Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Friday 19 January 2018

Trip CN : Ke Bandung Kita 4H3M (Part 3)

Assalamualaikum

Hello2... Lama tak dengar berita kan? Hehehe... Ni CN nak sambung pasrt 3 ni, ada sudi nak baca dop? ;) Jom layan!!

Hari Ketiga ni, cadangan nak bershopping aje.
- Pasar Baru Trade Centre
- Kartika Sari
- Makan
(Eh, sikit kan? Nanti CN cerita pesal)

Pasar Baru Trade Centre

 

Suasana di Pasar Baru

Hari ketiga, kami teruskan lawatan untuk bershopping. Pada mulanya Mak & Pak Mertua CN takmau shopping2. Nak jalan2 aje. Tapi memandangkan cuaca asyik hujan, terpaksalah mereka masuk ke shopping complex. hihihi... Hah, kat sinilah bermula kesedihan melanda CN. Sob..sob..sob...

Uolls ingat tak entri CN sebelum ni? Ala, yang CN cakap gi Rumah Sulam Pxxxxx (RSP) tu... Yang CN kata harga beza angat tu... Tak ingat Klik ni >>

Uools nak tahu, kain sulam yang macam kat gambar tu, kat RSP IDR 200k, kat Pasar Baru ni hanya IDR 150k. Telekung SK kat RSP IDR 250k, kat Pasar Baru hanya IDR 120k. Material? Corak? Semua sama. Huwaaaaa... Bayangkan kami memborong hari sebelum tu berapa banyak? Boleh jimat banyak tau. Huwaaaaaa lagi sekali. Bertabahlah CN.. (En.suami pun tersenyum2 kelat tengok. Hahaha...)

Kat Pasar Baru ni best, macam2 ada. Ada kain pasang, kain sulam, segala kain, telekung, tshirt, souvenir, kerepek bagai, insyaAllah ada & harga murah. Kalau tahun dulu CN pergi sana jalan sendiri aje. Takde orang bawak. Kali ni, Pasar Baru dah siapkan tourist guide mereka. Jadinya tiada isu pencopet, isu kena tipu, isu harga mahal. Lagi best, tour guide mereka akan bawak ikut kehendak kita. Info kedai mana murah, kedai mana bagus, harga paling berpatutan berapa, kalau ditawarkan harga begini, sila tolak. Nanti akan dibawa ke kedai yang berpatutan. Bayangkan key chain 10pcs, CN boleh dapat IDR 10k aje (RM 3), berbanding beli kat luar 30pcs IDR 100k. Wakakakaka...

Memang best la. Thumbs up atas usaha pengurusan Pasar Baru untuk menaikan nama mereka. Then, makan time!

Kartika Sari


Ni lah Bolen. Nampak cam biasa je kan? Tapi sedap tau


Bagelen ni pun sodap. Recommended!
Mula2 mak mertua CN tak mau datang sini, sebab katanya kedai kek biasa. Tapi disebabkan kami banyak masa, iyelah kan seharian nak shopping apa aje kan. Jadinya belah petang CN dapat juga jejak Kartika Sari. Kami suami isteri memang dah ada target (walaupun dalam kocek dah takde duit IDR, sanggup loan ;)

Apa yang best kat Kartika Sari ni?
- Bolean
- Brownies

Yang mana satu best? Ala, yang ni CN tak reti jawab, sebab semua sedap dan unik. Uolls kalau pegi, beli la sorang sikit buat rasa. Bukan senang nak dapat tau. Kat Malaysia takde. Hehehe...

Ayam Penyet Delivery


Cantik kan pacaking diorang?
Hah, jangan tak tau. Kat Bandung ni pun boleh buat order delivery tau. Makan terakhir kami di Kota Bandung, masing2 dah penat balik shopping. Awal kami balik hari tu, seingat CN sekitar jam 5 dah start memerap dalam hotel. Kemas2 apa yang patut Mak Mer kata. I follow aje la. kikikiki...

Ni isi paket tu..

Jadi makan macam mana? Dah la hotel tu jauh dari tempat2 makan. Ada yang dekat tapi sebab hujan & ada budak kecil, susah juga la nak melangkah kan.. Akhirnya Miftah (supir) bagi option paling best. Katanya, delivery aja buk. Eh, bisa ya? Dan malam itu kami makan bungkus saja. Order dibantu oleh Miftah. Hehehe.. Ni la bentuk kotak makanan mereka. Nak kemas & rasanya memang syiok. Harga lagi lah murah. Jimaattt ya ampun berbanding makan di restoran. kikikiki...

Baiklah, cerita cuti2 di Bandung sudah tamat. Esoknya, pagi2 kami dah terbang balik ke Malaysia. Singkat sangat percutian kali ini tapi sangat memberi kenangan yang indah buat CN & family sebelah suami. InsyaAllah ada rezeki kita fly2 lagi. ;)


Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Tuesday 9 January 2018

Bangkok 5H4M - Misi Memburu Bunga Matahari

Assalamualaikum semua,

Hi, jumpa lagi ngan CN yang comel ni. Mesti tak sabar nak tengok entri baru kan? Hehehe... (perasan tak sudah). Kali ni, CN nak cerita pasal pakej trip makan angin ke Bangkok.Hm, CN ada bagitau ke yang CN dah jadi freelance travel agent?

Kalau dah, okaylah. Kalau belum... CN bagitau lagi sekali lah. CN sekarang dah join team agen jual pakej trip. Ni yang sah lagi sahih tau. InsyaAllah tidak menipu & memperdajal orang. CN join team CaravanSerai Holiday. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal trip yang kami buat, boleh je jengah FB Caravanserai atau alternatif FB CN >> FB CheNa atau Instagram >> CheNa Insta. Apapun, jom terjah pakej gila2 berbaloi ni. ;)

TRIP BANGKOK 5H4M - MISI MEMBURU BUNGA MATAHARI


Promo ni sehingga 31.01.2018 / seat habis ya. Lepas ni harga normal


Promo Valid Untill 31 Jan 2018

Harga Pakej  :
RM 1499 (NP: RM1599) - Dewasa (6 tahun ke atas)
RM 1199 (3-5++ Tahun)
RM 699 (2++ Tahun)
🏻RM 200 (2 Tahun kebawah)

Syarat:
Deposit : RM200 /pax
(5 Bulan sebelum Trip Wajib Bayar 50%)
1 Bulan sebelum Trip Full Payment

Tarikh pilihan kami adalah hujung tahu. Selain cuti sekolah, ni adalah musim nak tengok bunga Matahari
24-28 Nov 2018
Floating Market Damnoen Saduak
29 Nov - 03 Dec 2018
05-09 Dec 2018
12-16 Dec 2018

Pakej Termasuk
Tiket Penerbangan AirAsia Return
Pengangkutan Sepanjang Trip (VIP Van)
Hotel 4 Malam
Tiket Lawatan
Makan sepanjang Trip (Sebagaimana itineri)
Cruise di Aseatique

Pakej Tidak Termasuk
Bagasi
Travelling Insurans

Tentatif Program kalau nak, boleh request kat CN ya. Nak emel boleh, nak wasap pun boleh. Nak respon pantas, kilk >>CHEGUNINA.

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Saturday 6 January 2018

Pakej Krabi 3H2M (Bas dari KL) 2018

Assalamualaikum,

Hi semua. CN rajin lagi nak update entri pasal trip promo ni. Jangan muntah tau. kikiki.. Kali ni kita gi Krabi pulak. Untuk pakej Krabi, ada banyak jenis. Jap ye CN senarai kan. Ni kira pakej besar la. Ada pecahan kecik2 lagi.

1. Krabi 3H2M/4H3M (Ground sahaja)
2. Krabi 3H2M dari KL (Menaiki bas)
3. Krabi 3H2M dari Bukit Kayu Hitam (BKH)

Walupun banyak, kali ni CN nak highlight pasal trip yang dari KL. Sebab....bagi CN trip yang ni amatlah berbaloi2 dan sesuai untuk seluruh Semenanjung Malaysia. Kenapa?

Pantai dia memang cantik. Macam ni.. (Gambar Google)
Trip by bus ni cover banyak tempat lawatan, walaupun dalam group bercampur tapi korang tak payah pikir2 nak bawak motor ke mana. follow aje group tu. Lain lah kalau korang jenis suka explore sendiri (pakej ground sesuai..). Jom kita check pasal trip yang berbaloi ni.


KRABI 3H2M FROM KL 2018

7 Heaven
Harga:
RM 499/orang (12 tahun ke atas)
RM 479/orang (5-11 tahun)
RM 329/orang (2-4 tahun)
RM 100/orang (bawah 2 tahun)

Nak booking korang hanya perlu bayar RM100/orang aja dulu. Baki boleh jelaskan 1 bulan sebelum trip. Best kan?

Tarikh :
01-04 Feb 2018 Full
22-25 Mac 2018 (Cuti Sekolah) Full
05-08 April 2018 Full
Black Crab
05-08 Julai 2018
02-05 Ogos 2018 Full
13-16 September 2018(Hari Malaysia)
04-07 Oktober 2018
29-02 Nov/Dis 2018 (Cuti Sekolah)
20-23 Dis 2018 (Cuti Sekolah)

Pakej Termasuk :

Bas (KL-BKH-KL) dan Bas BKH-KRABI-BKH
Penginapan (2 orang sebilik)
Island Hopping (Poda Island/Tub Island/Chicken Island/Railey Beach)
Snorkeling
Lunch semasa Island Hopping
Drinking water semasa Island Hopping
Buah segar semasa Island Hopping
Krabi city tour (Black Crab-Nok Awk-Krabi night market-Gastropod Shell Fossil-Elephant Trekking-Emerald Pool and Hotspring-7 Heaven)
Hatyai visit (Plaza Market-Lee Garden Plaza-Floating Market Hatyai)

PAKEJ TAK TERMASUK :
Meals
Entrance fee :
-National Park Fees (adult 400B /kid 200B)
-Elephant Trekking (500baht/person)
-Emerald pool (200baht/person)
-Hotspring (150baht/person)
-7 Heaven (100baht/person)
Immigration fee - RM5 seorang

Tentatif Program kalau nak boleh request kat CN ya. Nak emel boleh, nak wasap pun boleh. Nak pantas, kilk >>CHEGUNINA.

Jom Krabi weh!!


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday 5 January 2018

PROMO PAKEJ KOREA 5H4M (Fullboard) + BONUS: Everland!

Assalamualaikum,

Hi, uolls. CN muncul lagi bagi promo kaw2 kat korang. Ada sape2 tak yang minat nak melancong senang lenang ke Korea. CN ada pakej baekkk punya. Kalau biasa kami ada Pakej Korea Fullboard 5H4M sahaja. Tapi kali ni bos CN bagi BONUS iaitu FREE tiket Everland!

Best ke best? Hehehe... Meh layan promo ni kejap.

PROMO PAKEJ KOREA 5H4M (FULL BOARD) + BONUS Everland

Promo + Bonus Everland

VALID : 31 JANUARY 2018 *tertakluk pd kekosongan
PROMOSI BONUS EVERLAND TAMAT!
Harga Pakej :
▶Dewasa : RM3199/orang (12 tahun ke atas)
▶Kanak-kanak Berkatil : RM3099/orang (6-11 tahun)
▶Kanak-kanak Tanpa Katil : RM2800/orang (2-5 tahun)
▶Bayi : RM500/orang (bawah 2 tahun)

Pakej ini termasuk :
Tiket Flight (Return) Air Asia (KL-ICN-KL)
Bagasi 20 kg (Dewasa Only)
Penginapan 4 Malam
Pengangkutan Private Transport ( Bus Private // Setaraf )
Makan (4B/3L/4D)
Tiket Lawatan
Tiket Everland BONUS

TIDAK TERMASUK
Insurans
Perbelanjaan Peribadi (sendiri la kan..hehehe)

Tarikh :
25-29 Januari 2018 (Musim Sejuk) Full
13-17 March 2018 (Musim Sejuk nak bertukar ke Musim Bunga)
19-23 April 2018 (Musim Bunga)
03-07 May 2018 (Musim Bunga)
15-19 Nov 2018 (Musim Sejuk)
06-10 Dec 2018 (Musim Sejuk)*
13-17 Dec 2018 (Musim Sejuk)*

Namsan Tower (Gambar Google)

TENTATIF KOREA 5 HARI 4 MALAM

HARI PERTAMA (D)
- Pickup drp Airport
- Meet and Greet
- Namsangol Hanok Village
- Free and Easy

HARI KEDUA (B/L/D)
- Gyeongbukgung Palace
- Gwanghwamun Square
- Cheonggyecheon Stream
- Itaewon
- Namsan Tower
- Namdaemun Market
- Myeongdong

HARI KETIGA (B/L/D)
- Everland Tour (Full Day Tour)
Everland???
Tempat ini sebenarnya adalah thempark. Dapat jolokan Disneyland Korea  Anda bebas untuk menikmati pelbagai jenis tarikan Taman Tema Terbesar Korea tersebut. Bonus tau!! Biasa kena caj RM200/orang.
- Free and Easy
Everland. Meriah bak hang! (Gambar Google)

Nami Island.. cun kalau musim luruh (Gambar Google)
HARI KEEMPAT (B/L/D)
- Nami Island Tour ( Full day Tour)
Menaiki Cruise utk Sampai Ke Pulau Nami , ia merupakan lokasi paling terkenal di Korea .
Masa adalah bebas disini utk bergambar dan beriadah di dalam Pulau Comel ini

HARI KELIMA(B) 
Breakfast dan Pick up Back to Airport Incheon

Syarat Syarat Penyertaan
(1) Minimum 2 orang
(2) Deposit serendah RM500/ Orang
(3) Pembayaran harus dibuat setiap bulan mengikut jumlah termampu peserta
(4) 5 Bulan sebelum Tarikh Trip , WAJIB bayar 50 % drp keseluruhan Pakej - Jika Gagal nama anda akan digugurkan
(5) 1 Bulan Sebelum Trip - WAJIB bayar FULL Payment . Jika Gagal Nama anda digugurkan

Nak book pakej gila2 berbaloi ni? Contact CN cepat2. Seat limited!
Nak cepat klik link ni >> CHEGUNINA

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Wednesday 3 January 2018

Trip CN : Ke Bandung Kita 4H3M (Part 2)

Hari Kedua (15.12.2017)

Seawal jam 0600hrs sarapan pagi telah pun disediakan di hotel. Kami sekeluarga melantak dulu sebelum dijemput oleh Miftah pada jam 0830hrs. Hari ni kami dijadualkan ke:-

- Kawah Putih





- Lunch (Saung Andir)
- Kopi Luwak Cikole
- Farm House Susu Lembang
- Floating Market (hujan lu pulak)
- Rumah Sulam
- Dinner (Iga Bakar)

Kawah Putih

Tempat psoing2.kikiki...
Pada tahun 2014 dulu, CN hanya ke Tangkuban Perahu. Jadi kali ni CN memang nak sangat jenguk Kawah Putih ni sebab ramai kata cantik tempatnya dan lagi best dari Tangkuban Perahu. Ternyata memang betul! Jadi kalau korang yang masih pening2 nak pilih antara Tangkuban Perahu vs Kawah Putih, meh baca point CN ni jap.

Kawah Putih VS Tangkuban Perahu

1. Cantik
Comel tak CN? Macam Teletubbies.hahaha
Kawah Putih ternyata lebih cantik dan banyak tempat boleh posing. Kita boleh turun sampai ke gigi air yang kaler biru2 hijau tu. Best! Kalau kat Tangkuban Perahu, kita boleh ambil gambar dari atas aje. Kena pandai ambil angle, kalau silap, pasti tak nampak kawahnya. Hehehe..

2. Murah
Tiket masuk ke Kawah Putih lebih murah berbanding Tangkuban Perahu. Serius beza yang amat!

Kawah Putih - IDR 25k/orang + IDR 150k/kenderaan (Jumlah untuk kami = IDR 325k)
Tangkuban Perahu - IDR 200k/orang (Kalau kami ambil, total = IDR 1.4juta)

Beza kan?

Jadi, pandai2lah uolls nak buat keputusan.

Selepas tu, kami meneruskan perjalanan untuk makan tengahari & solat jumaat.

Saung Andir

Serius sedap bak hang! Menu Gurame Masak Pedas & Ayam Brengsek memang powerrrr! Recomended! Cuma, masa kami makan tu lalat sebok tumpang nak makan. Tu aje yang kureng syok. kikiki..

Gurame Bakar kot
Ni Ayam Brengsek


Kopi Luwak Cikole

Ni first time CN pergi jengah. Sebelum berangkat hari tu, kawan ofis asyik la usik kata kopi luwak ni kopi "hasil buangan musang". Tapi CN tak percaya. Sekali dah sampai, baru tahu! Kikikiki...
Pekerja kat Kopi Luwak ni tengah bagi penerangan proses kopi. huhuhu..


Farm House Susu Lembang

Ini antara tarikan di daerah Lembang. Kalau tak pergi, boleh dikatakan sangat rugi. Farm house ni design ala2 europe sikit, kalau kat Malaysia macam kat Bukit Tinggi tu la. Apa yang best sangat tu? Cer tengok gambar CN bagi.

Peace!
Tempat sewa baju Belanda. Boleh la posing2

Rumah Sulam PESONA

Sob...sob... ni part yang CN paling nyesal dan takmau cerita. Sebab kena paw! Huawaaaa... Sebelum trip, CN kan rajin usyar blog kawan2 dan tanya2 pengalaman kawan ofis yang dah pernah berkunjung ke Bandung. Iya lah, sebelum ni CN ke sana sendirian, takde warga emas & kanak2. Kenalah buat persiapan rapi. Hasil dapatan, setelah menambil kira keselesaan ahli rombongan, CN buat keputusan untuk bawa mereka ke Rumah Sulam sahaja. Lebih selesa dan murah (diorang kata sebab rumah sulam ni biasa dari kilang)

TAPI... memang menyesal kok! Sebab harganya jauh berbeza dengan Pasar Baru. Tengok next entri CN ya.
Ni pintu masuk nak tengok kain sulam & telekung

Antara souvenir yang popular

Iga Bakar

Malam ni kami sekeluarga menjamu selera di Restoran Iga Bakar. Alhamdulillah, menu sedap dan harga berpatutan. Antara menu utama yang menjadi pilihan ialah Iga Bakar (Daging Lembu Bakar), dan Ayam Penyet. Best!

Okay, jumpa next entri..

Sambil2 tu, kalau ada yang mencari pakej percutian dalam dan luar negara, boleh contact CN ya. ;)

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149