Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Friday 10 March 2017

Perasmian UTC Kelantan

Assalamualaikum,

Kepada rakan-rakan pembaca yang berada di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, saya ada berita baik untuk kalian. Pejabat JobsMalaysia kini sudah berada di UTC Kelantan. UTC Kelantan ni telah mula dibuka kepada orang ramai pada penghujung tahun 2016. Waktu operasi bermula jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam, setiap hari kecuali cuti Umum. Kebiasaannya di UTC ni terdapat pelbagai agensi kerajaan yang popular seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran dan JobsMalaysia. Senanglah kalian nak renew pasport atau cari peluang pekerjaan lepas ni.

Pintu Masuk UTC Kelantan
Perasmian UTC Kelantan akan diadakan pada 12 Mac 2017 yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Bersempena dengan majlis perasmian tersebut, satu Karnival Pekerjaan anjuran JobsMalaysia akan dilangsungkan.

Tarikh :
12 Mac 2017 (Ahad) (10.00 pagi hingga 7.00 petang)
13 Mac 2017 (Isnin) (9.00 pagi hingga 5.00 petang)
Tempat :
Perkarangan Tempat Letak Kereta
Berhadapan dengan UTC Kelantan
Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan
Jalan Hamzah, (Belakang KB Mall)
15050 Kota Bharu

Antara aktiviti yang akan diadakan:-
  • Temuduga terbuka oleh majikan swasta
  • Klinik Kerjaya
  • Bakat & Demo
  • Pertandingan membaca berita
  • Pertandingan Lukisan Seni Kreatif
Banner Promosi

Buat rakan-rakan yang masih mencari pekerjaan, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jom Datang beramai-ramai. Info lanjut boleh layari Facebook JobsMalaysia.

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

No comments:

Post a Comment