Assalamualaikum..
Selamat pagi!!
Kali ini saya bersiaran di sebuah negeri yang menjadi destinasi pelancongan domestik di Malaysia iaitu negeri Sabah di bawah bayu.. Kalau nak tahu,saya ni berasal dari Kota Kinabalu,Sabah dan hijrah bersama-sama keluarga ke semenanjung sejak 21 tahun yang lalu. Dah lama kan?loghat pun dah bertukar sikit.hehe..
Biasanya saya ke Sabah untuk balik ke kampung dan paling jauh perjalanan saya adalah sehingga ke kundasang sahaja. Tapi kali ini istimewa sikit kerana saya akan berkembara hingga ke Sandakan. Cuma agak janggal kembara seorang tanpa encik suami disisi (encik suami tak dapat cuti.. sob..sob..). Memandangkan kembara saya kali ini adalah agak berlainan daripada sebelum ni,saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda. Mana tahu boleh dijadikan panduan suatu hari nanti.
Hari pertama, saya dan rakan2 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kita Kinabalu 2 (KKIA2) lebih kurang jam 5 petang. Ini adalah terminal tambang murah, sama seperti KLIA2 di Kuala Lumpur. Setibanya kami disana, kami terus bertemu dengan wakil syarikat sewaan kenderaan yang telah dihubungi sebelum ini. Kenderaan yang disewa adalah Hilux Vigo Auto. Besar kan? Sesuai untuk program kembara kami. ;)
Setelah selesai urusan sewaan kenderaan, kami terus menuju ke tempat penginapan di Promenade Service Apartment, penginapan yang selesa untuk backpakers dan boleh2lah untuk family. Untuk tempahan, anda google je www.promenade.com.my. klik pada service apartment. Harga sangat berbaloi. Selesai check in dan bersiap2, kami mencari tempat makan berhampiran. Biasanya kalau disini, ramai suka makan di medan makan berdekatan Pasar Filipina. Tapi kali ini kami makan di Medan Ikan Bakar bersebelahan dengan Pasar Awam Besar KK pula. Kat sini agak "cantik" berbanding yang lagi satu, tetapi sesetengah peniaganya tetap orang filipina.jadi, sama sajalah anda nak makan kat mana.hehe..
Selesai sahaja makan, kami terus balik ke bilik kerana masing2 sudah penat. Esok pagi2 perlu menyambung perjalanan seawal jam 7 pagi untuk ke Keningau pula. Jemput tidur ya.. :)
P/s: Maaf, hari pertama ni tiada gambar berkaitan buat masa ini. Nanti saya masukkanya. Hehe..
No comments:
Post a Comment