Assalamualaikum,..
Apa khabar anda semua? Semoga anda sentiasa sihat dan ceria menjalani kehidupan harian. Saya ingin berkongsi tentang kisah menjaga hati untuk tatapan anda. Kenapa "Menjaga Hati"? Mari teruskan bacaan anda.
Menjaga hati. Perkataan yang selalu sangat kita dengar dalam menjalani kehidupan harian. Biasanya ia berbunyi...
1. Saya kena jaga hati si polan..
2. Dia tu sensitif sikit, kita kenalah jaga hatinya
3. Awak kena jaga hati saya elok2, kalau tak....
Alahai, anda terlalu sibuk dengan "menjaga hati" orang lain tetapi siapa pula yang akan jaga HATI anda? Apa yang anda benar-benar faham tentang menjaga hati?
Apa itu HATI?
Hati sering dikaitkan dengan CINTA dan seringkali orang tersilap tentang hati dan jantung. Cuba tengok dalam gambar dibawah. Kenali hati dan kenali jantung anda.Kedudukan hati dan jantung |
Kalau anda nak tahu, hati merupakan satu organ terbesar dalam badan manusia dan ia juga adalah unik. Tang mana yang unik? Keunikan hati adalah ia berkeupayaan membina semula. Senang cerita, hati mampu memperbaiki organnya sendiri melainkan apabila ia gagal berfungsi 100%.
Bahagian2 pada hati |
Penting sangat ke hati dalam tubuh kita?
Setiap kejadian Allah pasti ada kegunaannya dan ia menjadi suatu nikmat yang patut disyukuri. Oleh itu, kita patut kenal hati dan fungsinya agar kita dapat mensyukuri nikmat Allah dengan lebih baik. Berikut adalah fungsi hati.1. Rembesan Hempedu
Cecair rembesan ini disimpan dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah penting untuk pencernaan lemak dengan cara memecahkan lemak kepada lapisan yang lebih kecil. Ia juga membantu dalam proses penyerapan vitamin larut lemak (A,D,E,F,K) dab membantu mengasimilasikan kalsium.2. Bertindak sebagai detoksifikasi
Metabolisma protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.3. Mengawal paras gula dalam darah
Menukarkan tiroksina (hormon tiriod) ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiriodisme. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen dan insulin4. Penting dalam metabolisma lemak
ah tidak berfungsi dengan baik? Semua lelemak, protin dan lain2 akan mula tersangkut dimana-mana. Maka mulalah muncul penyakit2 yang tak sepatutnya tu. Pastinya anda tidak mahu menanggung penyakit sebegini kan?
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk memastikan hati kita sentiasa dalam keadaan baik. Saya akan terangkan pada entri akan datang ya. Sementara itu, mari kita mula berazam untuk menjaga hati masing-masing. ;)
Salam mesra,
Hanina Sulaiman
0194725475/0193010149
No comments:
Post a Comment