Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Friday, 9 November 2018

Kepulangan Mummy kepada PenciptaNya

Assalamualaikum,

Salam Jumaat yang penuh barakah buat semua rakan2 pembaca blog CN. Lama tak menulis, hari ni rasa rindu pula. Macam2 hal berlaku kebelakangan ini buat CN rasa tak tentu. Semoga Allah kuatkan semangat CN & keluarga.

Tanggal 18 Oktober 2018 jam 6.25 petang menyaksikan seorang insan tersayang kami sekeluarga telah kembali ke rahmatullah. Setelah hampir 10 hari duduk di wad dan seminggu ditidurkan, bonda CN telah pergi meninggalkan kami. Al-fatihah buat Allahyarhamah Rosni binti Haji Naitullah (27.02.1953-18.10.2018). Alhamdulillah, CN diberi kesempatan untuk menemani mummy semasa warded. Bermula pada 9 Oktober CN bertapa kat wad HSA JB. Balik dari KL, CN terus ke hospital. Malam tu mula shif pertama CN. Masa tu mummy masih sedar, kami boleh borak, bergaduh, bawa ke toilet untuk mandi dan buang hajat, dan melayan kehendak akhirnya. Segalanya bermula selepas tanggal 12hb Oktober 2018.

11-12 Oktober 2018

Malam tu shif CN bermula agak awal. Mummy tak makan siang hari sebab tak lapar. Hanya makan bubur 2 suap tak silap. CN sampai aje kat wad terus pelik tengok mummy pakai "pakaian outing". Sebelum2 tu mummy pakai baju hospital. Bila ditanya pada kakak yang shif sebelumnya, dia kata mummy nak pakai. Mungkin senang nak outing esok, kata CN dalam hati (sepatutnya mummy kena outing pada 12okt untuk check kematangan fistula dialisis sebelum rawatan dialisis dimulakan). Jam 8.30 malam, mummy minta belikan 100+, CN mengelak sebab mummy tak dibenarkan minum air gas & tinggi gula. Akhirnya bergaduh sikit2, mummy kata kalau tak boleh 100+, belikan air oren. Mahu tak mahu, CN menapak ke kafe dan dapatlah belikan jus oren Peel Fresh. CN beri tak sampai suku cawan kat mummy, alhamdulillah, terima kasih belikan air katanya. Semoga diberkati & diberi rezeki yang banyak. Aamiin... Bakinya, CN la telan. hehe.. Lepas tu terus mummy tidur (walau ada berjaga sekejap2)

Peel fresh hidangan akhir mummy

Malam tu memang agak lain dari sebelumnya. Mummy baring, duduk, tidur semua tak senang. Sesak nafas katanya. Badan sakit nak minta ubat tahan sakit (mungkin sebab jatuh toilet malam sebelum tu). Tapi CN cuba tenangkan mummy, baca yasin untuk tenangkan hati. Jam 1 pagi, mummy rasa tak sedap badan. Lapar katanya, nak minum susu. CN panggil nurse untuk check. Nurse tak bagi minum sebab air dalam badan terlalu banyak dan mummy tak kencing. Dek kesian, CN bagi juga air kosong, mummy teguk 2 kali sebelum serahkan kembali kepada CN. Dia senyum. Rupanya itu hidangan akhir dari CN untuk mummy. Lepas tu mummy dipindahkan ke wad depan untuk pemantauan lebih rapi.

Jam 3 pagi mummy ditidurkan untuk mengurangkan kesakitan dan dipasang alat bantuan pernafasan (pam manual hampir 24 jam sebelum mesin pam sampai) dan katil di ICU penuh.

14 Oktober 2018
Mummy sedar apabila dos ubat tidur dikurangkan dan mula sedar dalam tempoh kurang 48 jam. Masa tu lega sangat, doktor pun ada beritahu yang mummy ni jenis kuat semangat dan ada harapan untuk sembuh. Masa dah sedar tu, banyak respon mummy. Tangan kiri terangkat2, kaki digoyangkan, lidah dijulurkan, merengek bila doktor nak cucuk jarum untuk ambil darah. Semua respon walaupun kecil, membuatkan hati CN gembira. Dalam hati, alhamdulillah mummy dah gerak. Mesti tak lama lagi akan sedar sepenuhnya.

15 Oktober 2018
CN balik ke sarang (KL). Sebelum balik singgah jumpa mummy. Walaupun dia masih tidak sedar, tapi dia tahu & dengar apa yang orang cakap. CN cium mummy, salam dan cium tangan. Cakap nak balik kejap. Lagi 4 hari kami balik tengok mummy semula. Mummy genggam tangan CN, macam tak nak lepas. Bila Cn cium tangan lagi, cakap sekali lagi, mummy tolak tangan CN. Sedih sangat masa tu, tapi hati CN sangat kuat kata mummy mesti dah sedar & sembuh dalam 2 hari. CN balik ke sarang...

18 Oktober 2018
Masa ni CN kat PD, ada mesyuarat yang perlu dihadiri. Hati semakin lega sebab mummy dah dapat rawatan lebih rapi di ICU dan doktor cakap semakin stabil. Hanya tunggu untuk sedar. Tak sangka, jam 1230 tengahari, along wasap dalam group katanya mummy semakin tak stabil, dipasang semula alat bantuan pernafasan. Doktor pesan, mana yang jauh diminta balik. CN terkesima bila baca mesej tersebut lantas mesej En.Husband untuk ambil CN. En. Suami sampai hampir jam 3.30 petang dari Putrajaya dan kami bergerak balik. Dalam perjalanan, along telefon. Dia tanya, ko kisah tak kalau doktor nak tutup mesin pernafasan mummy? Masa tu hanya Allah yang tahu, betapa risau, menangisnya CN dengar. CN jawab, kalau ko rasa itu yang terbaik, itu yang buat mummy tak terseksa, aku redha. Rupa2nya daddy tak bagi tutup mesin pernafasan mummy, daddy suruh tunggu sampai CN sampai. Tapi...

Akhirnya tepat jam 6.25 petang, mummy pergi tanpa sempat CN berjumpa dengannya. CN sampai ke HSA jam 7.20 malam, sejam selepas itu. Takpelah, mungkin bukan rezeki CN untuk berjumpa mummy waktu hayatnya yang akhir, tapi CN berpeluang membantu saat memandikan & mengkafankan jenazah mummy.

Kini dah 3 minggu mummy meninggalkan kami semua. Benarlah kata orang, bila dah tiada baru nak rindu. Kalau ada depan mata, jarang diendahkan.

Oh! Ibu...
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian


Dan aku

Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati


Ku tatapi potret mu berulang kali

Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Ibu...

Alfatihah buat Allahyarhamah Rosni Haji Naitullah. Semoga damailah mummy disana. Kami akan sentiasa ingat mummy dan kami akan doakan mummy sepanjang hanyat kami. Ya Allah, Kau ampuni dosa2 Ibuku, Kau rahmati dia di alam sana dan Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya. Tempatkanlah Ibuku dikalangan mereka yang beriman. Aamiin..

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday, 27 July 2018

Pindah rumah... Alkisah...

Assalamualaikum,

Hai korang, selamat petang. Hihihi, mesti korang cakap CN ni kejap muncul kejap timbul kan? Nak buat macam mana, dah semula jadi CN macam ni. Hehehe..

Kalau korang nak tahu, sekarang CN dalam proses nak pindah rumah. Ingat dak sebelum ni CN bagitau CN dapat berpindah pejabat untuk duduk bersama En. Suami? Dah hampir 2 tahun jugaklah, kami duduk menyewa. Bukan saja2 tau duduk menyewa ni, sejak setahun lepas kami dah buat keputusan untuk membeli rumah disini, orang kata nak settledown kat sini lah. Yelah, kami dok fikir daripada terus menyewa, baik cari sebuah rumah sendiri. Bolehlah juga dijadikan aset. 

Proses mencari dan berbincang ambil masa hampir 2 bulan, nak dapatkan bank untuk buat pembiayaan pun ambil masa. Oh, lupa nak bagitau. Kami nak beli ni rumah subsale, bahasa mudahnya rumah second hand (atas tangan). Proses pembelian rumah subsale ni tersangatlah makan masa. Kalau tak percaya, boleh google, macam2 pengalaman orang pasal rumah subsale ni. Macam CN sendiri, rumah pertama selesai dalam tempoh 6-8 bulan (peguam pembeli & penjual orang yang sama). Untuk rumah yang kedua ni pula, ambil masa 14 bulan (peguam lain2). Jadi harap bersabarlah kalau korang beli rumah subsale ye. Hehe..

Pinjam gambar google sat... Teringin nak bilik cun camni.hehe..

Dan akhirnya, sekarang CN dalam proses selenggara rumah. Bila dah siap kena deko sikit sebelum duduk. ;) Next CN cerita pasal deko2 pulak eh. Ingatkan tau.. 

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Monday, 2 July 2018

Selamat Hari Raya Aidil Fitri..

Assalamualaikum semua,

Alamak, azam tahun 2018 CN nampaknya semakin kabur. Mana taknya, last update blog ni bulan April lepas. Hahahaha.. Maafkan saya penunggu gua! ;p

Apa pun, CN nak ucapkan Selamat Hari Raya Aildifitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua rakan2 yang sudi menjengah blog suam2 kuku CN ni. Sekiranya ada tersilap salah, tersilap mengata bagai, haraplah dimaafkan. InsyaAllah segala isi cerita yang CN kongsikan dalam blog ni adalah untuk korang semua dan dialu2kan untuk dikongsi jika berkaitan.

Okaylah, nanti CN buat comeback ya. La ni nak sambung buat kije kejap. Babai...


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Thursday, 19 April 2018

JJCM Penang RM 199

Assalamualaikum..

Hi uolls, ni dia trip baru buka. Biasanya trip ni untuk private trip yang request aje. Tapi bos CN ter..rajin pula buka trip untuk umum. Maksudnya, mix group la. Minimum 2 orang untuk booking sebab pakej ni bermalam, 1 bilik 2 orang. Kalau jalan sorang2, nanti nak tidur takde la teman. Membazir... ish..ish..ish..

Jom kita cerita pasal trip ni.



TRIP JJCM PENANG (Dari KL)

DATE: 30 Ogos - 1 September 2018

Pakej Dewasa : RM199/org

Pakej Kanak Kanak : RM 119/org (Tanpa Katil)
*Deposit RM50/orang

Pakej Termasuk

Pengangkutan Bas drp KL 
City Tour di Penang 
Penginapan 1 malam (Hotel GTIME atau setaraf)

Tidak Termasuk

Makan minum
Tiket lawatan 
Insuran perjalanan
Perbelanjaan sendiri

TENTATIF LAWATAN


Hari 1

10.00 mlm - Berkumpul di KL sentral ( dkt KFC , KL sentral ) 
10.30 mlm - Bas Bergerak ke Penang

Hari 2

05.00 pagi - Sampai di Masjid Negeri Pulau Pinang utk bersihkan diri dan Solat Subuh 😇
07.00 pagi - Bertolak ke Bukit Bendera ( Sarapan dan lawatan ke Bukit Bendera ) 🌲
11.00 pagi - Bertolak ke Jelutong utk makan yg tengahari di Nasi Kandar dan tapau ke Padang Kota 
01.00 petang - Padang Kota 
02.30 petang - Check In dan Rehat 
04.30 petang - Bertolak ke Batu Feringghi 
07.00 malam - Night Market Batu Feringghi 
09.00 malam - Balik Hotel 

Hari 3

08.00 pagi - Sarapan pagi di Astaka Road Walk 
10.30 pagi - Lawatan di Komtar dan Art Street Penang
02.00 petang - Bertolak Pulang Balik Melalui Ferry 
09.00 malam - Dijangka tiba di KL

Nota:

Pihak Organizer ada hak utk membuat pindaan mengikut kesesuaian keadaan semasa :) 

BONUS!
Kalau anda booking sebelum 30 April 2018 ni, anda akan diberikan FREEGIFT!
Free Entrance ke Ghost Museum dan Magic World !! (Worth : RM18 + RM16). 

Nak tahu apa itu Ghost Museum dengan Magic World, try klik gambar yang CN bagi ni. ;)

Muka depan Ghost Museum

Magic World Penang

Seronok tak? Ha, apa lagi, sila booking sekarang.kikikiki...

Nak booking, nak tanya2, sila klik link whatApps >> CHEGUNINA


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Thursday, 5 April 2018

Trip Kota Kinabalu- Kundasang 3H2M Hanya RM 699!

Assalamualaikum

Hai semua, CN kelam kabut nak up entri ni. Sebenarnya agak sibuk, tapi nak jugak kongsi pakej murah ni dengan uolls. Jom layan...

PROMO KOTA KINABALU 3H2M WITH FLIGHT

Trip KK-Kundasang oleh CaravanSerai Holidays


Harga Pakej :
Dewasa : RM699/pax (7 Tahun keatas)
Kanak Kanak : RM669 (3-7 Tahun)
Kanak Kanak : RM400 (2-3 Tahun)
Infant : RM200
(Minimum Booking 4 Pax)

Deposit Payment : RM350/pax

Pakej Termasuk
Tiket Penerbangan Pergi dan Balik
Bagasi Hand Carry 7kg
Hotel 2 Malam di Kota Kinabalu
Transporation sepanjang Lawatan
Tiket Lawatan

Tidak Termasuk
Bagasi
Travelling Insurance
Makan
Duit Shopping

Tarikh Pilihan
5-7 July 2018
6-8 July 2018
19-21 July 2018
2-4 August 2018
9-11 August 2018
08-10 Ogos 2018
10-12 Ogos 2018
04-06 September 2018
25-27 September 2018
.
TENTATIF LAWATAN ( Cadangan)

Day 01   :
Meet at airport. Proceed for Kota Kinabalu City Tour. Visit State Museum, Signal Hill, Tg. Aru Beach, Likas FloatingMosque & Sabah Foundation Building .. Then check in hotel..
Ni adalah hotel yang akan disediakan. Terbaik!

Day 02   :
pick up at your hotel , drive overland to Kinabalu National Park, Malaysia’s First World Heritage Site. visit rumah terbalik and jambatan gantung tamparuli,  Visit Nabalu Market & then,proceed direct to Poring Hot Spring. Take canopy walk way & enjoy the natural hot spring. After Lunch , visitKg. Luanti to experience the Fish Massage at the natural setting ( River ). Then, visit Pasar Tani Kundasang, dairy farm & Kinabalu National Parkbefore return back to Kota Kinabalu.    

Day 03   :
pick up at your hotel, shopping time at philipino market & dried fish market . and then Check out & transfer to airport.

Sebarang Perubahan iti bole berlaku bergantung pada cuaca dan keadaan tempatan dan juga kesesuaian tiket penerbangan masing masing.

Itulah dia pakej termurahhhh yang CN nak bagitau. Siap tiket penerbangan, hotel & transport sepanjang lawatan. Jimat tau dan pula dah ada tourist guide yang akan bawa uolls berjalan-jalan. Kalau CN, terus je rembat 10 seat! Naseblah CN memang orang sana. hahaha.. Okaylah, jumpa lagi ya.

Nak booking, nak tanya2, sila klik link whatApps >> CHEGUNINA

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149