Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Friday 19 January 2018

Trip CN : Ke Bandung Kita 4H3M (Part 3)

Assalamualaikum

Hello2... Lama tak dengar berita kan? Hehehe... Ni CN nak sambung pasrt 3 ni, ada sudi nak baca dop? ;) Jom layan!!

Hari Ketiga ni, cadangan nak bershopping aje.
- Pasar Baru Trade Centre
- Kartika Sari
- Makan
(Eh, sikit kan? Nanti CN cerita pesal)

Pasar Baru Trade Centre

 

Suasana di Pasar Baru

Hari ketiga, kami teruskan lawatan untuk bershopping. Pada mulanya Mak & Pak Mertua CN takmau shopping2. Nak jalan2 aje. Tapi memandangkan cuaca asyik hujan, terpaksalah mereka masuk ke shopping complex. hihihi... Hah, kat sinilah bermula kesedihan melanda CN. Sob..sob..sob...

Uolls ingat tak entri CN sebelum ni? Ala, yang CN cakap gi Rumah Sulam Pxxxxx (RSP) tu... Yang CN kata harga beza angat tu... Tak ingat Klik ni >>

Uools nak tahu, kain sulam yang macam kat gambar tu, kat RSP IDR 200k, kat Pasar Baru ni hanya IDR 150k. Telekung SK kat RSP IDR 250k, kat Pasar Baru hanya IDR 120k. Material? Corak? Semua sama. Huwaaaaa... Bayangkan kami memborong hari sebelum tu berapa banyak? Boleh jimat banyak tau. Huwaaaaaa lagi sekali. Bertabahlah CN.. (En.suami pun tersenyum2 kelat tengok. Hahaha...)

Kat Pasar Baru ni best, macam2 ada. Ada kain pasang, kain sulam, segala kain, telekung, tshirt, souvenir, kerepek bagai, insyaAllah ada & harga murah. Kalau tahun dulu CN pergi sana jalan sendiri aje. Takde orang bawak. Kali ni, Pasar Baru dah siapkan tourist guide mereka. Jadinya tiada isu pencopet, isu kena tipu, isu harga mahal. Lagi best, tour guide mereka akan bawak ikut kehendak kita. Info kedai mana murah, kedai mana bagus, harga paling berpatutan berapa, kalau ditawarkan harga begini, sila tolak. Nanti akan dibawa ke kedai yang berpatutan. Bayangkan key chain 10pcs, CN boleh dapat IDR 10k aje (RM 3), berbanding beli kat luar 30pcs IDR 100k. Wakakakaka...

Memang best la. Thumbs up atas usaha pengurusan Pasar Baru untuk menaikan nama mereka. Then, makan time!

Kartika Sari


Ni lah Bolen. Nampak cam biasa je kan? Tapi sedap tau


Bagelen ni pun sodap. Recommended!
Mula2 mak mertua CN tak mau datang sini, sebab katanya kedai kek biasa. Tapi disebabkan kami banyak masa, iyelah kan seharian nak shopping apa aje kan. Jadinya belah petang CN dapat juga jejak Kartika Sari. Kami suami isteri memang dah ada target (walaupun dalam kocek dah takde duit IDR, sanggup loan ;)

Apa yang best kat Kartika Sari ni?
- Bolean
- Brownies

Yang mana satu best? Ala, yang ni CN tak reti jawab, sebab semua sedap dan unik. Uolls kalau pegi, beli la sorang sikit buat rasa. Bukan senang nak dapat tau. Kat Malaysia takde. Hehehe...

Ayam Penyet Delivery


Cantik kan pacaking diorang?
Hah, jangan tak tau. Kat Bandung ni pun boleh buat order delivery tau. Makan terakhir kami di Kota Bandung, masing2 dah penat balik shopping. Awal kami balik hari tu, seingat CN sekitar jam 5 dah start memerap dalam hotel. Kemas2 apa yang patut Mak Mer kata. I follow aje la. kikikiki...

Ni isi paket tu..

Jadi makan macam mana? Dah la hotel tu jauh dari tempat2 makan. Ada yang dekat tapi sebab hujan & ada budak kecil, susah juga la nak melangkah kan.. Akhirnya Miftah (supir) bagi option paling best. Katanya, delivery aja buk. Eh, bisa ya? Dan malam itu kami makan bungkus saja. Order dibantu oleh Miftah. Hehehe.. Ni la bentuk kotak makanan mereka. Nak kemas & rasanya memang syiok. Harga lagi lah murah. Jimaattt ya ampun berbanding makan di restoran. kikikiki...

Baiklah, cerita cuti2 di Bandung sudah tamat. Esoknya, pagi2 kami dah terbang balik ke Malaysia. Singkat sangat percutian kali ini tapi sangat memberi kenangan yang indah buat CN & family sebelah suami. InsyaAllah ada rezeki kita fly2 lagi. ;)


Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

No comments:

Post a Comment