Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Friday, 10 May 2024

01 Zulkaedah 1445H - Happy Anniversary!

Assalamualaikum, selamat siang semua! 

8 tahun lepas CN ada cerita menjelang 01 Zulkaedah. Ada apa dengan tarikh 01 Zulakedah ni?  Sebenarnya tarikh keramat itu adalah tarikh pernikahan CN dan suami. Tarikh masihinya adalah 09 Oktober. Happy anniversary en. Suami! 



Alhamdulillah, kini dah 14 tahun kami bersama. Namun masih belum direzekikan zuriat. InsyaAllah ada rezeki dariNya. Rezeki Allah itu luas. Ia akan datang pelbagai cara yang telah diatur siap2 untuk kita. InsyaAllah.. 

Tapi.. 
CN nak bagitau ni, awal tahun hari tu CN sebenarnya telah disahkan hamil. Due 1 Oktober - sangat hampir dengan anniversary masihi kami. Lembaran baru buat kami berdua setelah TTC 13 tahun. Ya, banyak yang kami telah lalui untuk dapat merasai pengalaman mempunyai penghuni dalam rahim ini. Nanti CN kongsikan pengalaman TTC CN ye. Mana tahu bermanfaat untuk geng pejuang 2 garis. 

Namun begitu, kandungan CN hanya bertahan 17 minggu sahaja. 2 minggu lepas  CN telah keguguran. Air ketuban pecah sebelum tempohnya dan baby telah keluar dengan cukup sifat - jari kaki dan tangannya comel2. Muka, hidung, telinga semua cukup. Mulut senyum je (mungkin tahu dia akan terus ke syurgaNya). Sempat CN tengok  sekejap anak syurga ini sebaik sahaja diteran keluar. 

Sedih? Pilu? 
Hanya Allah tahu perasan CN dan suami. Mungin sebagai lelaki, en. Suami tak tunjuk kesedihan depan CN, tapi CN tahu dia pun bersedih juga. 

Murung? 
Ya, pasti ada masa2nya jadi. Tapi CN bertuah ada keluarga dan sahabat yang membantu. Ada seorang sahabat CN (yang juga seorang doktor), dia risau sangat CN jadi kemurungan. Selalu juga dia whatapps CN untuk beri kata2 semangat dan link2 yang membantu. Dia kata CN tak keseorangan, ramai yang lalui pengalaman macam ni, jangan salahkan diri. 



Ini pula CN reply whatapps beliau. 

"Tq beb. Aku redha apa yg jadi. Cuma kdg2 biasala, akan terpikir kenapa benda ni jadi. Salah aku ke? Mcm sebelum ni, aku cuba muhasabah diri. Cp pun sentiasa tlg aku sedar balik. 

Beruntung kita dilahirkan islam, masih igt Allah. Qada dan qadarNya." - Thank you sahabat kerana sentiasa ada dengan CN. 

Ya, beruntung kita sebagai seorang Islam. Kita rukun Islam dan rukun Iman yang dipasak dalam jiwa kita sejak kecil. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat ini. Terima kasih atas ujian ini, aku tahu ujian diberikan kepada orang yang mampu hadapinya sebelum Kau berikan nikmat dan rezeki yang lebih baik untuk kami. 

Sekarang CN masih dalam tempoh berpantang, kena sihatkan diri untuk teruskan kehidupan dan aktiviti seharian. Moga sahabat dapat doakan CN dan suami diberi kekuatan dan sentiasa bahagia dunia hingga ke syurga. Aamiin.. 

#pejuang2garis
#ttc

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
Hanina Sulaiman 
SMS/Call/WhatApps : 019-3010149 
Link Whatapps: www.wasap.my/60193010149/tupperware Promosi Stock Clearence : https://t.me/TupperwareKatalogLatest

Wednesday, 4 October 2023

Scammer buat hal!

Hi, Assalamualaikum uolls. 

Lama tak masuk sarang, ada yang masih ingat ke blog kami? Hahaha... Korang mesti pernah kena kacau dengan scammer kan? Baru2 ni CN kena pulak dengan scammer Telegram. First time tau CN kena, sebelum ni banyak la dapat call & SMS. Kali ni melalui Telegram pula. Adoi, macam2 orang zaman sekarang kan?

Scammer Telegram yang CN kena macam ni cerita dia. CN check la mesej dari Telegram yang mana biasa CN guna untuk bisnes sahaja. Jarang la buka Telegram kalau saja2. Tiba2, ada salah seorang dalam contact list CN mesej dan bagitau gambar CN digunakan dalam 1 group Telegram. Masa tu dok ingat gambar kami jual Tupperware ka apa, orang dok guna untuk scam pelanggan. Memang tak pikir apa lah kan. Lepas tu si scammer siap kata, dia tak boleh nak screenshot telegram tu sebab private. Jadi CN kena klik link yang dia bagi untuk join group. CN pun mula lah nak marah dengan orang yang "guna" gambar CN tu. 


Tapi.. tiba2 CN terpikir. Eh, mana pulak dia ni kenal muka CN sedangkan kami tak pernah jumpa. Pelik kan? Hati CN yang selalu bertindak ibarat detektif pun terus mengatakan ada something wrong somewhere. Chewahhhh...

CN pun terus google dengan kata kunci "Scammer Telegram Klik Group". Tu dia... terus keluar benda ni. Kalau nak baca, klik link tu atau buat carian kata kunci atas tu. Senario yang sama macam CN lalui! Perghhh.. terus darah naik kepala! 

Ya Allah, nasib baik Allah kurniakan kesedaran pada CN. Kalau tak, mesti CN jadi mangsa penipuan scammer durjana. Korang pun hati2 tau. Macam2 taktik diorang ni. Makin lama makin upgrade. Moga kita semua dihindari dari tipu daya manusia, fitnah dajjal dan segala muslihat iblis. Aamiin..


Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
Hanina Sulaiman 
SMS/Call/WhatApps : 019-3010149 
Link Whatapps: www.wasap.my/60193010149/tupperware 
Promosi Stock Clearence : https://t.me/TupperwareKatalogLatest

Tuesday, 19 July 2022

Salam Lebaran : Hari Raya Qurban 1443H

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, berlalu sudah hari raya qurban tahun ini. Macam mana hari raya korang tahun ni? Mesti lagi seronok dah meriah daripada raya PKP kan. Hehehe..



CN tahun ni nak kata meriah, boleh la berbanding 2 tahun lalu. Tapi agak suram kerana ada ujian buat keluarga kami tahun ini. Pada hari raya ke-8, bapa mertua tiri CN telah dijemput Illahi. Masa tu CN ada di Selatan, dapat berita terus kami bergegas balik ke Utara. Agak kalut juga, namun apakan daya. Allah yang tentukan segalanya.

Manakala seminggu menjelang hari raya qurban pula, bapa mertua CN diuji dengan masalah kesihatan sehingga memerlukan pembedahan. Jadinya, raya biasa2 sahaja tahun ini. Tak apa lah, asal masih dikelilingi oleh ahli keluarga, itu dah cukup best untuk CN. Semoga hari2 korang lebih meriah & berbahagia disamping orang tersayang. InsyaAllah.



Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
Hanina Sulaiman 
SMS/Call/WhatApps : 019-3010149 
Promosi Stock Clearence : https://t.me/TupperwareKatalogLatest

Friday, 8 April 2022

Ramadhan Era Endemik

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

Alhamdulillah sejak 1 April 2022 hari tu Malaysia telah beralih dari fasa pendemik ke fasa endemik. Bukan bermakna kita dah bebas dari C19 tu ya, tapi kita lebih "bebas" dari beberapa perkara. Pasti ramai gembira dengan berita ini. 


2 tahun umat Islam menjalani ibadah puasa & beraya di rumah tanpa ada orang lain di sekeliling. Hanya keluarga kecil menjadi peneman kita. Macam CN, kami beraya berdua sahaja bagi tempoh 2 tahun ni. Dah ala2 orang duduk oversea tau. Nasib baik la senang nak jumpa ketupat dan rendang. Sedar diri jugaklah masih berpijak di bumi Malaya ni. Hehe.. 



Dengan peralihan fasa ini, alhamdulillah kita dapat menunaikan terawih di masjid dan surau malah InsyaAllah akan dapat pulang beraya di kampung halaman. Dengan itu, CN nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa tahun ini. Rebut peluang beribadah yang kita terpaksa lepaskan 2 tahun lalu, sila "balas dendam" dengan hadirkan diri untuk berjemaah di masjid dan surau. Rebut juga peluang untuk bersedekah. Hulur sehari 1 slot sedekah juga boleh, ikutlah kemampuan kita. Yang penting niat & keikhlasan kita. ;)



Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
Hanina Sulaiman 
SMS/Call/WhatApps : 019-3010149 
Promosi Stock Clearence : https://t.me/TupperwareKatalogLatest

Tuesday, 16 November 2021

November Tupperware Suprise Sale!!

Assalamualaikum semua. 

Malam tadi Tupperware start buat Suprise Sale. Untuk 2 hari saja. Saja CN nak share kat sini kot ada yang minat & sempat grab promo best ni. Cekidauttt!


Klik banner ni ;)









Ini link untuk buat pembelian ye: https://shop.tupperwarebrands.com.my/?ref=1268598

Kalau ada yang kurang faham atau terlepas promo, boleh wasap aje CN. Kalau ada rezeki, insyaAllah CN bagi ikut harga promo. 😎


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
Hanina Sulaiman 
SMS/Call/WhatApps : 019-3010149 
Promosi Stock Clearence : https://t.me/TupperwareKatalogLatest