Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Saturday, 21 March 2015

Tempat Makan Best di JB

Assalamualaikum,

Entri kali ni saya nak ceritakan sikit tentang tempat makan best yang ada kat JB ni. Banyak tempat makan best kat sini tapi saya nak highlight tentang D'Uda Corner yang terletak di Bandar Baru Uda. Kedai makan ni hanya buka untuk sarapan pagi ye. Dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari.

Antara menu terbaik yang boleh didapati adalah:-
1. Nasi Lemak
2. Lontong
3. Soto Nasi/bihun/mi
4. Mi Rojak
5. Roti Tebar (pelbagai)




Kalau nak tahu, pengusaha kedai makan ni berasal dari Sabah. Jadi, makanannya pasti ada kelainan daripada masakan Johor yang terdapat dipasaran. Ia menggabungkan selera Johor dan Sabah. Hehe..

Lokasi D'Uda Corner pula sangat strategik. Terletak di penjuru pertama sebaik sahaja anda membelok ke Bandar Baru Uda melalui jalan Skudai-JB. Jom zoom peta yang disediakan. ;)

Oh ya, D'Uda Corner ni sebuah kedai makan yang luas, sesuai untuk anda membawa keluarga dan anak2 kecik. Walaupun ia dibuka pada waktu pagi sahaja, ia juga sesuai untuk dibuat lokasi perjumpaan sama ada untuk reunion kelas, perjumpaan dengan pelanggan bisnes (networking bisnes) atau penganjuran majlis istimewa.


Eh, mana saya tahu semua ni? Pastilah, sebab saya adalah anak kepada pengusaha kedai makan ni. Kepada para pembaca blog ini, jika bekesempatan jemputlah datang ye. InsyaAllah layanan tip-top. ;)

Nina,
0194725475/0193010149

No comments:

Post a Comment