Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Monday 6 November 2017

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Assalamualaikum,

Ni set Pakcik Kenny offer
Hi semua. Lama kan tak dengar kabar saya? Hehehe... Perasan sungguh ada orang nak stalker blog dia. Ok la, ngaku blog kite tak glamer.. huhuhu..

Tak kisah la kan, yang penting hari ni saya nak share resepi hujung minggu yang saya dah try. Gara-gara ada promosi hebat pakcik Kenny buat, kami laki bini pun seboklah juga nak meramaikan restoran pakcik Kenny.

Tapi angan-angan aje lebih, sudahnya kami berhujung minggu di rumah saja. Jadi sebagai seorang isteri yang baik.. (kikikiki), saya decide nak buat sendiri memandangkan bahan masakan macam banyak kat rumah ni. Sebenarnya resepi ni bukanlah hasil ciptaan saya. Saya ambil 100% dari SirapLimau ni. Alhamdulillah selesai meniru & langsai dikunyah sehingga ke titisan akhir. Ewah..


Bahan-bahan:
1) Seekor ayam 1kg+

Bahan Kisar:
2) 2 biji bawang besar
3) 4 ulas bawang putih
4) 1 inci halia
5) 1 kiub ayam knorr / maggi
6) 2 sudu serbuk lada hitam
7) 1 senduk kecil sos black pepper
8) garam 1 sudu teh
9) gula 1 sudu makan
10) air 100ml

Bahan Perap:
11) 2 sudu madu (optional)
12) 3 sudu minyak zaitun
13) 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

Gambar semasa penyediaan memanglah saya tak ambil. Kalau nak tengok gambar2, bolehlah jenguk laman asal yang saya kongsikan tadi ya. Sebijik sama macam saya buat. Bab timbang & sukat, saya ikut asal boleh aje. Tapi memang jadilah.. Jadi, korang nak try resepi ni jangan takut nak campak2 aje. hehehe..

Cara-caranya:

1. Potong & Bersihkan Ayam
Mula-mula, bersihkan ayam. Anda boleh potong 4 atau tak payah potong. Jika ia tak dipotong, jangan lupa masukkan sedikit bahan perapan ke dalam ayam nanti.

2.Kisar Bahan
Kisarkan semua bahan yang bernombor 2-10 seperti dalam senarai di atas menggunakan ‘blender’.

3.Perapkan Ayam
Campurkan bahan perap iaitu madu, minyak zaitun, dan mixed herbs / oregano bersama bahan kisar dan gaulkan di dalam bekas. Tuang semua bahan ini ke dalam ayam dan lumur rata. Tutup bekasnya dan perap dalam 2 jam dalam peti ais di bahagian chill.

4. Masak
Terdapat 2 cara untuk memasak ayam panggang ini. Pilihlah yang mana mudah dan sesuai dengan selera masing-masing.

A) Periuk High Pressure / Pemanggang Ajaib
Kalau menggunakan periuk jenis ini atau yang seangkatan dengannya, anda boleh memasak ayam tadi selama 30 minit. Selepas itu, ‘stir fry’ dengan sedikit minyak di atas kuali untuk mendapatkan hasil kerangupan dan rasa panggang yang sedap.

Ketuhar / ‘Oven’
Jika anda ingin menggunakan ‘oven’, panaskan pada suhu 180’c-200’c. Gunakan api atas bawah. Bakar selama 1 jam – 1 1/2 jam sehingga masak. Selepas 1/2 jam pertama, siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit supaya ayam tidak kering.
*Suhu ‘oven’ bergantung pada saiz oven. Kalau saiz ‘oven’ lebih besar, gunakan suhu yang lebih tinggi.

5. Siap!
Apabila siap, bolehlah cuba lihat isi dalamnya sama ada cukup masak. Aromanya memang harum, lebih-lebih lagi dengan campuran pelbagai rempah. Sekarang dah boleh dihidangkan. Mudah, bukan?

(kredit lagi sekali kat SirapLimau dan tuan punya resepi)

Nak tunjuk hasil air tangan saya tak? Jeng..jeng..jeng...

Ayam Panggang CheguNina. Eh, saya la tu.. Siap dah potong lagi..

Dipadankan dengan Nasi Goreng Carrot + butter dengan koktail epal+oren gaul dengan sos Thousand Island
Amacam? Ada berani nak cuba resepi ni?hehe.. Kalau dah cuba, meh tepek kat komen.
Ok, bai...

Fast Action, Fast Result!
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

No comments:

Post a Comment