Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Friday 27 July 2018

Pindah rumah... Alkisah...

Assalamualaikum,

Hai korang, selamat petang. Hihihi, mesti korang cakap CN ni kejap muncul kejap timbul kan? Nak buat macam mana, dah semula jadi CN macam ni. Hehehe..

Kalau korang nak tahu, sekarang CN dalam proses nak pindah rumah. Ingat dak sebelum ni CN bagitau CN dapat berpindah pejabat untuk duduk bersama En. Suami? Dah hampir 2 tahun jugaklah, kami duduk menyewa. Bukan saja2 tau duduk menyewa ni, sejak setahun lepas kami dah buat keputusan untuk membeli rumah disini, orang kata nak settledown kat sini lah. Yelah, kami dok fikir daripada terus menyewa, baik cari sebuah rumah sendiri. Bolehlah juga dijadikan aset. 

Proses mencari dan berbincang ambil masa hampir 2 bulan, nak dapatkan bank untuk buat pembiayaan pun ambil masa. Oh, lupa nak bagitau. Kami nak beli ni rumah subsale, bahasa mudahnya rumah second hand (atas tangan). Proses pembelian rumah subsale ni tersangatlah makan masa. Kalau tak percaya, boleh google, macam2 pengalaman orang pasal rumah subsale ni. Macam CN sendiri, rumah pertama selesai dalam tempoh 6-8 bulan (peguam pembeli & penjual orang yang sama). Untuk rumah yang kedua ni pula, ambil masa 14 bulan (peguam lain2). Jadi harap bersabarlah kalau korang beli rumah subsale ye. Hehe..

Pinjam gambar google sat... Teringin nak bilik cun camni.hehe..

Dan akhirnya, sekarang CN dalam proses selenggara rumah. Bila dah siap kena deko sikit sebelum duduk. ;) Next CN cerita pasal deko2 pulak eh. Ingatkan tau.. 

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Monday 2 July 2018

Selamat Hari Raya Aidil Fitri..

Assalamualaikum semua,

Alamak, azam tahun 2018 CN nampaknya semakin kabur. Mana taknya, last update blog ni bulan April lepas. Hahahaha.. Maafkan saya penunggu gua! ;p

Apa pun, CN nak ucapkan Selamat Hari Raya Aildifitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua rakan2 yang sudi menjengah blog suam2 kuku CN ni. Sekiranya ada tersilap salah, tersilap mengata bagai, haraplah dimaafkan. InsyaAllah segala isi cerita yang CN kongsikan dalam blog ni adalah untuk korang semua dan dialu2kan untuk dikongsi jika berkaitan.

Okaylah, nanti CN buat comeback ya. La ni nak sambung buat kije kejap. Babai...


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149