Mood raya kembali lagi!! Alhamdulillah, Aidil Adha akan menjelang esok. Tak sabar nak beraya. Terbayang-bayang pula ketupat, rendang, kuah kacang dan sebagainya.Kecur dan berkeroncong perut jadi nya.hehe..
Puasa Sunat Arafah
Eh, hari ini saya berpuasa sunat Arafah. Salah satu puasa sunat yang ramai umat Islam nantikan. Apa itu puasa sunat Arafah? Puasa sunat Arafah ini merupakan puasa sempena ibadah wukuf yang dilakukan oleh jemaah haji menjelang tanggal 10 Zulhijjah keesokkannya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang puasa sunat Arafah dan niatnya, boleh klik >> DISINI
Patutlah perut keroncong, puasa rupanya.hehe...
Jom intai-intai menu untuk esok.. survey dan request kat mummy, best kan?hehe..
Menu impian Aidil Adha |
Dah setting baikkk |
Makanan raya orang lain...ni pinjam je..kikiki... |
Seronoknya bila fikirkan esok bakal menjamu juadah macam gambar atas tu. Nampak macam melampau tak?hehe..
Dikesempatan ini, saya nak ucapkan selamat hari raya Aidil Adha buat semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Aidil Adha tahun ini dapat memberi kesedaran dan pengertian yang mendalam buat kita semua. InsyaAllah..
Salam Mesra,
Hanina Sulaiman (ID: 888945)
0194725475/0193010149
No comments:
Post a Comment