Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Saturday 8 July 2017

Projek Telekung

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari kita dah masuk Syawal yang ke-14 (kalau tak silap saya) bagi tahun 1438H. Macam mana sambutan lebaran kalian? Saya sekeluarga biasa2 saja. Bercuti seminggu untuk balik kedua2 kampung saya dan suami iaitu Johor dan Penang. Amboi.. utara selatan gitu ya!hehe..

Siang tadi saya dan suami beraya lagi. Almaklumlah di Malaysia ni kita kan raya sebulan. Sepanjang bulan Syawal jangan hairan lah kalau setiap hujung minggu pasti ada sahaja jemputan runah terbuka. Tak terbuka pun kami bukakan a.k.a. serbu jugaklah. Kikiki... sebaik sahaja pulang dari rumah terbuka, kami singgah ke Tesco untuk membeli sedikit barangan dapur yang masih tak cukup2.

Kami sampai di Tesco dah masuk waktu asar, kami bersolat dulu di surau yang disediakan. Alhamdulillah, selesa dan kelengkapan mencukupi. Di surau ni juga saya terjumpa sesuatu yang dah lama sangat saya tak nampak. Jeng..jeng..jeng.. apa dia ya?

Saya biasanya bawa telekung sendiri kalau berjalan2, sebab nak lebih selesa dan senang tak payah berebut dengan orang lain. Tapi kali ni terlupa. Jadi saya guna sajalah kemudahan yang disediakan. Eh..eh.. ada label lah..Inilah dia telekung yang dijahit dengan label Projek Telekung.

Label Projek Telekung

Apa itu Projek Telekung?

Nanti kejap saya google ye..

Saya teringat masa kakak saya terlibat dengan projek ni. Kalau tak silap saya, projek ni adalah khidmat komuniti bebas, yang secara sukarela membersihkan telekung di surau2 awam. Mereka akan mengantikan telekung simpanan mereka dan bawa balik telekung yang sudah dipakai oleh orang awam untuk dibersihkan. Seusai dicuci bersih dan dikeringkan, telekung tersebut akan dijahit dengan label seperti digambar bagi menandakan projek telekung telah dilaksanakan.

Murni kan usaha mereka? Semoga mereka yang terlibat dalam projek ini sentiasa mendapat pahala berpanjangan dan juga mendapat ganjaran dunia dan akhirat. Aamiin..

Okay lah, sampai sini saja omelan saya. Nanti bila ada kelapangan saya coret2 lagi. Assalamualaikum

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

No comments:

Post a Comment