Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Saturday, 31 May 2025

Resident Playbook



Episod 4 buat aku nangis. Teringat kisah setahun yang lalu.

Selesai D&C, aku kena tahan di labor room untuk pemantauan selanjutnya. Mungkin sebab aku banyak hilang darah dalam proses tunggu baby keluar dan prosedur D&C. Jadi perlu ada pemerhatian. 

Di labor room, suami pula tak dibenarkan masuk (suami hanya dibenarkan masuk teman semasa proses bersalin saja). Nak col suami, handphone tiada kat aku.

Bila dah seorang diri, mulalah aku dilanda kesedihan yang amat. Aku semakin rasa kehilangan. Hilang anak pertama yang dinantikan sepanjang 13 tahun  perkahwinan kami. Dipinjamkan sementara selama 17 minggu sahaja dalam kandungan.

Kesan bius masih ada, kaki aku masih kaku. Tapi air mata makin laju turun. Bantal leher yang dapat aku capai, aku jadikan pengelap air mata. Mulut hanya mampu istighfar, dalam hati aku berzikir.

Sampailah seorang misi lalu dan bertanya, "Puan okay?". Diberikan aku tisu untuk lap air mata. Dipujuk aku dengan kata2 yang baik. Sangat empati. Selepas itu aku kembali tenang.

Ya Allah, aku sangat perlukan sokongan masa tu. Terima kasih Allah, kerana hantarkan seseorang untuk tenangkan aku.