengan wombats, bergambar dengan koala dan bagi makan kangaroo. Semua show, pengalaman interaktif, peluang bergambar dan beri makan haiwan di sini telah termasuk dalam harga tiket masuk.


Fremantle

Rasanya Fremantle antara tempat yang sering jadi sebutan pelancong. Bukan apa, di sini sahaja banyak tempat yang boleh dicover untuk jalan2. Dan jang terkejut, tempat paling orang suka kunjungi adalah pasarnya! Pasar ini terletak berhampiran dengan Pelabuhan Fremantle. Banyak terdapat kedai-kedai yang menjual makanan, barang basah, aksesori dan kraftangan tempatan. Kira2 ni tempat shopping la jugak.

Selain pasar Fremantle, korang juga boleh lawat 
- Monument Hill 
- Fremantle Prison 
- EShed Market  
- Kailis Fish and chips (Tempat makan Halal) 

Nota: Fremantle Market & EShed Market hanya buka pada Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja ya. Jangan beli tiket yang tak kena hari pulak. Nyosal u...


Makanan kat Kailis Fish & Chips.. huwaaaa nak rasa!!

Tempat lain yang korang boleh lawat adalah The Margaret River Chocolate & The House of Haney. Ni tempat shopping yang mengenyangkan sebab tester sampai kenyang. Ada yang kata makanlah sampai lobam. Tak beli pun takpe katanye... kikiki..

House of Honey

The Margaret River Chocolate

Blue Boat House ni pun orang Malaysia suka. Siap bertur panjang nak amik gambar. kikiki

Seronok tak CN dah ajak makan angin ni? Nak lagi seronok, jom la kita terbang ke Perth dan rasai sendiri keseronokkan sendiri. Nak detail trip yang CN buat, sila2lah roger CN. Don't shy2.. 

P/s: Kalau join trip CN, tempat2 ni dah cover tau. Ada jugak yang CN tak masukkan. banyak nau...


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday 23 March 2018

Pakej Cuti Murah 2019: Perth 5H4M RM 2599

Assalamualaikum,

Hai semua, lama gila CN tak update entri, acah2 sibuk la kan?hehehe.. Otak pun dah beku, nak kongsi banyak sebenarnya tapi mood menulis belum mali... Jadi CN share pasal trip lagi la ye.

Kali ni CN kongsi pasal trip ke Perth pula. Tau Perth ni kat mana? Okay, CN bagi link sikit... Jemputlah layan website WIKI ni ya. Nak terang banyak2 pun, CN pun tak tahu. Yang penting Perth ni terletak kat Australia.

Perasan tak kat timeline FB uolls ramai aje kawan2 pergi bercuti ke Perth? Atau macam pernah aje dengar pasal kawan2 ajak ke sana? Jangan tak percaya, bos company travel CN cakap, Perth adalah tempat yang ramai sangat orang Malaysia pergi melancong. Mungkin sebab pakej yang ditawarkan sangat murah (berbanding negara lain). Eh, iye ke murah? Sambung layan..


Pakej Perth 5H4M 2019 

Pakej Perth ni CN memang recomended untuk family trip sebab sangat sesuai yang menggunakan private transport & penginapan berada di tengah2 bandar Perth. Kiranya dari baby sampailah ke warga emas memang boleh ON. Best kan?

HARGA PAKEJ

Dewasa : RM 2599.00/pax
Kanak-Kanak : RM 2399.00/pax (06-12 tahun)
Kanak-Kanak : RM 1999.00/pax (02-06 tahun)
Bayi : RM 500.00/pax

Booking : Deposit RM 300.00/pax sahaja

HARGA PAKEJ TERMASUK

1. Tiket Penerbangan KL - PERTH (return)
2. Apartment ( 4 org 1 apartment ) - Satu Apartment ada 2 Bilik
3. Visa
4. Transport
5. Tourist Guide
6. Tiket Caversham Wildlife Park

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

1. Bagasi Pergi dan Balik
2. Insurans Travelling
3. Perbelanjaan Peribadi
4. Makan (nak siap makanan boleh, tambah RM 300/pax)
   - 4 X Dinner
   - 3 X Lunch  (inclusive Kailis Fish n Chips)
5. Tipping Driver $10 Dollar
6. Tiket masuk lawatan (bergantung kepada tentatif - mengikut bulan)
    - Tentatif A - Petik Buah ($23) - Januari hingga April
    - Tentatif B - Lawatan Ke Tulip ($15) - Ogos hingga Oktober
    - Tentatif C - Lawatan Ke Pinnacle ($10) - November hingga Disember

Tarikh yang kami tawarkan. Nak book kena check dulu ya. Kot2 la dah full...

Macam mana, murah tak? Hehehe.. Kalau berminat boleh contact CN ya. InsyaAllah yang terbaik untuk uolls. Detail CN akan letak next entri ;)

Nak booking, nak tanya2, sila klik link whatApps >> CHEGUNINA


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149