Hari kedua.
Baiklah, kita teruskan perjalanan ke destinasi kedua iaitu daerah Keningau. Nak tahu tak, keningau ni terkenal dengan produk kayu manis nya. Besar2 tau. Tak percaya? Cuba tengok gambar dibawah.
Menurut cerita pakcik saya, disebabkan kayu manis ini jugalah keningau mendapat nama. Bagaimana ceritanya, saya pun kurang arif.hehe..
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau mengambil masa lebih kurang 1 jam hingga ke 1 jam setengah (98km). Pemandangan sepanjang perjalanan menghijau dengan pokok2 yang merimbun dan rumah2 penduduk setempat. Dapat juga lah mencuci mata melihat kehijauan kerana kalau di bandar manalah nak dapat semua ni kan?
Memandangkan perjalanan tidak terlalu jauh, kami meneruskan perjalanan sehingga ke Anggerik Hotel untuk check in. Selesai urusan hotel, saya dibawa ke sebuah kedai pencuci mulut yang agak popular, kedai ABC (alamak, nama terlupa pula). Disini terdapat beberapa menu yang jarang2 dijumpai di tempat lain. Antaranya, ABC mangga, ABC Avocado, CBA buah2an. Apa bendanye? Cuba tengok gambar.
Berhampiran Keningau juga terdapat sebuah daerah yang selalu juga menjadi sebutan iaitu daerah Tenom. Biasa dengar tak? Tenom ni terkenal dengan serbuk kopinya. Kopi Tenom memang sedap, aroma dan rasanya agak berlainan dengan kopi di tempat lain. Kalau tak percaya, cubalah rasa. Di tenom saya dapat membeli beberapa bungkus kopi serbuk untuk encik suami. ♡♡♡
Baiklah, kita berjumpa lagi di entri berikutnya.
No comments:
Post a Comment