Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Thursday, 13 July 2017

Sambutan Hari Raya SHOM

Assalamualaikum,

Wah...meriah sungguh sambutan Hari Raya SHOM semalam. Mau tak meriah, para CDM yang menjadi mentor bisnes kami telahpun diberikan imbuhan besar. Ni kira2 macam angpow besar la dari syarikat untuk mereka yang bersusah payah membina empayar perniagaan. Dengar2 paling sedikit angpow dah lebih RM 2,000. Ada yang dapat 5 ANGKA GEMOK!! Bestnya.... blink2 mata kami tengok angka2 yang diberitahu. hehe..

Selain dari angpow besar, anak2 ahli yang cemerlang dalam peperiksaan juga diraikan. Alhamdulillah, SHOM tak pernah lupa untuk berkongsi rezeki dengan kami. Terbaik!!

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Monday, 10 July 2017

Bersantai dengan Hijab by RR

Assalamualaikum
Hai, selamat hujung minggu. Masih ingat tak entri saya tentang Hijab by RizmanRuzaini? Ala ada 3 jenis shawl cun melecun tu.. Kalau tak ingat, mari review SINI

Bukan apa, kali ni saya nak tunjuk gambar saya pakai shawl Hijab by RR. Pakai masa cuti raya hari tu, cuma saya pakai bukan masa beraya. Saya pakai masa bersantai aje. Sebab baju raya kaler tak seswai...hehe..
Raya kat bendang ye..

Macam naik beca la kononnya..hehe..
Amacam, cun tak saya gayakan? Sebenarnya, shawl ni adalah instant shawl. Hanya perlu sarung dan pin seketul dua, dah siap. Ikutkan tak payah pin, tapi saya nak adjust labuh shawl tu, kenalah pin sikit.
Bila dah merasa pakai shawl ni, saya sangat berpuas hati. Kenapa?

1. Shawl Hijab by RR ni rekabentuk memang dah cantik.
2. Kain tebal, tak jarang. Rambut cacak pun xkeluar.kikiki
3. Labuh. Ha.. ni memang part yang best. Anda besar ke kecik ke, nak pakai shawl ni memang boleh sangat. Kalau badan anda saiz kecik, tarik je sikit2, adjust bagi singkat. Kalau saiz macam saya ni, nak singkat nak labuh, pin2 aja. Pokok pangkal, nak gaya rock, bak gaya biasa2,  nak gaya ustazah semua boleh.

Amacam? Ada minat nak sambar sehelai? Komen atau whatapps aje saya. InsyaAllah harga kasih sayang untuk pembaca semua. Sampai jumpa lagi..

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Saturday, 8 July 2017

Projek Telekung

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari kita dah masuk Syawal yang ke-14 (kalau tak silap saya) bagi tahun 1438H. Macam mana sambutan lebaran kalian? Saya sekeluarga biasa2 saja. Bercuti seminggu untuk balik kedua2 kampung saya dan suami iaitu Johor dan Penang. Amboi.. utara selatan gitu ya!hehe..

Siang tadi saya dan suami beraya lagi. Almaklumlah di Malaysia ni kita kan raya sebulan. Sepanjang bulan Syawal jangan hairan lah kalau setiap hujung minggu pasti ada sahaja jemputan runah terbuka. Tak terbuka pun kami bukakan a.k.a. serbu jugaklah. Kikiki... sebaik sahaja pulang dari rumah terbuka, kami singgah ke Tesco untuk membeli sedikit barangan dapur yang masih tak cukup2.

Kami sampai di Tesco dah masuk waktu asar, kami bersolat dulu di surau yang disediakan. Alhamdulillah, selesa dan kelengkapan mencukupi. Di surau ni juga saya terjumpa sesuatu yang dah lama sangat saya tak nampak. Jeng..jeng..jeng.. apa dia ya?

Saya biasanya bawa telekung sendiri kalau berjalan2, sebab nak lebih selesa dan senang tak payah berebut dengan orang lain. Tapi kali ni terlupa. Jadi saya guna sajalah kemudahan yang disediakan. Eh..eh.. ada label lah..Inilah dia telekung yang dijahit dengan label Projek Telekung.

Label Projek Telekung

Apa itu Projek Telekung?

Nanti kejap saya google ye..

Saya teringat masa kakak saya terlibat dengan projek ni. Kalau tak silap saya, projek ni adalah khidmat komuniti bebas, yang secara sukarela membersihkan telekung di surau2 awam. Mereka akan mengantikan telekung simpanan mereka dan bawa balik telekung yang sudah dipakai oleh orang awam untuk dibersihkan. Seusai dicuci bersih dan dikeringkan, telekung tersebut akan dijahit dengan label seperti digambar bagi menandakan projek telekung telah dilaksanakan.

Murni kan usaha mereka? Semoga mereka yang terlibat dalam projek ini sentiasa mendapat pahala berpanjangan dan juga mendapat ganjaran dunia dan akhirat. Aamiin..

Okay lah, sampai sini saja omelan saya. Nanti bila ada kelapangan saya coret2 lagi. Assalamualaikum

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Sunday, 18 June 2017

Video Tutorial Hijab by RizmanRuzaini

Assalamualaikum
Salam berhujung minggu. Pasti ramai yang tengah berpusus-pusu membuat persiapan menjelang Syawal kan. Tak sabarrrrnya nak raya!!

Alhamdulillah, ramai juga respon personal kat saya sebaik sahaja saya up entri pasal Hijab by RR dua hari lepas. Jadi hari ini saya kongsikan tutorial macam mana nak gayakan hijab cun ni..

Jom layan...




Macam mana, syiokkk tak?
Nak dapatkan berHijab by RizmanRuzaini boleh aje contact saya. InsyaAllah stok available cuma nak pakai untuk raya tak janji kalau lewat sangat mengordernya.

Okay lah, kita jumpa lagi. Kami beraya dengan Hijab byRizmanRuzaini tahun ni. Vogue gitu!!



Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday, 16 June 2017

Hijab by RizmanRuzaini : Tudung Raya Melecun!!

Assalamualaikum,

Hah, raya dah nak dekat ni, tapi persiapan nak cun melecun di pagi raya tak siap lagi? Jom tengok ni. Cantik2 tau hijab yang ditawarkan.

Stellina by RR


Essential+ by RR


Essential by RR

Cun kan?
Yang bestnya, setiap hijab yang dibeli ni akan menerima brooch RR yang eksklusif. Ala...brooch aje?? Eh, kalau nak tahu, brooch ni biasanya dapat kalau kite tempah baju rekaan RR yang meletops tu aje tau. Kalau dah designer popular, harga sepasang baju ofkos lah cecah ribuan ringgit kan. Ini kite dapat FREE dengan hanya beli sehelai Hijab by RR ni aje. Best ke BESTTT?

Jika anda nak dapatkan koleksi cun melecun ni, jangan lupa pm/wasap saya ye. InsyaAllah stok masih ada. Tapi tak tau la sempat pos ke tak kalau lewat sangat. Hehe..

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149