Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Tuesday 27 March 2018

Perth... apa yang ada?

Assalamualaikum,

Hai semua. Ingat tak hari tu CN ada up entri pasal trip ke Perth? Ala, yang ni >>  KLIK2... Ha, kali ni CN nak bagi bagi info pasal tempat lawatan yang menariki kat Perth nu. Pasti ramai yang nak tau kan? Apa lagi, meh le kite...

Apa yang ada kat bandar Perth ni? Ha, jangan tak tau, kat bandar Perth ni ada bangunan cantik2 tau. Kalau senja, lampu kelap kelip menghiasi jalan. Sangat cantik untuk ambil gambar. Antara tempat yang dicadangkan adalah:-

Bell Tower

Merupakan tempat wajib pergi jika anda ke Perth kerana ia merupakan antara land mark bandar Perth. Bell Tower ni merupakan alat instrumen muzikal gergasi yang terdiri daripada 26 loceng carillon. Loceng-loceng di menara ni bukan sebarang loceng tau! Ia boleh menghasilkan irama lagu-lagu terkenal dan kebangsaan Australia. Wow. Sambil-sambil mendengar alunan irama loceng-loceng carillon ni, anda juga boleh menikmati pemandangan indah bandar Perth di tingkat 6 menara.


Kings Park

Taman dalam bandar Perth ni merupakan antara taman yang terbesar dan terindah di dunia tau. Dibuka kepada umum dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang, isnin-jumaat dan ditutup pada hujung minggu. Boleh lah bawa family atau kawan-kawan berkelah di sini. Kings Park & Botanical Garden menempatkan lebih daripada 3000 jenis flora yang unik dan 3/4 dari 400 hektar (keluasan taman) telah dipelihara sebagai tempat pemuliharaan kepelbagaian biologi. Well done Australia government atas effort yang bersungguh-sungguh memulihara alam sekitar. 


Watertown Brand Outlet

Heaven untuk kaki shopping, jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di Watertown Brand outlet! Ada berpuluh outlet barangan berjenama yang boleh anda masuk di sini, harga nya for sure lebih murah berbanding di kedai-kedai dan shopping mall di luar. Anda boleh pilih apa je barang yang anda nak, dari outlet yang mejual buku, games, hand bag, pakaian, kasut, hadiah, barangan rumah, hingga barang kemas dan barangan kecantikan.


Caversham Farm Show

Ni adalah tempat wajib singgah kalau anda suka sangaat nak jumpa kangaroo, koala, wombat, penguin dan haiwan-haiwan lain yang super cute. Banyak aktiviti menarik di sini tau! Anda boleh join farm show, Molly farm, bermesra dengan wombats, bergambar dengan koala dan bagi makan kangaroo. Semua show, pengalaman interaktif, peluang bergambar dan beri makan haiwan di sini telah termasuk dalam harga tiket masuk.


Fremantle

Rasanya Fremantle antara tempat yang sering jadi sebutan pelancong. Bukan apa, di sini sahaja banyak tempat yang boleh dicover untuk jalan2. Dan jang terkejut, tempat paling orang suka kunjungi adalah pasarnya! Pasar ini terletak berhampiran dengan Pelabuhan Fremantle. Banyak terdapat kedai-kedai yang menjual makanan, barang basah, aksesori dan kraftangan tempatan. Kira2 ni tempat shopping la jugak.

Selain pasar Fremantle, korang juga boleh lawat 
- Monument Hill 
- Fremantle Prison 
- EShed Market  
- Kailis Fish and chips (Tempat makan Halal) 

Nota: Fremantle Market & EShed Market hanya buka pada Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja ya. Jangan beli tiket yang tak kena hari pulak. Nyosal u...


Makanan kat Kailis Fish & Chips.. huwaaaa nak rasa!!

Tempat lain yang korang boleh lawat adalah The Margaret River Chocolate & The House of Haney. Ni tempat shopping yang mengenyangkan sebab tester sampai kenyang. Ada yang kata makanlah sampai lobam. Tak beli pun takpe katanye... kikiki..

House of Honey

The Margaret River Chocolate

Blue Boat House ni pun orang Malaysia suka. Siap bertur panjang nak amik gambar. kikiki

Seronok tak CN dah ajak makan angin ni? Nak lagi seronok, jom la kita terbang ke Perth dan rasai sendiri keseronokkan sendiri. Nak detail trip yang CN buat, sila2lah roger CN. Don't shy2.. 

P/s: Kalau join trip CN, tempat2 ni dah cover tau. Ada jugak yang CN tak masukkan. banyak nau...


Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

No comments:

Post a Comment