Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pitu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu kesihatan, pintu nikmat, pintu keberkatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu ilmu, pintu keampunan dan pintu Syurga-Mu. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jom Shopping di sini!

Jom Shopping di sini!
Dapatkan produk Tupperware idaman anda DISINI!

Monday 12 July 2021

Ada Apa Dengan Air?

Bismillah…

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua. Hai, CN kembali menulis lagi. Topik hari ini adalah AIR. Topik yang nampak biasa2 tapi sangat penting. Iye la tu.. penting sangat ke? Jom kita renungkan kembali kenapa kita sebagai manusia, sebagai makhluk Allah yang bernyawa ni sangat bergantung kepada air.




Fakta tentang air. Anda pernah ambil tahu ke?

     1. Air berfungsi untuk mengawal & mengekalkan suhu dalam badan. Ia menghalang badan kering dan juga mencegah kerosakan sel badan. Tanpa air, perjalanan sistem tubuh badan kita tidak akan lancer. Pengaliran darah, pergerakan oksigen, sistem penyingkiran bahan kumuh, semua memerlukan air. Jadi Nampak tak pentingnya air tu?

       2. 70% dari badan kita terdiri daripada air? Ha, siapa tak tahu ni mesti masa subjek sains dulu dia cabut. Hahaha..

      3. Lagi hebat, hampir 70% permukaan bumi kesayangan kita ini adalah terdiri daripada air! MasyaAllah, nampak tak manusia & benda hidup yang Allah ciptakan ini sangat memerlukan air dalam kehidupan. 

      4. Manusia mampu hidup 8 minggu tanpa makanan, tetapi jika tiada air kita hanya mampu bertahan dalam tempoh 3 hari gais! 3 hari! Ini bukan auta tau, fakta dikeluarkan oleh University of Edinburgh.

Sebab itulah kita ni memerlukan sumber air yang bersih dan halal supaya dapat melindungi tubuh badan dari sebarang penyakit. Ya, bukan langsung tak akan sakit, tetapi kita ikhtiar. Kenapa perlu bersih & halal? Bersih untuk memastikan badan kita mendapat khasiat yang baik manakala halal adalah tuntutan syariat Islam. Mudahkan nak faham😉

 CN yakin ramai diantara kita telah memiliki penapis air dirumah kan? Tahniah kerana anda dah ambil langkah awal melindungi ahli isi rumah anda. Macam2 jenis & jenama ada masa sekarang ni. Buka FB, google semua macam2 anda boleh jumpa. Tapi anda pernah jumpa penapis air yang membekalkan air mineral? Ha, macam menarik kan? Next time CN share.

Macam biasa, roger2 aje CN kalau ada sebarang pertanyaan atau nak cari Tupperware best2. No fon ada kat bawah ye. ;)

Fast Action, Fast Result! ~Jihad Ekonomi Berjemaah~ 
Hanina Sulaiman 
SMS/Call/WhatApps : 019-3010149 
Link Whatapps: www.wasap.my/60193010149/tupperware 
Promosi Stock Clearence : https://t.me/TupperwareKatalogLatest

No comments:

Post a Comment