Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Saturday 21 March 2015

Tempat Makan Best di JB

Assalamualaikum,

Entri kali ni saya nak ceritakan sikit tentang tempat makan best yang ada kat JB ni. Banyak tempat makan best kat sini tapi saya nak highlight tentang D'Uda Corner yang terletak di Bandar Baru Uda. Kedai makan ni hanya buka untuk sarapan pagi ye. Dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari.

Antara menu terbaik yang boleh didapati adalah:-
1. Nasi Lemak
2. Lontong
3. Soto Nasi/bihun/mi
4. Mi Rojak
5. Roti Tebar (pelbagai)




Kalau nak tahu, pengusaha kedai makan ni berasal dari Sabah. Jadi, makanannya pasti ada kelainan daripada masakan Johor yang terdapat dipasaran. Ia menggabungkan selera Johor dan Sabah. Hehe..

Lokasi D'Uda Corner pula sangat strategik. Terletak di penjuru pertama sebaik sahaja anda membelok ke Bandar Baru Uda melalui jalan Skudai-JB. Jom zoom peta yang disediakan. ;)

Oh ya, D'Uda Corner ni sebuah kedai makan yang luas, sesuai untuk anda membawa keluarga dan anak2 kecik. Walaupun ia dibuka pada waktu pagi sahaja, ia juga sesuai untuk dibuat lokasi perjumpaan sama ada untuk reunion kelas, perjumpaan dengan pelanggan bisnes (networking bisnes) atau penganjuran majlis istimewa.


Eh, mana saya tahu semua ni? Pastilah, sebab saya adalah anak kepada pengusaha kedai makan ni. Kepada para pembaca blog ini, jika bekesempatan jemputlah datang ye. InsyaAllah layanan tip-top. ;)

Nina,
0194725475/0193010149

Wednesday 18 March 2015

Perhatian: Contest Giveaway Chef Obie

Assalamualaikum,

Tadi saya buat blogwalking dan tiba2 saya tergerak nak mencari resepi kek yang best. Cari punya cari, tersinggah la ke satu blog ni..  Chef Obie punya blog. best juga penulisannya. Berbanding saya yang masih baru ni.hehe..

Tapi lagi best, Chef Obie ni tengah buat peraduan online yau. Nak tahu apa dia? Jom terjah!



Contest Giveaway Chef Obie sedang berlangsung

Ia akan bermula pada hari Isnin 9 Mac 2015 sehingga hari khamis 12 April 2015
dan keputusan pemenang akan diumumkan pada hari Isnin 13 Mac 2015.

Syarat - Syarat Pertandingan 

1.Terbuka kepada semua warga Malaysia , Singapura & Brunai Darussalam & tiada had usia.

2.Wajib menjadi Follower

*Blog chef obie - chefgunawanmalaysia.blogspot.com
*Facebook - chefobie untold 
*Instagram - chef_obie_official 
( sekiranya anda tiada akaun gmail , anda dibenarkan menjadi salah satu follower sama ada di Facebook atau Instagram )

3.Anda semua wajib menjawab soalan yang mudah  berpandukan 
penaja setiap hadiah ,
Jawapan boleh anda refer pada info yang akan diberi oleh chef obie dalam blog ini dan juga dalam FB chefobie untold.
1 minggu mewakili 1 soalan 
Anda perlu terus menjawab soalan dibahagian comment

Contoh :

Berapa Usia Chef Obie pada tahun ini - 2015 ?
Jawapan : 29 tahun ( nama anda , No Contact @ email anda )

Anda boleh menjawab di dalam blog ini dalam bahagian Comment, dalam Facebook atau dalam Instagram
sekiranya anda ingin menjawab di semua laman sosial ini juga dibolehkan.

Pihak kami akan menilai & mencatat - kepantasan anda menjawab sepanjang pertandingan.
5 soalan akan diberi , 1 soalan seminggu , dan anda wajib menjawab 5 soalan yang diberi sehingga tamat pertandingan.

4. Sekiranya anda merupakan seorang blogger , anda wajib menyediakan 
Entrie " Contest Giveaway Chef Obie " di blog anda. Hadiah untuk blogger yang menyediakan entri juga disediakan , dan entrie anda akan dinilai oleh pihak kami.

5.Pihak kami menyediakan Hadiah untuk semua walaupun anda bukan blogger. Jangan lepaskan peluang

6. Soalan pertandingan akan dikeluarkan pada Hari

Isnin - 9 Mac 2015
Isnin - 16 Mac 2015
Isnin - 23 Mac 2015
Isnin - 30 Mac 2015
Isnin - 6 April 2015

Dalam blog ini ,  Facebook - chefobie untold dan dalam Instagram

Hadiah-hadiah menarik dari penaja seperti 

Voucher - Voucher Menarik dari Para Penaja 
Top UP Hotlink Maxis RM10 x 10 
Easy Whisk ,Just Press & Spin RM50 x 2
Majalah Masakan AROMA Terbaru 1 x 30 naskah
Buku Pemanis Mulut Ct Delima 1 x 30 naskah
Buku Masakan Tempatan & Antarabangsa 1 x 10 naskah
Buku Sugarcraft A Step By Step To Creating 20 Novelty Fondant Cakes- YASMIN SANUSI 1 x 1
Limited Edition Buku CupCake 3D chef obie 1 x 1 naskah
Sijil Penghargaan chef obie 1Million Views
eBook -ebook terlaris , Teddy Bear & banyak lagi hadiah -hadiah menarik untuk dimenangi !

7.Keputusan Pertandingan adalah Muktamad.

Nak tahu lebih lanjut, klik Contest Giveaway Chef Obie ;)

Okey lah, saya nak jalan2 lagi ke blog Chef Obie. nak cari resepi2 menarik beliau, mana tahu terajin nak buat satu hari nanti.hehe..


Salam Mesra,
Hanina Sulaiman (ID: 888945)
0194725475/0193010149

Tuesday 17 March 2015

Ho Chi Minh City 2015

Assalamualaikum,

Alhadulillah selepas lebih sebulan kembali daripada percutian di Ho Chi Minh City (HCM), akhirnya saya berjaya menggerakkan jari-jemari untuk berkongsi pengalaman saya melalui coretan kecil ini. Baiklah, saya dah nak mula ni..hehe..

Kenapa Ho Chi Minh City Menjadi Destinasi Pilihan?

Sebenarnya saya pun tak tahu kenapa ia menjadi destinasi pilihan tetapi memang saya teringin sangat untuk mengunjungi HCM sejak tahun 2012 lagi. Pasang angan-angan untuk ke HCM melalui biaya Kelab Kebajikan di pejabat tetapi hasrat tidak kesampaian. Tak dapatlah saya menikmati percutian percuma. sob..sob.. Akhirnya hujung tahun 2014, ajakan seorang rakan mejadikan impian ini satu kenyataan - walaupun 100% keluar duit sendiri.hehe..

Tarikan Sebenar di HCM

Khusus untuk anda yang ingin tahu kenapa HCM patut menjadi destinasi pilihan anda, mari baca selanjutnya.

1. Tempat membeli-belah

Tidak dinafikan banyak tempat lain juga merupakan destinasi membeli-belah. Namun HCM adalah syurga bagi anda yang sukakan kain cotton. Contohnya macam ni..

Kedai kain ini adalah antara tempat pilihan ramai

Ada yang jual kain pasang dan ada juga yang baju kurung siap pelbagai saiz. harga pula bermula RM 20.00 - RM 30.00 sepasang. Murah kan?


2. Boleh berbahasa Melayu

Ini satu kelebihan jika anda seorang yang agak sukar bertutur dalam bahasa selain Bahasa Melayu. Rakyat Vietnam terutama di HCM ni ramai boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Jadi, urusniaga berlaku amat mudah. Semasa berada di HCM, kadang-kala saya rasa masih berada di Malaysia pula. Tidak percaya? Cubalah terbang ke HCM dan rasai sendiri.

3. Penggunaan matawang yang tidak terhad

Peniaga di HCM menerima 3 jenis matawang ketika urusniaga berlaku namun ia terhad kepada jenis urusniaga.

a. Vietnam Dong (VND) biasanya digunakan untuk membayar makanan dan tambang teksi.
b. Ringgit Malaysia (MYR) boleh digunakan bagi semua urusan jual beli kecuali makanan dan tambang teksi.
c. Dollar Amerika (USD) juga seperti MYR. Ia diterima untuk urusan jual beli.

Jadi, jika anda kesana, anda tidak perlu kusut untuk membuat tukaran matawang yang banyak. Senang sangat.. Jika nak semak nilai matawang sekarang, klik DISINI

4. Barang jualan yang menarik

Selain kain cotton, terdapat beberapa barangan yang terdapat disini. Mungkin juga sukar diperolehi dari tempat lain atau dengan harga yang super murah. Lihat gambar-gambar dibawah.

Helmet

Makanan a.k.a. Jajan - Kacang, Mangga Kering

Lukisan dari kulit telur

Buah-buahan segar

Penutup hidung dan mulut

5. Sejarah dan Budaya masyarakat setempat.

Masih ingat tak Sungai Mekong? Ala, dulu zaman sekolah kita selalu sebut dan hafal kedudukan sungai ini sebab nak duduki peperiksaan Geografi. betul tak? Sungai Mekong juga menjadi daya penarik mengapa anda harus berkunjung ke HCM.

Di HCM, kebanyakkan penduduk akan menaiki motorsikal untuk menjalani rutin harian. Sebab itulah, jalanraya mereka sentiasa dipenuhi dengan ribuan motorsikal. Yang uniknya, mereka sangat cekap mengawal motorsikal tanpa ada sebarang kecelakaan. Pejalan kaki juga tak perlu risau untuk melintas.hehe..
Sesak dengan motorsikal

6. Makanan yang sempoi.

Melului rakan-rakan blog, saya menjadi teruja ke HCM kerana mi Pho dan Kopi Aisnya. sangat sedap. Jika ke HCM, pastikan anda mencubanya ya. ;)

Mi Pho Daging

Kopi Ais mengancam

Baiklah, sampai disini sahaja pengenalan tentang trip saya ke HCM. tunggu sambungannya ye.
Kredit kepada tuan punya gambar yang diambil atas ehsan en. Google. Gambar saya sendiri akan diupload untuk entri akan datang. Pastikan anda follow ya ;)

Salam Mesra,
Hanina Sulaiman (ID: 888945)
0194725475/0193010149

Monday 16 March 2015

Saya akan bertandang lagi ke Faizworld Training Centre!!

Assalamualaikum para pembaca budiman,

Ingat lagi tak saya pernah post entri tentang Kelas Asas Blog yang saya hadiri awal Januari 2015 hari tu? Tentang bilik latihan yang serba lengkap terletak di Bandar Baru Bangi tu? Ala...kalau tak ingat, mari klik sini >> Perjalanan Menuntut Ilmu

Ini kelas yang saya hadiri sebelum ni. Nampak tak saya?hehe

Dah ingat dah kan...hehehe. Kalau nak tahu, minggu depan saya akan kembali lagi menuntut ilmu di sana. Bukan untuk kelas blog juga, tapi untuk kelas pemasaran pula. Bayaran pula sangat minimum kerana tuan punya bangunan ni sifu kami. Sebab tu kami dapat harga anak-beranak. Terima kasih tuan tanah.. Gembira sangat bila nama saya telah berdaftar ke kelas tersebut dan saya juga telah menempah tiket penerbangan untuk tujuan ini. InsyaAllah semoga perjalanan menuntut ilmu pada minggu hadapan akan berjalan dengan lancar.

Adalagi yang buat saya teruja sangat nak hadir kelas ni. Nak tahu apa? Tadaaa....

Cabutan Bertuah untuk pengunjung bertuah

Dah ramai yang hantar borang

Mana tahu kot2 saya bernasib baik, dapatlah saya mengurangkan perbelanjaan bulan hadapan. betul tak? Selain itu, di Faizworld Training Centre ni juga menyediakan pelbagai "tester" bagi produk-produk Shaklee. Almaklumlah, pemilik pusat latihan ini merupakan seorang Jutawan Shaklee. Pastilah ada pameran produk kesihatan No.1 di Malaysia yang pastinya Semulajadi, Selamat dan Berkesan lagi Halal. ;)
Tester ni semua boleh try. Tak yah malu2

Faizworld Training Centre juga menyediakan perkhidmatan penyewaan bilik latihan dan bilik mesyuarat bagi anda yang memerlukan tempat untuk menjalankan aktiviti secara berkelompok. Ia tidak terhad kepada ahli Shaklee sahaja tau. Buktinya terdapat beberapa syarikat swasta juga mula mengdakan latihan dan mesyuarat di premis ini. Pastinya berpuas hati kerana fasiliti yang disediakan adalah bertaraf 5 bintang. Bangunan ini juga menyediakan bilik solat dan bilik permainan untuk kanak2. Sangat selesa.

Bilik Mesyuarat yang selesa

Bilik Permainan khusus untuk anak2 anda
Jadi kalau anda nak sewa bilik latihan atau bilik mesyurat disini, boleh hubungi :-

Faizworld Training Centre
D-12-3, Paragon Point 2
Seksyen 9, Jalan Medan PB5
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Emel : training_course@faizworld.com
Tel: 03-8928 9799
Berikan sokongan penuh anda dengan klik ;
Like Page FB: https://www.facebook.com/faizworldtrainingcentre
Follow IG: http://instagram.com/faizworld_tc

Harga pasti berpatutan, InsyaAllah. Jom kita ke Faizworld Training Centre. Ingat TRAINING, Ingat Faizworld!!

Salam Mesra,
Hanina Sulaiman (ID: 888945)
0194725475/0193010149