Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Tuesday 19 December 2017

Trip CN : Ke Bandung Kita 4H3M

Assalamualaikum,

Hai semua. CN baru saja balik dari makan angin ke Kota Kembang, Bandung. Tu yang macam semangat aje nak menaip entri ni. Almaklumlah, CN ni angin malas update sangat cepat menyapa. Siapa yang biasa follow blog CN, memang dah masak dah. Cadang buat 4 part, last2 tinggal 1 part aje di publish. hahahaha.. Jadi nak elak benda lama tu jadi lagi, CN nak curahkan semua sekali jalan. ;)

Okay, trip CN ke Bandung ni adalah trip yang kedua. Kali pertama pada tahun 2014, masa tu CN ke sana seramai 4 orang (CN, hubby & 2 kakak opis). Kali ni trip CN seramai 8 orang (CN, hubby, pak & mak mertua dan 4 orang keluarga kak ipaq). Trip kami ni nak kata 4H3M takde lah sangat. Rasanya lebih elok dipanggil sebagai 2H3M. Aik??? Sebabnya, kami mendarat di Bandung dah jam 2000hrs waktu bandung dan balik ke KL 0830hrs. 2 hari fullday untuk jalan2.

Hari Pertama (14.12.2017)


Airport Bandung
CN sekarang dah duduk berhampiran Putrajaya. Jadi untuk ke KLIA2 CN & hubby naik KLIA Transit (RM 9.60/seorang/sehala). Family member yang lain naik kereta & parking di KLIA2. Kenapa CN naik kat Putrajaya Sentral? Sebab parking di Putrajaya Sentral murah aje. RM2 untuk siang dan RM4 untuk malam. Kiranya RM6 untuk sehari. Lagipun, CN berdua aje ngan hubby, naik KLIA Transit jimat wang2.

Flight kami yang dijadualkan jam 1800hrs waktu Malaysia, dilewatkan kepada 1830hrs. Alhamdulillah, tepat jam 1830hrs waktu Malaysia kami terbang menuju ke Bandung. Dalam flight macam biasa, CN akan beradu. zzzzzz.....


Kampiun Bistro
Jam 1930hrs waktu di Bandung, kami mendarat di Husien Sastranegara International Airport, Bandung. Eh, jangan keliru ya. Tempoh penerbangan KL-Bandung memakan masa 2jam. Kalau tengok angka jamnya, nampak macam sekejap aje kan? Hehehe.. Gitu gini, gitu gini urusan imigresen dan bagasi, jam 2000hrs barulah kami melangkah keluar dari bangunan airport. Supir yang telah CN deal sebelum trip pun dah sedia menanti. Kalau dulu2 orang bawak sepanduk tulis nama kita kan? Sekarang guna handfon aje display nama guest. Dari jauh CN nampak tulisan "Kak Hanina" yang dipegang oleh pak supir. (tak dan nak tangkap gambar sebab busy sangat lalulintas nak keluar airport)

Kalau korang takut terputus hubungan dengan family di kampung tu, boleh lah nak beli simpack Indonesia. Hubby beli Simpack ni dengan harga IDR 30k (6 GB). Tapi pak supir kata mahal, sebab kalau beli kat luar boleh dapat murah. Agaknya ni harga airport la.. Lupa pulak, pak supir kami namanya Miftah, umur 30 tahun masih belum berpunya. Siapa2 mau kenal, boleh aja PM beliau direct. hahaha..

Mutiara Hotel Bandung
Memandangkan kami ramai trip kali ni,  CN deal kenderaan jenis Van Toyota Hi Ace 12 Seater. Besar dan selesa buat kami berlapan. Memandangkan hari dah malam, Miftah bawak kami ke restoran untuk isi perut yang sudah keroncong. Destinasinya adalah Kampiun Bistro. Peh... memang best. Siap ada live band lagik. Makanan pun cun2 serve dia & sedap. Recommended! Cuma agak mahal, sesuai dengan fasiliti & decoration restoran. Kalau nak try, silakan.

Next, kami terus menuju ke tempat penginapan kami untuk 3 malam iaitu Hotel Mutiara Bandung. Lokasi tak jauh sangat dari airport. Fasiliti okay & siap sarapan. Harga berpatutan. Kami ambil 2 bilik berempat. Ngam2 1 bilik 4 orang boleh tidur, tak payah tidur kat lantai. Hehehe..

 Next kita sambung lagi...

Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

No comments:

Post a Comment