Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!
Showing posts with label Resepi Simple. Show all posts
Showing posts with label Resepi Simple. Show all posts

Saturday, 4 June 2016

Air Asam Meleleh!!

Assalamualaikum..

Esok adalah hari terakhir sebelum 1 Ramadhan 1437. Ya, tidak lama sahaja lagi kita akan menjalani ibadah puasa di bulan paling barakah. Tak sabar pula rasanya untuk mengerjakan solat sunat tarawikh yang hanya boleh dilakukan disepanjang bulan Ramadhan. Bulan- bulan lain takde tau... Jadi, silalah rebut peluang dan ruang-ruang pahala sebaik mungkin ye.

Sebenarnya, entri kali ini saya nak kongsikan resepi mudah yang kadang kala membuatkan saya keliru. Kalau nak tahu, saya ni "juara" menumbuk sambal belacan di rumah. Daddy paling suka dengan sambal belacan saya, sambal lain tak dipandang dah.. Eh, kecuali sambal tumis buatan mummy, kiranya sambal belacan saya jatuh nombor 2 la kalau sambal tumis ni ada... Jadinya, bab-bab penyedap selera selain sambal belacan ni saya kurang ambil kisahlah. hehe..

Sejak-sejak berkahwin dengan orang utara ni, saya mula meminati air asam. Kecur air liur bila nampak air asam ni. Dengan cili picit, bawang dan tomato hiris... pasti sedap!!! Apa saya merapu ni ye?? Jomlah kite ke resepi air asam versi saya.


Air Asam (pinjam gambar google)

Air Asam Meleleh

Bahan-bahan
==========
A. Bahan kisar
   - 1 biji bawang merah
   - 2 biji cili merah
   - 1 inci belacan (dibakar dahulu)
   - 1.5 sudu besar asam jawa (dibancuh dengan air masak setengah cawan)
   - 5-7 biji cili padi 

B. Lain-lain
   - 1 biji bawang besar (hiris/potong dadu)
   - 1 biji tomato (potong dadu)
   - 2 biji limau kasturi
   - Garam & gula secukup rasa

Cara-cara
=======
1. Kisar bahan A. Pastikan air asam jawa tu sudah dibuang bijinya sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengisar. Tuangkan bahan yang telah dikisar kedalam mangkuk comel.

2. Masukkan semua bahan-bahan B kedalam bahan A. Kacau sehingga sebati.

3. Siap!!

Eh, senang sangat ni. Apa yang keliru macam saya beritahu awal-awal tadi? Sebenarnya, ikut resepi kakak ipar saya, cili padi tidak perlu dikisar. Hanya perlu picit kedalam campuran A dan B bagi elakkan kepedasan maksima dan cilinya boleh digigit-gigit. Di sebelah utara juga menggunakan kerisik dalam campuran. Bagi rasa lebih umpphhhh... Tapi saya buat versi sempoi dan kisar semua.  Mudah dan pastinya sedap. hehehe...

Selamat mencuba!   

Oh ya, sempena nak masuk bulan Ramadhan ni, saya memohon ampun maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap tutur kata, terpinjam gambar dan lain-lain ter... yang tidak disengajakan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Amin...

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
 Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Friday, 15 April 2016

Ayam Masak Merah Sedap

Assalamualaikum..

Selamat petang para pembaca sekalian. Hari ini saya terlebih rajin pula nak menaip resepi simple yang sangat sesuai untuk mereka yang sekali sekala je nak ke dapur. Biasalah kan, dah tak ke dapur, maknanya bila sekali dua perlu memasak ni agak kekok jugak lah kan?hehe..

Ok, jangan risau. Ini resepi paling senang saya kongsikan. Gambar dari awal memamg saya tak dan nak ambil. Tapi saya kongsikan link ini untuk anda rujuk. Jom mula memasak!

Resepi Ayam Masak Merah
=======================
Bahan-bahan

A. Untuk menumis
- 1 batang kayu manis
- 2 biji bunga lawang
- 2-4 biji bawang merah / 1-2 biji bawang besar (potong halus)
- 3 ulas bawang putih (potong halus)
- 2 inci halia (potong halus)

B. Untuk kisar
- 15-20 tangkai cili kering (rebus dan kisar)
- 2-4 biji merah
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
* cili kisar asing. Yang lain2 kisar sekali.

C. Untuk masak
- Ayam (6-8 ketul) lumur dengan kunyit + garam
- Minyak (untuk tumis)
- Air
- santan/susu cair
- sos cili + sos tomato
- garam + gula
- asam jawa

Cara-cara

1. Goreng ayam yang telah dilumur dengan kunyit dan garam sehingga separuh masak. Kalau masak sangat nanti ayam akan jadi liat. Tos dan asingkan

2. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan-bahan untuk menumis (A). Tumis sehingga layu.

3. Masukkan bahan yang telah dikisar (kecuali cili kisar) dan biar sehingga naik bau.

4. Masukkan cili yang telah dikisar dan biar sehingga pecah minyak.

5. Setelah pecah minyak, masukkan ayam yang telah digoreng. Masukkan air (jika mahu), santan/susu cair, garam dan gula secukup rasa.

6. Biar sehingga agak kering dan warna nampak cantik. Siap!!

Mudahkan?
Ini hasil tangan saya hari ini. Maaf la tiada dekorasi. Hihi..


Selamat mencuba.

Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

Thursday, 17 September 2015

Resepi : Nutella Cheesecake paling simple

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Semoga semunya sihat sejahtera dan bergembira disamping mereka yang tersayang.

Hari ini, pagi-pagi lagi saya tertengok satu resepi yang agak senang (nampak senang) di facebook. Sekali pandang terus terpikat dan akhirnya saya cari resepi tersebut di website berkenaan. Bila dah jumpe, teruslah saya nak tepek di sini untuk rujukan bila nak buat nanti. hehe..

Jemput tengok ye. Mana tahu ada yang berminat.



Mudah kan? Okaylah untuk orang yang tak reti sangat memasak macam saya ni. hehe..Selamat mencuba!!

Salam Mesra,
Hanina Sulaiman (ID: 888945)
0194725475/0193010149