Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Thursday 28 May 2020

Selamat Hari Raya 2020!

Assalamualaikum, 

Hi semua rakan2 pembaca. Apa khabar? CN lama tak menulis sampai lupa nak ucapkan salam lebaran buat kalian.

CN ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maaf zahir & batin andai ada tersilap kata sepanjang CN buat blog ni. CN merasakan tahun ni sangat berbeza dengan tahun2 sebelumnya. Sejak Ramadhan sampailah ke Syawal, perbezaan amat ketara.



1. Ramadhan di rumah sepanjang masa. Disebabkan CN tak naik kerja lagi awal2 puasa, CN work from home sahaja. Jadi dapatkan berguling2 dirumah. Biasa kalau kat pejabat, susah sikit nak berguling. hehe..

2. Solat terawih Alhamdulillah dapat disempurnakan setiap hari tanpa gagal. Mungkin ada yang merindui susana berjemaah di surau2, tapi sebab CN laki bini berdua je, tahun ni CN manfaatkan berjemaah dengan suami. Kalau tak, biasanya solat sorang2 aje kat rumah.

3. Berbuka tanpa bazar Ramadhan.. tapi CN rajin sokong jiran2 meniaga. Hahaha...

4. CN belajar masak uollsss... tak de la masak apa sangat, benda simple2 je. Tapi yang paling dibanggakan CN berjaya buat apam balik gebus.. hehe.. Nanti CN share entri ye

5. Raya? Biasa saje.. Pakai baju sebelum2 ni dan makan seadanya. 

Semoga Aidilfitri kali ini akan menjadi kenangan kita semua. Sama-sama kita berdoa agar wabak C19 ni cepat2 berlalu dan kita kembali kepada kebiasaan seperti sebelum ini.


Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
Hanina Sulaiman SMS/Call/WhatApps : 019-3010149 
Link Whatapps: www.wasap.my/60193010149/tupperware 
Promosi Stock Clearence : https://t.me/TupperwareKatalogLatest

1 comment:


  1. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    ReplyDelete