Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!
Showing posts with label Perjalanan Menuntut Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Perjalanan Menuntut Ilmu. Show all posts

Monday, 16 March 2015

Saya akan bertandang lagi ke Faizworld Training Centre!!

Assalamualaikum para pembaca budiman,

Ingat lagi tak saya pernah post entri tentang Kelas Asas Blog yang saya hadiri awal Januari 2015 hari tu? Tentang bilik latihan yang serba lengkap terletak di Bandar Baru Bangi tu? Ala...kalau tak ingat, mari klik sini >> Perjalanan Menuntut Ilmu

Ini kelas yang saya hadiri sebelum ni. Nampak tak saya?hehe

Dah ingat dah kan...hehehe. Kalau nak tahu, minggu depan saya akan kembali lagi menuntut ilmu di sana. Bukan untuk kelas blog juga, tapi untuk kelas pemasaran pula. Bayaran pula sangat minimum kerana tuan punya bangunan ni sifu kami. Sebab tu kami dapat harga anak-beranak. Terima kasih tuan tanah.. Gembira sangat bila nama saya telah berdaftar ke kelas tersebut dan saya juga telah menempah tiket penerbangan untuk tujuan ini. InsyaAllah semoga perjalanan menuntut ilmu pada minggu hadapan akan berjalan dengan lancar.

Adalagi yang buat saya teruja sangat nak hadir kelas ni. Nak tahu apa? Tadaaa....

Cabutan Bertuah untuk pengunjung bertuah

Dah ramai yang hantar borang

Mana tahu kot2 saya bernasib baik, dapatlah saya mengurangkan perbelanjaan bulan hadapan. betul tak? Selain itu, di Faizworld Training Centre ni juga menyediakan pelbagai "tester" bagi produk-produk Shaklee. Almaklumlah, pemilik pusat latihan ini merupakan seorang Jutawan Shaklee. Pastilah ada pameran produk kesihatan No.1 di Malaysia yang pastinya Semulajadi, Selamat dan Berkesan lagi Halal. ;)
Tester ni semua boleh try. Tak yah malu2

Faizworld Training Centre juga menyediakan perkhidmatan penyewaan bilik latihan dan bilik mesyuarat bagi anda yang memerlukan tempat untuk menjalankan aktiviti secara berkelompok. Ia tidak terhad kepada ahli Shaklee sahaja tau. Buktinya terdapat beberapa syarikat swasta juga mula mengdakan latihan dan mesyuarat di premis ini. Pastinya berpuas hati kerana fasiliti yang disediakan adalah bertaraf 5 bintang. Bangunan ini juga menyediakan bilik solat dan bilik permainan untuk kanak2. Sangat selesa.

Bilik Mesyuarat yang selesa

Bilik Permainan khusus untuk anak2 anda
Jadi kalau anda nak sewa bilik latihan atau bilik mesyurat disini, boleh hubungi :-

Faizworld Training Centre
D-12-3, Paragon Point 2
Seksyen 9, Jalan Medan PB5
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Emel : training_course@faizworld.com
Tel: 03-8928 9799
Berikan sokongan penuh anda dengan klik ;
Like Page FB: https://www.facebook.com/faizworldtrainingcentre
Follow IG: http://instagram.com/faizworld_tc

Harga pasti berpatutan, InsyaAllah. Jom kita ke Faizworld Training Centre. Ingat TRAINING, Ingat Faizworld!!

Salam Mesra,
Hanina Sulaiman (ID: 888945)
0194725475/0193010149

Tuesday, 27 January 2015

Perjalanan Menuntut Ilmu (Part 3)

Baiklah, setelah beberapa hari baru saya punya kesempatan untuk update entri perjalanan menunut ilmu ni. Macam sibuk sangat kan?hehe..

Nak dijadikan cerita, saya akhirnya dapat mengambil gambar dengan Kak Cery si Jutawan Shaklee. Gembira bukan main lagi. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat nak berselfie dengan beliau. ;)

Bersama Kak Cery, Jutawan Shaklee Malaysia


Kelas Blog Asas ini sangat bst. selama ni saya buat post syok sendiri je. Rupa-rupanya ada benda yang saya tak tahu seperti SEO dan juga tips2 lain. Ha, kalau nak tahu apa yang saya dapat masa kelas tersebut, silalah hadir ke kelas ye. Jangan ponteng kelas.haha..

Eh, lupa pula. Sebelum tamat kelas, kami dapat hadiah tau.. Best sangat!!


Shaklee Collagen Powder


Salam Manis,
Hanina Sulaiman
0194725475/0193010149

Saturday, 24 January 2015

Perjalanan Menuntut Ilmu (Part 2)

Assalamualaikum..

Perjalanan menuntut ilmu blog bermula hari ini. Sebelum ini pembelajaran secara online tapi kali ini saya hadir ke kelas khusus untuk memajukan diri dalam dunia blogging ni. Alhamdulillah, ada yang sudi mengajar pelajar dewasa macam saya ni.hehe..

Kelas ini diadakan di sebuah bangunan milik penuh syarikat bumiputera yang terletak di Bandar Baru Bangi. Memandangkan saya ni datangnya dari Johor, berpusing-pusing jugalah saya mencari. Tapi kata orang, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya dan suami teruskan juga perjalanan dan akhirnya jumpa juga bangunan yang dicari-cari selepas 15 minit berpusing-pusing. Syukur, Alhamdulillah.. Inilah rupa bangunannya. Kalau nak lagi senang, cari je Hospital An-Nur. Da jumpa, masuk dan jalan ke belakang sikit. mesti jumpa bangunan ala2 dalam gambar ni. FaizWorld Training Centre ni kat sebelah belakang.

FaizWorld Training Center

Di FaizWorld Training Center ni juga, anda boleh buat tempahan bilik latihan. Bukan hanya untuk ahli Shaklee sahaja ye. Contohnya, anda nak buat kelas bahasa Inggeris, anda boleh hubungi nombor telefon tertera. Kriteria dan bayaran saya kurang pasti. Yang pasti, fasiliti adalah lengkap dan terbaik, siap ada bilik nurseri untuk anak2 tau. (Kak Cery, saya tolong promosi sekali ni..hehe)

Kelas blog sedang berjalan

Mula-mula agak segan juga nak datang ke sini kerana tiada asas blog langsung. Tetapi, rakan-rakan sekelas dan tenaga pengajar yang baik menjadikan saya selesa berada di kelas ini. Terima kasih semua..

Eh, lama pula menulis. Saya sambung kelas dulu ye.

Hanina Sulaiman
0194725475/0193010149

P/S: Sebelum habis kelas ini, saya nak bergambar dengan sumber inspirasi. Kak cery, wait for me.. ;)

Thursday, 22 January 2015

Perjalanan menuntut ilmu

InsyaAllah, hari ini saya akan memulakan perjalanan untuk menuntut ilmu di tempat orang. Tidaklah lama sangat, 1 hari sahaja.

Sehari pun, tapi hati saya sangat teruja untuk menuntut ilmu. Mengapa? Akan saya ceritakan pada entri akan datang. Tunggu ya update saya. ;)

Salam mesra,
Hanina Sulaiman (id: 888945)
0194725475/0193010149