Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Monday 28 March 2016

Oh Kerja... Dimana dikau?

Assalamualaikum,

Alahai... sedih pula tajuk entri hari ini. Oh kerja, dimanakah dikau? Kerja ada dimerata-rata tempat. Percaya atau tidak, memang kat Malaysia ni banyak kerja kosong. Kalau tak, takkanlah "orang luar" masuk ke negara kita ni kan?

Ish, takmau lah nak membebel pasal isu kerja ni. Sebenarnya tujuan saya nak tulis entri hari ini adalah nak beritahu kat anda semua tentang satu page yang sesuai untuk mereka yang masih tercari-cari pekerjaan yang sesuai. Apakah nama page nya? Namanya adalah JobsMalaysia Centre Iskandar Malaysia. Anda semua dijemput like page tersebut ya. ;)

Cover Page JobsMalaysia Centre Iskandar Malaysia

Bangunan lama JohsMalaysia Johor
Kalau nak tahu, JobsMalaysia Centre Iskandar Malaysia ini adalah salah satu pejabat cawangan Pusat JobsMalaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Johor. Kalau anda scroll down posting yang dibuat oleh page tersebut, terlalu banyak peluang kekosongan jawatan dan temuduga terbuka yang dihebahkan kepada masyarakat umum. Setakat hari ini, page ini telahpun berjaya mengumpulkan sebanyak 112 ribu like. 

Kat sebelah ni adalah gambar pejabat lama mereka yang terletak di Danga Bay. Dah jadi nostalgia dah pun. Kini JobsMalaysia Centre Iskandar Malaysia lebih dikenali sebagai Pusat JobsMalaysia Johor dan beroperasi sepenuhnya di bangunan UTC Johor Galeria @ Kotaraya, Johor Bahru. 

Fungsi utama JobsMalaysia adalah membawa peluang pemadanan pekerjaan kepada pencari kerja dan majikan. Sebab itulah jika anda mahu mencari pekerjaan, anda dialu-alukan untuk mendaftar di pejabat ini. InsyaAllah peluang pekerjaan yang mencari anda akan lebih terbuka luas. 

Baiklah, ini sahaja entri buat kali ini. InsyaAllah panjang umur nanti say kongsikan peluang-peluang pekerjaan yang ada di negeri Johor khusus buat anda semua. Selamat mencari pekerjaan dan selamat maju jaya!!

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 

 Hanina Sulaiman 
 Call/SMS/WhatApps : 0193010149

No comments:

Post a Comment