Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Saturday, 4 June 2016

Air Asam Meleleh!!

Assalamualaikum..

Esok adalah hari terakhir sebelum 1 Ramadhan 1437. Ya, tidak lama sahaja lagi kita akan menjalani ibadah puasa di bulan paling barakah. Tak sabar pula rasanya untuk mengerjakan solat sunat tarawikh yang hanya boleh dilakukan disepanjang bulan Ramadhan. Bulan- bulan lain takde tau... Jadi, silalah rebut peluang dan ruang-ruang pahala sebaik mungkin ye.

Sebenarnya, entri kali ini saya nak kongsikan resepi mudah yang kadang kala membuatkan saya keliru. Kalau nak tahu, saya ni "juara" menumbuk sambal belacan di rumah. Daddy paling suka dengan sambal belacan saya, sambal lain tak dipandang dah.. Eh, kecuali sambal tumis buatan mummy, kiranya sambal belacan saya jatuh nombor 2 la kalau sambal tumis ni ada... Jadinya, bab-bab penyedap selera selain sambal belacan ni saya kurang ambil kisahlah. hehe..

Sejak-sejak berkahwin dengan orang utara ni, saya mula meminati air asam. Kecur air liur bila nampak air asam ni. Dengan cili picit, bawang dan tomato hiris... pasti sedap!!! Apa saya merapu ni ye?? Jomlah kite ke resepi air asam versi saya.


Air Asam (pinjam gambar google)

Air Asam Meleleh

Bahan-bahan
==========
A. Bahan kisar
   - 1 biji bawang merah
   - 2 biji cili merah
   - 1 inci belacan (dibakar dahulu)
   - 1.5 sudu besar asam jawa (dibancuh dengan air masak setengah cawan)
   - 5-7 biji cili padi 

B. Lain-lain
   - 1 biji bawang besar (hiris/potong dadu)
   - 1 biji tomato (potong dadu)
   - 2 biji limau kasturi
   - Garam & gula secukup rasa

Cara-cara
=======
1. Kisar bahan A. Pastikan air asam jawa tu sudah dibuang bijinya sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengisar. Tuangkan bahan yang telah dikisar kedalam mangkuk comel.

2. Masukkan semua bahan-bahan B kedalam bahan A. Kacau sehingga sebati.

3. Siap!!

Eh, senang sangat ni. Apa yang keliru macam saya beritahu awal-awal tadi? Sebenarnya, ikut resepi kakak ipar saya, cili padi tidak perlu dikisar. Hanya perlu picit kedalam campuran A dan B bagi elakkan kepedasan maksima dan cilinya boleh digigit-gigit. Di sebelah utara juga menggunakan kerisik dalam campuran. Bagi rasa lebih umpphhhh... Tapi saya buat versi sempoi dan kisar semua.  Mudah dan pastinya sedap. hehehe...

Selamat mencuba!   

Oh ya, sempena nak masuk bulan Ramadhan ni, saya memohon ampun maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap tutur kata, terpinjam gambar dan lain-lain ter... yang tidak disengajakan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. Amin...

Fast Action, Fast Result! 
~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
 Hanina Sulaiman Call/SMS/WhatApps : 0193010149

No comments:

Post a Comment