Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!
Showing posts with label Bandung 2017. Show all posts
Showing posts with label Bandung 2017. Show all posts

Friday, 19 January 2018

Trip CN : Ke Bandung Kita 4H3M (Part 3)

Assalamualaikum

Hello2... Lama tak dengar berita kan? Hehehe... Ni CN nak sambung pasrt 3 ni, ada sudi nak baca dop? ;) Jom layan!!

Hari Ketiga ni, cadangan nak bershopping aje.
- Pasar Baru Trade Centre
- Kartika Sari
- Makan
(Eh, sikit kan? Nanti CN cerita pesal)

Pasar Baru Trade Centre

 

Suasana di Pasar Baru

Hari ketiga, kami teruskan lawatan untuk bershopping. Pada mulanya Mak & Pak Mertua CN takmau shopping2. Nak jalan2 aje. Tapi memandangkan cuaca asyik hujan, terpaksalah mereka masuk ke shopping complex. hihihi... Hah, kat sinilah bermula kesedihan melanda CN. Sob..sob..sob...

Uolls ingat tak entri CN sebelum ni? Ala, yang CN cakap gi Rumah Sulam Pxxxxx (RSP) tu... Yang CN kata harga beza angat tu... Tak ingat Klik ni >>

Uools nak tahu, kain sulam yang macam kat gambar tu, kat RSP IDR 200k, kat Pasar Baru ni hanya IDR 150k. Telekung SK kat RSP IDR 250k, kat Pasar Baru hanya IDR 120k. Material? Corak? Semua sama. Huwaaaaa... Bayangkan kami memborong hari sebelum tu berapa banyak? Boleh jimat banyak tau. Huwaaaaaa lagi sekali. Bertabahlah CN.. (En.suami pun tersenyum2 kelat tengok. Hahaha...)

Kat Pasar Baru ni best, macam2 ada. Ada kain pasang, kain sulam, segala kain, telekung, tshirt, souvenir, kerepek bagai, insyaAllah ada & harga murah. Kalau tahun dulu CN pergi sana jalan sendiri aje. Takde orang bawak. Kali ni, Pasar Baru dah siapkan tourist guide mereka. Jadinya tiada isu pencopet, isu kena tipu, isu harga mahal. Lagi best, tour guide mereka akan bawak ikut kehendak kita. Info kedai mana murah, kedai mana bagus, harga paling berpatutan berapa, kalau ditawarkan harga begini, sila tolak. Nanti akan dibawa ke kedai yang berpatutan. Bayangkan key chain 10pcs, CN boleh dapat IDR 10k aje (RM 3), berbanding beli kat luar 30pcs IDR 100k. Wakakakaka...

Memang best la. Thumbs up atas usaha pengurusan Pasar Baru untuk menaikan nama mereka. Then, makan time!

Kartika Sari


Ni lah Bolen. Nampak cam biasa je kan? Tapi sedap tau


Bagelen ni pun sodap. Recommended!
Mula2 mak mertua CN tak mau datang sini, sebab katanya kedai kek biasa. Tapi disebabkan kami banyak masa, iyelah kan seharian nak shopping apa aje kan. Jadinya belah petang CN dapat juga jejak Kartika Sari. Kami suami isteri memang dah ada target (walaupun dalam kocek dah takde duit IDR, sanggup loan ;)

Apa yang best kat Kartika Sari ni?
- Bolean
- Brownies

Yang mana satu best? Ala, yang ni CN tak reti jawab, sebab semua sedap dan unik. Uolls kalau pegi, beli la sorang sikit buat rasa. Bukan senang nak dapat tau. Kat Malaysia takde. Hehehe...

Ayam Penyet Delivery


Cantik kan pacaking diorang?
Hah, jangan tak tau. Kat Bandung ni pun boleh buat order delivery tau. Makan terakhir kami di Kota Bandung, masing2 dah penat balik shopping. Awal kami balik hari tu, seingat CN sekitar jam 5 dah start memerap dalam hotel. Kemas2 apa yang patut Mak Mer kata. I follow aje la. kikikiki...

Ni isi paket tu..

Jadi makan macam mana? Dah la hotel tu jauh dari tempat2 makan. Ada yang dekat tapi sebab hujan & ada budak kecil, susah juga la nak melangkah kan.. Akhirnya Miftah (supir) bagi option paling best. Katanya, delivery aja buk. Eh, bisa ya? Dan malam itu kami makan bungkus saja. Order dibantu oleh Miftah. Hehehe.. Ni la bentuk kotak makanan mereka. Nak kemas & rasanya memang syiok. Harga lagi lah murah. Jimaattt ya ampun berbanding makan di restoran. kikikiki...

Baiklah, cerita cuti2 di Bandung sudah tamat. Esoknya, pagi2 kami dah terbang balik ke Malaysia. Singkat sangat percutian kali ini tapi sangat memberi kenangan yang indah buat CN & family sebelah suami. InsyaAllah ada rezeki kita fly2 lagi. ;)


Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Wednesday, 3 January 2018

Trip CN : Ke Bandung Kita 4H3M (Part 2)

Hari Kedua (15.12.2017)

Seawal jam 0600hrs sarapan pagi telah pun disediakan di hotel. Kami sekeluarga melantak dulu sebelum dijemput oleh Miftah pada jam 0830hrs. Hari ni kami dijadualkan ke:-

- Kawah Putih





- Lunch (Saung Andir)
- Kopi Luwak Cikole
- Farm House Susu Lembang
- Floating Market (hujan lu pulak)
- Rumah Sulam
- Dinner (Iga Bakar)

Kawah Putih

Tempat psoing2.kikiki...
Pada tahun 2014 dulu, CN hanya ke Tangkuban Perahu. Jadi kali ni CN memang nak sangat jenguk Kawah Putih ni sebab ramai kata cantik tempatnya dan lagi best dari Tangkuban Perahu. Ternyata memang betul! Jadi kalau korang yang masih pening2 nak pilih antara Tangkuban Perahu vs Kawah Putih, meh baca point CN ni jap.

Kawah Putih VS Tangkuban Perahu

1. Cantik
Comel tak CN? Macam Teletubbies.hahaha
Kawah Putih ternyata lebih cantik dan banyak tempat boleh posing. Kita boleh turun sampai ke gigi air yang kaler biru2 hijau tu. Best! Kalau kat Tangkuban Perahu, kita boleh ambil gambar dari atas aje. Kena pandai ambil angle, kalau silap, pasti tak nampak kawahnya. Hehehe..

2. Murah
Tiket masuk ke Kawah Putih lebih murah berbanding Tangkuban Perahu. Serius beza yang amat!

Kawah Putih - IDR 25k/orang + IDR 150k/kenderaan (Jumlah untuk kami = IDR 325k)
Tangkuban Perahu - IDR 200k/orang (Kalau kami ambil, total = IDR 1.4juta)

Beza kan?

Jadi, pandai2lah uolls nak buat keputusan.

Selepas tu, kami meneruskan perjalanan untuk makan tengahari & solat jumaat.

Saung Andir

Serius sedap bak hang! Menu Gurame Masak Pedas & Ayam Brengsek memang powerrrr! Recomended! Cuma, masa kami makan tu lalat sebok tumpang nak makan. Tu aje yang kureng syok. kikiki..

Gurame Bakar kot
Ni Ayam Brengsek


Kopi Luwak Cikole

Ni first time CN pergi jengah. Sebelum berangkat hari tu, kawan ofis asyik la usik kata kopi luwak ni kopi "hasil buangan musang". Tapi CN tak percaya. Sekali dah sampai, baru tahu! Kikikiki...
Pekerja kat Kopi Luwak ni tengah bagi penerangan proses kopi. huhuhu..


Farm House Susu Lembang

Ini antara tarikan di daerah Lembang. Kalau tak pergi, boleh dikatakan sangat rugi. Farm house ni design ala2 europe sikit, kalau kat Malaysia macam kat Bukit Tinggi tu la. Apa yang best sangat tu? Cer tengok gambar CN bagi.

Peace!
Tempat sewa baju Belanda. Boleh la posing2

Rumah Sulam PESONA

Sob...sob... ni part yang CN paling nyesal dan takmau cerita. Sebab kena paw! Huawaaaa... Sebelum trip, CN kan rajin usyar blog kawan2 dan tanya2 pengalaman kawan ofis yang dah pernah berkunjung ke Bandung. Iya lah, sebelum ni CN ke sana sendirian, takde warga emas & kanak2. Kenalah buat persiapan rapi. Hasil dapatan, setelah menambil kira keselesaan ahli rombongan, CN buat keputusan untuk bawa mereka ke Rumah Sulam sahaja. Lebih selesa dan murah (diorang kata sebab rumah sulam ni biasa dari kilang)

TAPI... memang menyesal kok! Sebab harganya jauh berbeza dengan Pasar Baru. Tengok next entri CN ya.
Ni pintu masuk nak tengok kain sulam & telekung

Antara souvenir yang popular

Iga Bakar

Malam ni kami sekeluarga menjamu selera di Restoran Iga Bakar. Alhamdulillah, menu sedap dan harga berpatutan. Antara menu utama yang menjadi pilihan ialah Iga Bakar (Daging Lembu Bakar), dan Ayam Penyet. Best!

Okay, jumpa next entri..

Sambil2 tu, kalau ada yang mencari pakej percutian dalam dan luar negara, boleh contact CN ya. ;)

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Tuesday, 19 December 2017

Trip CN : Ke Bandung Kita 4H3M

Assalamualaikum,

Hai semua. CN baru saja balik dari makan angin ke Kota Kembang, Bandung. Tu yang macam semangat aje nak menaip entri ni. Almaklumlah, CN ni angin malas update sangat cepat menyapa. Siapa yang biasa follow blog CN, memang dah masak dah. Cadang buat 4 part, last2 tinggal 1 part aje di publish. hahahaha.. Jadi nak elak benda lama tu jadi lagi, CN nak curahkan semua sekali jalan. ;)

Okay, trip CN ke Bandung ni adalah trip yang kedua. Kali pertama pada tahun 2014, masa tu CN ke sana seramai 4 orang (CN, hubby & 2 kakak opis). Kali ni trip CN seramai 8 orang (CN, hubby, pak & mak mertua dan 4 orang keluarga kak ipaq). Trip kami ni nak kata 4H3M takde lah sangat. Rasanya lebih elok dipanggil sebagai 2H3M. Aik??? Sebabnya, kami mendarat di Bandung dah jam 2000hrs waktu bandung dan balik ke KL 0830hrs. 2 hari fullday untuk jalan2.

Hari Pertama (14.12.2017)


Airport Bandung
CN sekarang dah duduk berhampiran Putrajaya. Jadi untuk ke KLIA2 CN & hubby naik KLIA Transit (RM 9.60/seorang/sehala). Family member yang lain naik kereta & parking di KLIA2. Kenapa CN naik kat Putrajaya Sentral? Sebab parking di Putrajaya Sentral murah aje. RM2 untuk siang dan RM4 untuk malam. Kiranya RM6 untuk sehari. Lagipun, CN berdua aje ngan hubby, naik KLIA Transit jimat wang2.

Flight kami yang dijadualkan jam 1800hrs waktu Malaysia, dilewatkan kepada 1830hrs. Alhamdulillah, tepat jam 1830hrs waktu Malaysia kami terbang menuju ke Bandung. Dalam flight macam biasa, CN akan beradu. zzzzzz.....


Kampiun Bistro
Jam 1930hrs waktu di Bandung, kami mendarat di Husien Sastranegara International Airport, Bandung. Eh, jangan keliru ya. Tempoh penerbangan KL-Bandung memakan masa 2jam. Kalau tengok angka jamnya, nampak macam sekejap aje kan? Hehehe.. Gitu gini, gitu gini urusan imigresen dan bagasi, jam 2000hrs barulah kami melangkah keluar dari bangunan airport. Supir yang telah CN deal sebelum trip pun dah sedia menanti. Kalau dulu2 orang bawak sepanduk tulis nama kita kan? Sekarang guna handfon aje display nama guest. Dari jauh CN nampak tulisan "Kak Hanina" yang dipegang oleh pak supir. (tak dan nak tangkap gambar sebab busy sangat lalulintas nak keluar airport)

Kalau korang takut terputus hubungan dengan family di kampung tu, boleh lah nak beli simpack Indonesia. Hubby beli Simpack ni dengan harga IDR 30k (6 GB). Tapi pak supir kata mahal, sebab kalau beli kat luar boleh dapat murah. Agaknya ni harga airport la.. Lupa pulak, pak supir kami namanya Miftah, umur 30 tahun masih belum berpunya. Siapa2 mau kenal, boleh aja PM beliau direct. hahaha..

Mutiara Hotel Bandung
Memandangkan kami ramai trip kali ni,  CN deal kenderaan jenis Van Toyota Hi Ace 12 Seater. Besar dan selesa buat kami berlapan. Memandangkan hari dah malam, Miftah bawak kami ke restoran untuk isi perut yang sudah keroncong. Destinasinya adalah Kampiun Bistro. Peh... memang best. Siap ada live band lagik. Makanan pun cun2 serve dia & sedap. Recommended! Cuma agak mahal, sesuai dengan fasiliti & decoration restoran. Kalau nak try, silakan.

Next, kami terus menuju ke tempat penginapan kami untuk 3 malam iaitu Hotel Mutiara Bandung. Lokasi tak jauh sangat dari airport. Fasiliti okay & siap sarapan. Harga berpatutan. Kami ambil 2 bilik berempat. Ngam2 1 bilik 4 orang boleh tidur, tak payah tidur kat lantai. Hehehe..

 Next kita sambung lagi...

Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149