Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Friday 15 April 2016

Ayam Masak Merah Sedap

Assalamualaikum..

Selamat petang para pembaca sekalian. Hari ini saya terlebih rajin pula nak menaip resepi simple yang sangat sesuai untuk mereka yang sekali sekala je nak ke dapur. Biasalah kan, dah tak ke dapur, maknanya bila sekali dua perlu memasak ni agak kekok jugak lah kan?hehe..

Ok, jangan risau. Ini resepi paling senang saya kongsikan. Gambar dari awal memamg saya tak dan nak ambil. Tapi saya kongsikan link ini untuk anda rujuk. Jom mula memasak!

Resepi Ayam Masak Merah
=======================
Bahan-bahan

A. Untuk menumis
- 1 batang kayu manis
- 2 biji bunga lawang
- 2-4 biji bawang merah / 1-2 biji bawang besar (potong halus)
- 3 ulas bawang putih (potong halus)
- 2 inci halia (potong halus)

B. Untuk kisar
- 15-20 tangkai cili kering (rebus dan kisar)
- 2-4 biji merah
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
* cili kisar asing. Yang lain2 kisar sekali.

C. Untuk masak
- Ayam (6-8 ketul) lumur dengan kunyit + garam
- Minyak (untuk tumis)
- Air
- santan/susu cair
- sos cili + sos tomato
- garam + gula
- asam jawa

Cara-cara

1. Goreng ayam yang telah dilumur dengan kunyit dan garam sehingga separuh masak. Kalau masak sangat nanti ayam akan jadi liat. Tos dan asingkan

2. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan-bahan untuk menumis (A). Tumis sehingga layu.

3. Masukkan bahan yang telah dikisar (kecuali cili kisar) dan biar sehingga naik bau.

4. Masukkan cili yang telah dikisar dan biar sehingga pecah minyak.

5. Setelah pecah minyak, masukkan ayam yang telah digoreng. Masukkan air (jika mahu), santan/susu cair, garam dan gula secukup rasa.

6. Biar sehingga agak kering dan warna nampak cantik. Siap!!

Mudahkan?
Ini hasil tangan saya hari ini. Maaf la tiada dekorasi. Hihi..


Selamat mencuba.

Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday 1 April 2016

Membelah lebuhraya

Assalamualaikum..
Minggu ni saya membelah lebuh raya lagi untuk balik ke kampung belah utara. Ada kenduri kahwin katanya. Rasanya ini perjalanan yang takkan dapat dilupakan. Mana tak nye, saya travel dari JB ke utara untuk 5 hari tanpa sehelai tudung dalam beg! Adoi, macam mana boleh tertinggal pula berhelai2 tudung yang saya siapkan semalam dengan pakaian2 lain? Mujur transit di Putrajaya, boleh la juga pinjam sehelai dua tudung kakak ipar sementara mencari tudung segera. Kikiki..
Kisah mencari tudung yang padan dengan pakaian dari segi warna dan gaya dalam keadaan tergesa2 agak mencabar. Orang kata nak ekonomik lah kan... cari tudung bawal cap kanggaroo kat mana pun xreti, almaklumlah kat tempat orang. Akhirnya, singgah di butik Hajra yang terletak di Bangi. Ada Jumbo Sale katanya..
Dapatlah juga 2 helai tudung yang agak boleh dipadankan dengan pakaian yang dibawa. 1 tudung bawal 1 lagi tudung sarung corak polkadot. Kemudian kami pun bergerak untuk balik kampung. Yeay!!


Kami membelah lebuhraya dengan cuaca panas sekarang ni. Masing-masing berpeluh-peluh dalam kereta walaupun penghawa dingin dipasang kuat. Kurang sekilo dua jugaklah sepanjang perjalanan duduk dalam kereta. Setibanya di kawasa  Rehat & rawat Bukit Gantang, kami berhenti sekejap untuk "acara bebas".  Walaupun gerai2 makan masih dalam penyelanggaraan, masih terdapat kedai2 jual buah dan kedai runcit. Saya beli buah-buahan potong sebagai penyejuk badan. Tembikai susu, mangga, jambu air, jambu batu, dan tembikai merah menjadi pilihan. Memang tak sempat nak tangkap gambar sebab dah tak sabar nak telan.kikiki..
Hampir setengah jam berehat, kami meneruskan perjalanan dan kami tiba di kampung seusai maghrib. Alhamdulillah..

Oh ya, sebenarnya nak bagitau yang jualan jumbo butik Hajra tu masih berlangsung sehingga 3 April 2016. Sesiapa yang berminat nak cari tudung instant ke, bawal ke ape, jemputlah ke sana ye. 😀

Hanina
~Bercerita sekadar hobi~