Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Tuesday, 17 March 2015

Ho Chi Minh City 2015

Assalamualaikum,

Alhadulillah selepas lebih sebulan kembali daripada percutian di Ho Chi Minh City (HCM), akhirnya saya berjaya menggerakkan jari-jemari untuk berkongsi pengalaman saya melalui coretan kecil ini. Baiklah, saya dah nak mula ni..hehe..

Kenapa Ho Chi Minh City Menjadi Destinasi Pilihan?

Sebenarnya saya pun tak tahu kenapa ia menjadi destinasi pilihan tetapi memang saya teringin sangat untuk mengunjungi HCM sejak tahun 2012 lagi. Pasang angan-angan untuk ke HCM melalui biaya Kelab Kebajikan di pejabat tetapi hasrat tidak kesampaian. Tak dapatlah saya menikmati percutian percuma. sob..sob.. Akhirnya hujung tahun 2014, ajakan seorang rakan mejadikan impian ini satu kenyataan - walaupun 100% keluar duit sendiri.hehe..

Tarikan Sebenar di HCM

Khusus untuk anda yang ingin tahu kenapa HCM patut menjadi destinasi pilihan anda, mari baca selanjutnya.

1. Tempat membeli-belah

Tidak dinafikan banyak tempat lain juga merupakan destinasi membeli-belah. Namun HCM adalah syurga bagi anda yang sukakan kain cotton. Contohnya macam ni..

Kedai kain ini adalah antara tempat pilihan ramai

Ada yang jual kain pasang dan ada juga yang baju kurung siap pelbagai saiz. harga pula bermula RM 20.00 - RM 30.00 sepasang. Murah kan?


2. Boleh berbahasa Melayu

Ini satu kelebihan jika anda seorang yang agak sukar bertutur dalam bahasa selain Bahasa Melayu. Rakyat Vietnam terutama di HCM ni ramai boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Jadi, urusniaga berlaku amat mudah. Semasa berada di HCM, kadang-kala saya rasa masih berada di Malaysia pula. Tidak percaya? Cubalah terbang ke HCM dan rasai sendiri.

3. Penggunaan matawang yang tidak terhad

Peniaga di HCM menerima 3 jenis matawang ketika urusniaga berlaku namun ia terhad kepada jenis urusniaga.

a. Vietnam Dong (VND) biasanya digunakan untuk membayar makanan dan tambang teksi.
b. Ringgit Malaysia (MYR) boleh digunakan bagi semua urusan jual beli kecuali makanan dan tambang teksi.
c. Dollar Amerika (USD) juga seperti MYR. Ia diterima untuk urusan jual beli.

Jadi, jika anda kesana, anda tidak perlu kusut untuk membuat tukaran matawang yang banyak. Senang sangat.. Jika nak semak nilai matawang sekarang, klik DISINI

4. Barang jualan yang menarik

Selain kain cotton, terdapat beberapa barangan yang terdapat disini. Mungkin juga sukar diperolehi dari tempat lain atau dengan harga yang super murah. Lihat gambar-gambar dibawah.

Helmet

Makanan a.k.a. Jajan - Kacang, Mangga Kering

Lukisan dari kulit telur

Buah-buahan segar

Penutup hidung dan mulut

5. Sejarah dan Budaya masyarakat setempat.

Masih ingat tak Sungai Mekong? Ala, dulu zaman sekolah kita selalu sebut dan hafal kedudukan sungai ini sebab nak duduki peperiksaan Geografi. betul tak? Sungai Mekong juga menjadi daya penarik mengapa anda harus berkunjung ke HCM.

Di HCM, kebanyakkan penduduk akan menaiki motorsikal untuk menjalani rutin harian. Sebab itulah, jalanraya mereka sentiasa dipenuhi dengan ribuan motorsikal. Yang uniknya, mereka sangat cekap mengawal motorsikal tanpa ada sebarang kecelakaan. Pejalan kaki juga tak perlu risau untuk melintas.hehe..
Sesak dengan motorsikal

6. Makanan yang sempoi.

Melului rakan-rakan blog, saya menjadi teruja ke HCM kerana mi Pho dan Kopi Aisnya. sangat sedap. Jika ke HCM, pastikan anda mencubanya ya. ;)

Mi Pho Daging

Kopi Ais mengancam

Baiklah, sampai disini sahaja pengenalan tentang trip saya ke HCM. tunggu sambungannya ye.
Kredit kepada tuan punya gambar yang diambil atas ehsan en. Google. Gambar saya sendiri akan diupload untuk entri akan datang. Pastikan anda follow ya ;)

Salam Mesra,
Hanina Sulaiman (ID: 888945)
0194725475/0193010149

4 comments:

  1. rindu nk ke HCM lagi walaupun dh pegi 3 kali :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sama juga. Saya rindukan Kopi Ais nya..

      Delete
  2. Replies
    1. hehe... nak sambung tapi semangatnya hilang. Kena jiwa kental rupanya bberblog ni. Perlu belajar dari JM ni..

      Delete