Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Friday, 6 February 2015

Lawatan ke Tapak Projek Cendawan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan mengikut rakan lama ke projek cedawan yang dikelolakan oleh syarikat ODC Sdn Bhd. Sudah lama saya mendengar tentang projek ini dan menanti peluang untuk melawati tapak projek cendawang ni. (Rakan saya panggilnya cendawang = cendawan jana wang)

Tepat jam 1.30 petang, kami bergerak dari Bandar Baru Uda menuju ke Ulu Tiram. Perjalanan makan masa dalam 45 minit. Setiba di sana, saya agak teruja dengan suasana rumah2 cendawan. Ada 4 buah rumah yang berfungsi sebagai tempat pemprosesan bermula dari kerja2 pembenihan sehinggalah menuai.

Semasa masuk ke rumah yang pertama, kami diberi penerangan tentang proses2 awal seperti memasukkan debu ke dalam beg plastik, mengukus dan meletakkan benih. Nak cuba buat juga, tapi belum cukup ilmu didada.hehe..

Rumah kedua pula menempatkan beg2 cendawan yang telah siap dan menunggu untuk dituai. Mengikut penerangan yang diberikan, setiap beg cendawan akan boleh dituai sebanyak 4 kali. Lepas itu, kene buat yang baru. Masa tuaian pula pada waktu pagi sebelum jam 7 kerana suhi pada masa tu tidak terlalu panas. Jadi, semasa lawatan kami lakukan tidak banyaklah cendawan yang dapat dipetik. Nak petik, kene tunggu esok ye..

Oh ya.. tapak projek ni juga menyediakan tempat untuk penyewaan rak iaitu penyewaan tempat dan beberapa buah beg cendawan beserta isinya yang  100% dibuat oleh pengusaha ini. Agihan keuntungan pula akan mengikut perjanjian. Kepada sesiapa yang berminat nak tambah pendapatan, boleh lah cuba. Tak rugi tau.

Sebelum balik pula, kami diberikan ole2 berupa sebungkus cendawan segar. Alhamdulillah.. jom bercendawang!! ;)

Salam ceria,
Hanina Sulaiman
0194725475/0193010149

No comments:

Post a Comment